EPISOD 6 : CINTA ITU BUTA

163 9 1
                                    

"Ummi ni, belum setahun lagi kami kahwin. Tak puas lagi hidup berdua, kan Nur," jawab Khairul sambil memandang ke arah Nur. Nur hanya tunduk sambil merenung ke arah Mimo.

'Kreatif pula jawapan yang dia bagi' komen Nur di dalam hati.

"Terlebih gula pula adik akak ni, tak boleh manis lagi?".

"Akak janganlah jealous, adik memang sentiasa manis," kata Khairul. Nur hanya tergelak kecil.

"Kamu berdua ni macam budak-budak. Aiman tu pun tak macam ni," kata Puan Suriati sambil mengeluh.

"Ummi bukannya mendesak, tapi ummi ni bukannya makin muda. Teringin juga ummi nak tengok cucu ummi membesar," sambung Puan Suriati.

"In sha allah, ummi. Kalau ada rezeki, dapatlah ummi timang cucu cepat," jawab Nur. Sebolehnya dia mahu memberikan jawapan yang tidak mengewakan tetapi juga tidak terlalu memberi harapan.

Tiba-tiba, terdengar bunyi kereta menderum masuk di halaman rumah. Arisya sudah tersenyum sampai ke pipi.

"Abang Fahim dah sampai rasanya," kata Arisya.

"Yay! Papa dah sampai," kata Aiman. Dia cepat-cepat berlari ke pintu hadapan. Tidak sabar anak kecil itu mahu berjumpa dengan ayahnya.

"Assalamualaikum,".

"Waalaikumussalam," jawab Arisya. Dia terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya.

"Rindunya dekat Sya," Fahmi terus memeluk isterinya itu.

"Abang, pergi salam ummi dulu," kata Arisya yang cuba menyedarkan suaminya bahawa ada mata yang sedang memerhati. Pelukan itu terus dileraikan.

"Assalamualaikum, ummi. Ummi sihat?" tanya Fahmi. Terus dia bersalaman dengan Puan Suriati.

"Waalaikumussalam, ummi sihat saja," jawab Puan Suriati sambil tersenyum. Bahagia dia apabila melihat anaknya bahagia dengan menantu pilihannya.

"Khai, apa khabar?" tanya Fahmi sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Baik, abang," jawab Khairul sambil menyambut tangan Fahmi.

"Nur," sapa Fahmi. Nur hanya menjawab dengan anggukan beserta senyuman.

"Akak kata orang terlebih gula, dia tu tertumpah gula," usik Khairul.

"Biarlah tertumpah gula, adik cemburu ke?" balas Arisya.

"Papa, Mak Cu ada kucing, nama dia Mimo," kata Aiman dengan suara yang riang.

"Iya, Aiman suka Mimo," Fahmi melayan kerenah anaknya itu. Nur hanya tersenyum. Cemburu pula melihat Aiman yang lincah berkata-kata.

"Suka," jawab Aiman yang terus mengelus lembut kepala Mimo. Kucing itu sudah pun diulit mimpi di dalam pelukan Nur.

"Ummi masuk tidur dululah, penat melayan kamu dua beradik ni," kata Puan Suriati. Dia terus bangun dari sofa.

"Selamat malam, ummi,".

"Abang pun nak naik dulu, penat betul hari ni,".

"Awalnya abang nak naik?" kata Khairul.

"Biarlah adik, abang Fahim kan penat tu. Esok lusa nak berborak sampai ke malam pun tak apa," jawab Arisya.

"Aiman nak ikut papa," cepat-cepat Aiman mengejar Fahim. Terus dia minta didukung oleh Fahim.

"Mamanya nak ikut sekali tak?" tanya Fahim.

"Abang naiklah dulu, saya nak berborak dengan adik-adik saya ni,".

❤ Cinta untuk NurWhere stories live. Discover now