EPISOD 0 : PROLOG

297 10 2
                                    

Sekuat hatinya ditahan air mata yang sudah bertakung dari mengalir, hati Nur terasa sungguh sebak. Dia hanya mampu berteleku di sisi ayahnya.

"Maafkan ayah sebab permintaan ayah ni macam mendesak kamu, ayah harap kamu faham kenapa ayah buat keputusan macam ni," kata ayahnya.

"Ayah, ayah janganlah risau. Yang penting sekarang ni ayah cepat sembuh ya, janganlah fikir yang bukan-bukan," Nur memberikan kata semangat. Hatinya semahu-mahunya menidakkan fakta itu.

"Nur, ajal dan maut tu tuhan yang tentukan. Apa pun yang terjadi kita kena redha," pesan ayahnya.

Nur dengan longlai melangkah ke luar dari wad ayahnya. Air mata yang sedari tadi cuba ditahan mengalir jua. Permintaan ayahnya yang mesti dia laksanakan. Agar dia punya seseorang yang mampu menjaganya apabila ayahnya sudah tiada. Hanya tinggal jawapan dari mulutnya saja. Ya atau tidak...

Nur yang tunduk dan kaku disitu mengangkat kepalanya apabila terlihat sepasang kaki yang berdiri di hadapannya. Khairul.

"Aku nak cakap dengan kau sekejap, ikut aku ke luar," kata Khairul. Nur hanya menurut tanpa banyak bicara.
_____________________________________

Nur hanya duduk kaku di hadapan Khairul. Ditundukkan saja wajahnya. Kepalanya terasa berat dengan pelbagai cubaan yang menimpanya.

"Kau cuba cakap dengan aku, kalau kau memang setuju nak kahwin dengan aku sebab apa? Sebab kau nak ikut cakap ayah kau tu?" dengan laju saja Khairul mengeluarkan kata-kata. Otak Nur tidak dapat berfungsi dengan baik untuk membalas kata-kata itu. Dia hanya diam.

"Kenapa kau diam? Betullah andaian aku tu?".

"Kenapa awak fikir macam tu?"

"Sebab zaman sekarang ni mana ada perempuan yang rela kahwin paksa macam ni, kalau kau nak duit aku boleh bagi...,"

"Awak ingat saya ni murahan sangat ke? Duit tu memang keperluan tapi tak perlulah saya kahwin dengan awak hanya sebab duit, kalau awak ni kaya sekali pun tak perlulah nak hina saya sampai macam ni," jawab Nur dengan nada suaranya yang masih terkawal. Walau dalam keadaan marah sekalipun jangan meninggikan suara. Itulah pesan ayah dan ibunya.
Hatinya betul-betul terbakar dengan andaian yang dikeluarkan oleh Khairul itu.

"Kalau macam tu kenapa kau tak nak tolak saja permintaan ayah kau tu?"

"Saya tak mampu nak tolak permintaan ayah,"

"Hanya sebab kau tak mampu nak tolak, kau nak korbankan hidup aku dengan hidup kau?" sambung Khairul lagi.

"Maafkan saya," Nur terus menundukkan kepalanya. Air matanya laju saja mengalir. Khairul terdiam.

"Aku tak marah kau pun, kenapa kau nak menangis?" kata Khairul lembut. Lemah betul dia apabila melihat perempuan menangis.

"Saya terima permintaan ayah saya sebab saya tahu dia akan buat keputusan yang terbaik untuk saya, saya tak minta duit dan harta dari awak tapi saya cuma harap awak boleh jadi teman untuk saya waktu saya suka dan duka, saya redha walau apa pun yang jadi lepas tu," entah dari mana kekuatan itu datang sehingga dia mampu menjawab begitu. Laju saja jawapan itu keluar.

"Okay, kalau itu yang kau minta kau jangan menyesal kalau apa-apa jadi lepas kita kahwin nanti," jawab Khairul sebelum berlalu pergi.

Nur hanya mengeluh perlahan. Dikesat sisa-sisa air mata yang ada di pipinya. Ya Allah, betulkah keputusan yang dibuat oleh dirinya?

"Ya Allah, kau redhakanlah hatiku ini dengan apa yang bakal terjadi," doa Nur. Hatinya sudah pasrah tapi dia harus kuat.

❤ Cinta untuk NurWhere stories live. Discover now