EPISOD 4 : MUNGKINKAH?

145 8 3
                                    

"Aku tanya kau, kenapa kau diam?" gertak Khairul. Dia melangkah setapak demi setapak ke arah Nur. Nur pula setapak demi setapak mundur.

"Saya...," Nur mati akal untuk menjawab. Geram pula dengan mulutnya yang terlebih gatal.

"Kau ada jawapan ke tak?" tanpa sedar, Khairul sudah pun melangkah ke dalam bilik Nur.

"Awak kata awak tak akan masuk bilik saya,".

"Kau jangan cuba nak tukar topik," pandangan Khairul masih tepat memandang Nur.

Tiba-tiba, terasa sesuatu yang lembut mengesel kakinya. Khairul terus memandang ke bawah.

"Heish!" Khairul terus berlari ke atas katil. Nur sekuat hati cuba menahan gelak.

"Awak okay tak?".

"Sejak bila kau bela binatang ni?".

"Sejak tadi. Awak kata awak tak akan masuk bilik saya, jadi saya nak bela dia dalam bilik saja," kata Nur sambil mengangkat kucing itu ke dalam pelukannya.

Dia terlalu kasihan melihat kucing itu. Warna kucing itu juga mirip warna kucing yang dijaganya dulu bersama arwah ibunya. Kucing itu berwarna kelabu dengan kakinya yang putih seperti memakai stoking. Warna matanya pula berwarna biru terang.

"Siapa kata kau boleh bela binatang tu dalam rumah aku?" marah Khairul. Alergik betul dia dengan haiwan yang berbulu. Mengotorkan rumahnya saja.

"Saya janji saya bela dalam bilik saya saja, saya tak akan bawa keluar," pujuk Nur.

"Kau tak payah nak buat muka comel depan aku," kata Khairul. Bukan tak suka, takut-takut hatinya cair apabila memandang isterinya itu.

"Saya janji saya tak akan bagi dia masuk bilik awak," pujuk Nur lagi.

"Perlu ke binatang tu pun buat muka comel macam tu! Tuan dengan kucing tu sama saja," bebel Khairul. Nur sedaya upaya menahan dirinya daripada tergelak. Buruk sungguh perangai tapi comel.

"Jadi awak bagi saya bela tak kucing ni,"

"Ikut suka kaulah," kata Khairul sebelum dia berjalan laju keluar dari bilik Nur.

"Tapi kalau dia masuk bilik aku, lepas tu berak sepah-sepah, siap kau nanti," kata Khairul di hadapan pintu bilik Nur sebelum berlalu pergi.

Nur terus duduk di atas katil sambil tergelak. Dikawal suaranya kerana takut pula Khairul marah. Nur mengelus kucing itu lembut.

"Terima kasih sebab selamatkan saya, Mimo,"

"Meow," Mimo seperti memahami apa yang diucapkan oleh Nur.

"Dia kata aku buat muka comel ke tadi?" Nur tergelak lagi. Kalau dia mula memujuk orang, dia sudah tidak hirau apa yang dia lakukan.

Mungkinkah ini permulaan kepada sesuatu kebahagiaan?
______________________________________

"Nak ketuk ke tak nak?" Nur jadi ragu-ragu. Takut Khairul masih marah dengan kejadian semalam.

"Ketuklah," baru saja pintu bilik Khairul mahu diketuk, pintunya sudah terbuka.

"Kau nak apa?" kata Khairul. Dia masih lagi benggang dengan peristiwa semalam.

"Saya ada cakap dengan abah, kalau hujung minggu ni tak ada apa-apa kita balik umah ummi," kata Nur sambil tunduk.

"Kau ni memang suka buat keputusan sendirikan?" marah Khairul. Bertambah benggang dia jadinya.

"Saya minta maaf kalau saya buat awak marah, saya tak niat pun nak buat keputusan tanpa rujuk awak dulu," kata Nur. Sungguh dia betul-betul rasa bersalah.

❤ Cinta untuk NurWhere stories live. Discover now