"Tak nak abah." Rengek Syakirin.
"Nak ker tak nak ker abah tak peduli. Kali ini Kirin kena ikut cakap abah."
"Tapi abah..."
"Tak ada tapi-tapi lagi. Ini keputusan abah." Abah sempat memotong.
Syakirin terus terduduk bila abah sudah memutuskan keputusan yang dia sendiri langsung tak rela ini. Boleh tak di zaman orang sibuk pegang handphone 3G, orang sibuk main Facebook, line internet pun dah pakai broadband abah boleh minta dia buat perkara macam zaman Tok Kaduk dulu. Kahwin atas dasar pilihan keluarga. Owwhhh... Sungguh aku tak rela. Tak sanggup!! Walaupun calon suami itu lelaki yang pernah namanya terpahat dihati. Aku percaya pada cinta. Kalau tidak ada cinta masakan aku dan orang tu boleh hidup bersama. Tak mungkin. Sayang dari satu pihak bukannya boleh bawa ke mana. Lagipun aku balik ke sini sekadar untuk nak merehatkan minda sahaja setelah lama sangat tak bercuti di kampung. Tak sangka pula ada yang datang membawa pinangan dari rumah di seberang jalan nun. Sudahlah aku ini calon tangkap muat. Terasa macam pemain simpanan pulak. Walaupun abah tak cakap macam tu aku bukan budak kecil yang langsung tak tahu apa-apa. Hampir dua tahun cerita Zaim tak jadi kahwin dengan Sofia alih-alih malam ini abah mintak persetujuan dari aku untuk menerima Zaim sebagai suami sedangkan awal-awal lagi abah sendiri dah setuju On behalf la konon. Mintak tolong. Bagi laluan. Aku bukan kategori teringin nak kahwin free.
"Mak..." Kirin cuba pula meraih simpati emak disebelah abah. Tolonglah. Aku taknak.
"Abahnya sudahlah tu kalau budak tu taknak. Buat apa nak dipaksa-paksa." Emak cuba memainkan peranan.
Alhamdulillah. Ada orang backup. Mendengar emak memang sudah berpihak kepadanya, laju ajer kepala Syakirin mengangguk. Mengiyakan kata-kata emak. Betullah apa mak kata. Aku taknak buat apa nak dipaksa-paksa. Lagipun takkan abah tak pernah terlintas langsung yang orang tu nak ker dekat aku ni. Aku ini memanglah ada sikit-sikit feel dekat dia tapi dia? Eh!!... Tapi sikit-sikit feel tu dulu-dulu ajer tau. Lagipun bukan 'banyak-banyak'. Hanyalah 'sikit-sikit', 'jarang-jarang', 'kadang-kadang'. Itupun masa zaman sekolah. Masa dah rasa diri tu akhil baligh dan teringin sangat nak kenal apa makna cinta. Tapi rasanya masa tu pun feel yang ada tu macam suka-suka gitu ajerlah. Alah budak-budak sekolah bukankah memang suka simpan admire. Aku pun salah seorang daripadanya jugak. perasaan admire tu pun dah lama hilang bila mana Zaim masuk asrama. Masa tu pun tahu ajer yang Zaim ni dah mula pandai nak bercinta-cinta dengan Sofia budak RPS yang duduk dekat Kg. Sri Kinta tu. Yerlah kan. Kena terima kenyataanlah. Budak STAR memang mactchinglah dengan budak RPS yang konon-kononnya 'Ratu Pilihan STAR' itu. Lepas tu pulak Zaim ke luar negeri. Cinta hatinya itu melanjutkan pelajaran di Malaysia ajer. Ikutkan aku mana penah nak bawak perasaan yang entah apa-apa tu sampai ke besar macam ni. Lagipun bila dah besar ni terjumpa pulak dengan Megat Zakuan yang dirasakan seperti lelaki Melayu terakhir itu pada mulanya. Lelaki Melayu terakhir? Lebih baik letak lelaki hidung belang, buaya darat jenis jadian dekat mamat seorang ini. Kenapalah aku dipertemukan dengan lelaki yang hampeh dan langsung tak boleh pakai.
Kes terpaksa terima Zaim, abah ingat ini dalam babak novel cinta ker. Kalau kahwin paksa pun boleh hidup aman bahagia forever. Ini reality abah. Aku tak sanggup nak memperjudikan hidup sendiri sekali pun yang abah berkenan itu Ahmad Zaim Haji Hamidi. Aku pun adalah jugak dengar-dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan begitu utuh sekali mereka berdua ini menyulam cinta. Yang tiba-tiba bilamana nak dekat tarikh pernikahan pergi putuskan hubungan apa kes. Yang tak semena-mena nama Nur Syakirin Abdul Majid yang kena petik minta tolong gantikan bakal pengantin apa cerita. Ingat cerita dah habis sampai situ ajer. Sebab memang dah lama gila kes ini berlaku.
"Awak diam. Abah tak kira yer Nur Syakirin. Selama ini abah bagi kebebasan untuk Kirin berkawan dengan siapa sahaja yang Kirin nak. Tapi sampai sekarang Kirin tetap tak ada siapa-siapa lagi. Kirin dengan Zaim bukan tak kenal. Dah berkawan sejak kecil lagi. Takkan Kirin tak kasihankan Mak Ton dengan Pak Midi. Dia orang berhajat sangat nak buat Kirin jadi menantu. Mak Ton takut sangat kalau Zaim tak kahwin selepas apa budak perempuan tu buat dekat dia. Takkan tak boleh berkorban sedikit Kirin." Hambur abah satu nafas.
Sekarang abah nak bercakap pasal pengorbanan. Tapi kenapa aku yang dipilih. Takkan dikalangan saudara mara terdekat Mak Ton dan Pak Midi tak ada yang sanggup nak tolong. Takkanlah tak ada seorang pun yang rela berkorban. Kenapa mesti aku yang kena berkorban apa sahaja. Sudahlah pengorbanan itu pun termasuk berkorban body jugak. Kut yer pun Mak Ton takut anak teruna dia jadi bujang lapuk, alasan itu langsung tak boleh pakai. Apa kena mengena Zaim jadi bujang lapuk dengan aku pulak yang kena berkorban jadi isteri tak rela dia. Masuk akal ke nak buat semua benda tu. Lagipun aku tak ada siapa-siapa bukan masalahnya. Dah belum ada yang terasa berkenan di hati lepas tragedi putus cinta dengan mamat yang bernama Megat Zakuan tu. Nak buat macam mana dah nasib badan tersalah jumpa orang yang boleh di buat soulmate. Nasib jugak tahu cerita sebenar sebelum sempat buat apa-apa keputusan untuk hidup bersama. Kalau tidak 'tak dapet den nak nolong'.
"Tapi kenapa mesti Kirin abah." Syakirin bertanya sebak.
"Sebab Zaim yang pilih." Abah bersuara rendah.
Hah!!! Syakirin sudah ternganga luas.
YOU ARE READING
2 X 5
RomanceSeniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa. Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma...