Keropok ikan buatan Terengganu di dalam Tupperware besar sudah hampir licin. Siaran di dalam kaca televisyen nampaknya langsung tak kena dengan selera. Zaim di meja makan tekun sangat buat kerja. Syakirin yang sorang-sorang di ruang tamu gaya dah bosan habis. Sekejap-sekejap remote controller astro di tekan-tekan. Syakirin melepaskan keluhan lemah. Tak tau nak buat apa dah sekarang ini.
Perlahan Syakirin turun dari sofa tempat dia bersila lalu menghampiri ke rak dvd yang tersusun kemas dengan macam-macam filem. DVD orang putih, Melayu, Hindustan, Hong Kong, Korea semua ada. Mata tertancap pada kotak dvd yang terpampang gambar Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee. Perrgghhh... Cerita ni betul dah jadi evergreen. Kotak dvd Kuch-kuch Hota Hai di bukak. Remote controller dvd player di tekan. Kepingan dvd dimasukkan ke dalam tray yang sudah terkeluar. Dan...tum pa se air... yu mus korae.. tum mera jani kya... lalalalala...
Melayanlah Syakirin sorang-sorang menyaksikan aksi-aksi romantika SRK-Kajol-Rani dalam cerita tu. Sat dia senyum. Sat dia sengih. Wadduuuhhhh!!! Masyuk ajer cerita ini walau sudah berpuluh kali tengok. Walaupun ini cerita zaman Tok Kaduk!!
Zaim mengangkat sedikit muka. Syakirin dia pandang dari meja makan. Kusyuknya.. Bila part nyanyi-nyanyi siap jadi back up singer. Tune lari. Pictching lintang pukang. Bahasa tu tak berapa nak pasti sebab dia bukannya tahu sepatah pun cakap Hindi tapi yang dia dengar dari tadi mulut Syakirin duk menyanyi 'tumpah si air'-'tumpah si air' ajer dari tadi. Air apa yang tumpah dia pun tak tau. Seketika kemudian perhatiannya beralih semula pada pelan di atas meja makan. Biarlah Syakirin dengan cerita Hindustannya itu. Janji jangan Syakirin nak mengacau dia buat kerja dekat sini sudahlah.
"Zaim...." Panggil Syakirin panjang. Dia sudah pun berbaring di atas carpet lembut sambil mata masih lagi pada skrin tv.
"Apa dia." Zaim bertanya tanpa mengangkat muka.
"Awak ni boringlah. Malam-malam minggu pun sibuk dengan kerja." Rungut Syakirin perlahan. Dia buat muka bosan yang amat sangat sebab sekarang ni dia sudah boring gila. Boring gila sampai tak tau nak cakap macam mana. Zaim ni pun satu. Isnin sampai Jumaat memang dia tak berani ar nak mengacau pakcik sorang ni kalau dah mengadap pelan bangunan penuh satu meja makan. Takkanlah malam minggu pun kerja jugak yang pakcik ni nak mengadap. Tak terasa muak ker tengok benda alah tu.
Zaim mengangkat muka memandang Syakirin yang sedang berbaring beralaskan karpet berbantalkan kusyen kecil di kepala. Astagfirullahalazim.. mengucap panjang Zaim di dalam hati bila melihat seluar pendek yang Syakirin pakai sudah terselak sedikit. Kalau iman tak kuat memanglah dia ngap ajer makhluk tuhan paling seksi dekat dalam rumah ni. "Siapa yang berani kata salah tengok wife sendiri pakai macam ni. yang ditengok pakai mata sendiri bukan mata orang lain. Yang dah tentu halal selepas ijab dan kabul itu. Yang dah tentu sah menjadi hak milik suami." Detik hati Zaim. Dia tak tau apa yang dia rasa pada hubungannya dengan Syakirin sekarang ini. Syakirin tu bukanlah tak baik pun. Baik. Tanggungjawab sebagai seorang isteri dia tunaikan dengan sebaiknya juga. Tapi seperti ada sesuatu yang menghalang bila dia bila mahu bersama dengan Syakirin. Ada yang menyekat. Dia masih sangsi pada perasaan sendiri kut agaknya.
"Zaim..." Panggil Syakirin lagi apabila Zaim masih tekun lagi dengan kerjanya. Sikit pun Zaim tidak berkutik dari kerusi yang dia duduk. Konsentrasi bagai nak rak bagi seratus peratus. Macamlah tak ada esok-esok lagi nak disiapkan kerjanya. Apa projek kondo 'sting-garden' ker yang kompeni Zaim ni tengah buat. Sting-garden-setinggan.
"Apa dia..." Zaim menyahut malas.
Hisyyyhhh... Syakirin mendengus geram. Bingkas dia bangun dan berlalu masuk ke dalam bilik. Boring!!! Boring!! Boring!! Orang tu buat dek ajer. Tak ada perasaan langsung.
Zaim sekadar tersenyum mengadap lukisan pelan di hadapannya bila melihat Syakirin masuk ke dalam bilik sambil buat muka seposen. Lantak kau lah makcik. Aku malas nak melayan kalau tengah sibuk dengan kerja."Good morning!!!"
"Cepat bangun."
"Yerlah. Saya ikut awak jogging hari ini." Mata Syakirin berkelip-kelip.
Ketawa Zaim pecah tidak semena-mena. "Jogging?"
Syakirin mengangguk laju.
"Bukan biasa hari Ahad macam ni awak buat kuak lentang atas katil ker?" Zaim bertanya sarcastic. Niatnya hanya sekadar mengusik. Dia suka melihat muka Syakirin yang boleh tahan comel jugak bila Syakirin mencebek dan buat muka seposennya itu.
Syakirin menarik muka. Amboi. Bukan main lagi mulut Zaim ni. "Saya nak exercise lah. nak pecahkan kolestrol yang ada kat badan ni." Syakirin menjawab. Bersahaja dia menunjuk-nunjuk part-part yang banyak sangat kolestrol berkumpul di badannya. Dia kurus ajer. Tapi adalah jugak certain tempat kena diberi perhatian kalau agak-agak dah ada spare tyre lebih. Karang takut menggelebeh pulak. Umur tu muda lagi. Kenalah jaga. Kalau sudah menggelebeh baru nak dijaga jawabnya kena minta tolong orang-orang dekat Slim World, Marrie France Body Line ataupun London Weight Managementlah uruskan. Itu pun kalaulah ada yang nak sponsored macam artis popular yang baru ajer lepas pantang, terus berlumba-lumba pusat penurunan berat badan nak bagi tajaan. Ataupun kahwin dengan somebody yang kerjanya cap duit. Yang senang-senang boleh longgokkan sepuluh ribu untuk pergi kuruskan badan.
Zaim memandang Syakirin atas bawah. Cukup serba serbi pakaian macam orang nak pergi bersenam. Dengan seluar dan sweater Adidas berpotongan mengikut tubuh badan yang berwarna hitam sudah tersarung di badan. Rambut panjang lurus sudah ditocang tinggi. Cap Nike berwarna putih sudah terletak di kepala dengan lebihan rambut yang ditocang dikeluarkan. Tuala kecil sudah bersangkut pada tengkuk. Begitu juga botol air miniral. Cuma tinggal mahu memakai kasut sukan ajer lagi ni. "Okeylah."
Senyum Syakirin melebar. "Jom." Zaim di tarik. Terkocoh-kocoh Zaim mengikut dari belakang.
"Nak berjoging ker Im pagi-pagi ni?" Tegur Abang Zainal yang sedang mencuci kereta.
"Haah!!!" Syakirin menjawab bagi pihak Zaim. Sengaja. Bukan apa. Nak bagi Kak Nab yang tengah menyapu sampah tu berasap sikit.
Zaim sekadar menghadiahkan senyuman ikhlas untuk Abang Zainal sebelum berlalu mengikuti langkah laju Syakirin yang sudah laju menarik tangannya. Ketika sedang beriringan, Syakirin di sebelah sengaja dijeling. Budak nil ah. Tak habis-habis nak buat Kak Nab ni jadi musuh. Bila nak buat perjanjian damai pun tak taulah. Tak Nampak langsung dua-dua pihak nak berbaik-baik. Makin ribut makin kalut adalah. Kak Nab masih lagi dengan cerita-cerita sensasinya. Syakirin pula tak bagi muka. Ada peluang memang Kak Nab teruk kena kata dengannya. Kirin pernah ajer cakap sekurang-kurangnya dia tak buat ketupat mengata orang belakang-belakang. Sekurang-kurangnya dia nak mengutuk orang depan-depan. Katanya tak adalah berdosa mengata depan sebab dia berterus terang. Yerlah tu. Banyaklah dia punya berterus terang. Ni tunggu masa nak kena cabai burung ajer mulut dia tu.
Kak Nab mencebik mendengar suara Syakirin. Jengkel benar dia melihat isteri kepada bakal-adik-ipar-tak jadinya itu. entah apalah yang ada pada Syakirin tu sampai Zaim boleh menolak cinta adiknya itu. Nak kata pandai tak jugak. Kerja jaga kaunter dekat TM Point ajer. Nak kata cantik. Idaklah cantik mana pun. Biasa-biasa ajer. Bolehlah daripada tak ada. Mulut tu tak berinsurans. Senang-senang ajer Syakirin bagi serangan balas sehinggakan dia sendiri jadi sudah malas mahu duk bercerita perihal rumah tangga orang di sebelah rumah ini. Tapi kadang-kadang kalau dah terjumpa angkatan ahli mesyuarat tingkap dekat van Leman jual ikan terlepas juga cerita pasal mereka berdua ini. Dia bukan apa. Tengok pasangan suami isteri sebelah rumahnya ini macam lain macam ajer. Macam tak normal. Macam bukan macam pasangan suami isteri lain-lain tu. Tapi bila di depan dia, kemain romatik sungguh. Yang menimbulkan syak wasangka di hati sebab romantic diorang ni macam dibuat-buat. Zaim tu macam gelabah ajer muka bila kena pegang dengan Syakirin. Bila ada kes yang boleh dibuat isu. Apa lagi. Bukak ceritalah. Sudah itu memang salah satu aktiviti wajib ahli mesyuarat tingkap. cerita orang lain dia tak berapa nak ambil port sangat. Tapi cerita jiran sebelah rumahnya ini yang memang menarik perhatian. Dia dah cop. Cerita sensasi orang sebelah rumah ni biar dia ajer yang cover. Semua sebab perasaan bengang dengan Zaim sebab mengecewakan Zulaika. Padan muka. Yang tolak cinta adik dia dulu siapa suruh."Bila awak nak berbaik-baik dengan Kak Nab tu." Soal Zaim ketika membuat senaman regangan.
"Amboi membela bekas bakal kakak ipar Nampak." Syakirim menjawab acuh tak acuh. Peluh yang menitik dilap dengan tuala ditengkuk. Penutup botol meniral dibuka. Air diteguk rakus. Penatnya mengalahkan berjogging dua kilometer. Padahal baru buat satu pusingan padang yang jaraknya kurang dari satu kilometer pun.
"Ke situ pulak. Saya memang tak ada apa-apalah dengan adik Kak Nab tu." Zaim menjawab geram. Ada ajer modal Kirin ni nak mengenakannya kembali. Orang tanya elok macamlah tak boleh nak jawab elok-elok. Botol air miniral di tangan Kirin dia rampas. Saja. Nak tunjuk rasa geram sebab budak ni jawab ayat pedas tadi. Gaya nak berjoging tip-top atas bawah. Sudah mengalahkan kotinjen Malaysia nak beraksi dekat Sukan Olimpik. Tapi baru buat satu pusingan padang yang tak berapa nak besar ni pun sudah kondem. Macam ni katanya nak mengurangkan kolestrol.
"Apa ni!!" Marah Syakirin apabila suka-suka hati ajer Zaim merampas botol air miniralnya. Tahu tak ini bukan sebarang air. Ini air dari Bio-Aura-jom-join-kita tau. Botol ajer aku guna botol miniral terpakai yang ada dekat dalam cabinet dapur. Pemalas sungguh Zaim ni. dah tau nak berjoging tak mau bawak air sendiri. air aku jugak dia mahu songlap. Ngomel Syakirin di dalam hati. Melihat Zaim yang dengan rakus sahaja meneguk air Bio-Auranya itu, terlintas sesuatu yang nakal di dalam kepala.
"Awak minum sungguh-sungguhlah air tu. Pagi tadi sempat saya jampi air yang awak minum tu. Malam ni sahlah awak tak lena tidur ingatkan saya." Kata Syakirin bersahaja.
Kali ini air di dalam mulut Zaim memang betul-betul tersembur keluar. Syakirin yang sekadar memerhati hanya ketawa berdekah-dekah sambil memegang perut. Padan muka. Jahat sangat. Rasakan.
"Awak boleh tak kalau saya tengah minum jangan nak buat lawak macam ni." Kata Zaim diselangi dengan batuk kecil. Gila betulah Kirin ni. Dah dua kali dia buat lawak spesies yang macam ni.
"Awak tu memanglah. Takut sangat saya ni mandremkan awak kan. Takut sangat nak hilangkan Sofea tu dari hati. Apa yang bagus sangat dengan Si Peah tu pun saya tak tau." Selar Syakirin pedas. Dia bukannya takut pun dengan Zaim ni. Kalau agak-agak nak menyedas dia memang main lepas ajer.
"Nama dia...."
Syakirin angkat dua-dua belah tangan. "Okey. Okey. Nama dia Sofea. Bukan Peah." Dia menyambung apa yang Zaim ingin katakana itu dengan nada yang penuh sarcastic. Dah berpuluh kali Zaim mengajar. Bukannya dia ni benak hati sangat tak paham Bahasa Melayu. Cuma menyampah ajer bila setiap kali nama itulah yang diulang sebut berkali-kali.
"Awak ni selamba betul yer mengutuk Sofea tu depan-depan saya. Saya tak suka okey." Balas Zaim.
"Ha-ha-ha." Syakirin ketawa sepatah-sepatah. Eyhh!!! Nox!! Ada aku kisah. "Kalau awak tak suka saya mengutuk dia depan-depan saya kutuk dia belakang-belakanglah." Pantas Syakirin membelakangkan Zaim. Kemudian....
"Peah tu tak adalah bagus mana pun. Sudahlah curang lagi mahu diingat. Bajet cantik padahal tak adalah cantik mana pun sebab saya lagi cantik. Konon bajet diri tu diva....bla..bla..." Habis semua benda dia keluar. Tanpa henti. Pot-pet-pot-pet. Memang kali ini dia lepaskan semuanya. Dah kutuk belakang-belakang kan.
"Kirin!!!" Zaim menjerit kuat.
Syakirin yang terlebih dahulu dapat menghidu apa yang Zaim ingin lakukan terus ajer membuka langkah seribu. Dia buat larian pecut mengeliling padang.
YOU ARE READING
2 X 5
RomanceSeniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa. Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma...