Bab 8 ❄

65 4 0
                                        

Sejak balik kampung bersama tiga bulan yang lepas tu, hubungan antara aku dan Zaim dah makin okey. Okeylah kalau sekadar kawan-kawan tu. Tapi bila timbul isu majlis kahwin yang dah nak dekat tu, masing-masing serabut balik. Aku okey. Bersemangat ajer nak kahwin. Tambah-tambah lagi bila tengok Zaim tu pun dah semakin okey dengan aku. Lagipun sekarang kita orang dah tak pakai ganti nama Kirin-Zaim yang macam skema gila tu. Sekarang dah tukar jadi saya-awak. Sweet jugak kan. Semakin dekat harinya, aku semakinlah excited. Tapi Zaim tak tau. Bila nak diajak berbincang pasal persiapan perkahwinan ada ajer modal dia nak mengelak. Untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan persiapan siap mengikut masa yang tinggal ini ajer, aku buat cara kejam. Kalau Zaim banyak bunyi aku akan terus buat panggilan ke rumah Mak Ton. Hantar report. Kata bakal pengantin lelaki buat endah tak endah. Melecetlah pakcik tu. Takut umi sendiri membebel. Itu ajer caranya yang boleh buat Zaim akur untuk turut bersama-sama membuat persiapan perkahwinan ini.

Zaim ikut tapi gaya memang macam orang yang kena paksalah. Itu tak kena. Ini tak kena. Orang tak ikhlaslah katakan. Contohnya macam masa nak tempah kad undangan perkahwinan hari tu.

"Tak boleh ker kalau pilih yang biasa-biasa ajer. Ini nak yang wangilah. Nak ada bling-blinglah. Nak beriben bagai. Membazir ajerlah."
"Kalau taknak membazir jangan bawak saya kat sini. Patutnya awak bawak saya pergi dekat Kedai Runcit Noridah dan Che In tak pun dekat Pasar Mini Ratnam Interprise yang ada mesen fotostat gedabak tu ajer. Senang. Kad kahwin kita pergi print fotostat dekat kedai runcit. Jimat."
"Macam poyo gila letak gambar dekat depan kad."
"Apa poyo pulak. Ini trendlah."
"Trend apanyer..ermm.. Yerlah. Yerlah. Ikut awaklah."

Entah apa-apa kan Zaim tu. Dia ingat nak buat kad kahwin tu sama ker dengan nak buat iklan anak kucing hilang yang senang-senang boleh fotostat tak pun macam iklan orang jual top up dekat bilik asrama kampus. Itu setuasi masa nak tempah kad kahwin dekat Central Market. Lepas tu dia buat perangai lagi semasa di butik Pengantin Mat Kacau dekat Green Town Mall. Agak memang nak flying kick ajer Zaim sebab banyak bunyi tak berhenti-henti. Dia kutuk-kutuk baju kahwin yang aku nak pakai nanti. Ada ker patut?

"Wajib pakai ker semua ni?"
"Tak adalah wajib. Tapi ini untuk upacara potong kek malam sanding tu."
"Lain Macam ajer saya tengok awak pakai kembang-kembang ini."
"apa pula lain macamnya. Cantik apa. Saya nak jugak merasa pakai gaun cinderrella macam ni."
"Cinderrella apa pulak. Saya tengok dah macam mak Shin Chan Puan Misae tu ajer."

Mulut busuk betul kata aku yang cantik pakai gaun kembang warna krim tu macam Nohara Misae. Dia ingat aku tak tengok Shin Chan apa. Aku tengok tau. Favourite kartun selepas Upin dan Ipin. Itu pun nasiblah aku bawak pergi Butik Mat Kacau, agak kalau aku bawak masuk Cosry ker, Radwan Radwill ker, Jovian Mandagie ker mahu sampai malam nikah Zaim membebel-bebel sebab tak agak-agak pergi masuk butik perkahwinan macamlah Bintang Popular Berita Harian yang nak kahwin. Barang hantaran lain pulak ceritanya.

Tempat: Butik Bonia KLCC

"Beg apa yang rege sampai lima rat ni."
"Beg tanganlah."
"Kenapa tak ambil beg kaki sekali. Kan ker senang. Satu set."
"Beg kaki tak ada saya ganti beg duit boleh."
"Jangan nak mengada bajet untuk beg tangan ajer."
"Habis tu yang offer beg kaki tu saper suruh."
"Maksud saya kasutlah."
"Ada-ada. Ini hah."
"Dua ratus?"
"Normalah tu. Bonia kan."
"Dua ratus letak dekat kaki."
"Mak Ton kata okey ajer."
"Ambil ajerlah."

Tempat: Kaunter minyak Wangi dalam Sogo

"Kalau minyak atar buat hantaran boleh tak. Halal pun halal."
"Janganlah main-main. Saya rasa ini okey untuk awak. Issey Miyaki. Untuk saya Lancome Hypnose."
"Saya tak pakai Issey Miyaki. Saya nak Bvlgari."
"Okey."
"Saya rasa awak sesuai dengan perfume Syahirah lah."
"Hello Mak Ton..."
"Okey. Lancome Hypnose."
"Gud boy."

2 X 5Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang