Bab 11 ❄

85 5 0
                                    


Bunyi lagu dari micro mini di dalam bilik sedikit menceriakan suasana. Ini tabiat biasa. Kalau nak bersiap atau pun sedang berdandan di hadapan cermin, music background mesti kena ada. Orang-orang dekat flet belakang Minlon tu dah tak kesah. Tabiat di sana di bawa kemari. Di sini, masih baru. Jadi volume tak adalah kuat sampai boleh menggegarkan satu rumah. Tapi kalau dekat rumah lama, bergegar satu flet itu perkara biasa. Kalau tidak rumah dia yang kasi gegar, budak bujang tingkat atas tu akan menggegarkan suasana jugak. Jiran bersepakatlah katakan. Sama-sama kita kasi gegar!!!!
Muka ditilik di hadapan cermin. Faudation, bedak, blusher, mascara, eye-liner, eye shadow semua dah bertempek di muka. Dah namanya pun kerja depan kaunter pembayaran bilk an. Mekap-touch up ni benda basic kena buat setiap kali nak masuk kerja. Rambut sudah siap disanggul ala-ala pramugari MAS. Skarf berwarna biru dengan corak TM kecil-kecil dicapai dari penyangkut. Benda alah ni sebenarnya multi purpose. Kalau yang mana bertudung, buat tudunglah. Kalau yang mana tak bertudung buat scarf la. Senang ajer. Ikat dekat tengkuk cantik-cantik. Tada... dah siap. Blazzer berwarna kelabu pada penyangkut baju ditarik keluar dari dalam almari. Dikenakan ke badan. Final touch. Loose pawder dilekapkan ke muka. Siap. Syakirin keluar dari bilik dengan semangat baru. Dah lama bercuti ni. Kena positifkan kepala jangan nak malas-malas walaupun hakikatnya adoyai... sangat berat badan nak bangun tidur tadi.
"Lambatnya siap." Tegur Zaim dari meja makan.
Syakirin sekadar tersenyum. Kelihatan Zaim begitu tekun menyapu roti bakar dengan seri kaya. Wah.. Ini betul punya bagus punya housemate. Ini cakap betul ni. Masa dengan Fiqa dulu pun tak adalah makcik tu sampai rajin bebenor mau siapkan sarapan pagi. Ini siap ada roti bakar, telur gegar. Ermm.. sedapnya.... Bau air Milo tu pun dah cukup buat terliur. Macam manalah Zaim tau yang pagi-pagi aku memang suka minum Milo. Minum Mila anda jadi sihat dah kuat!!! Macam ada instinct ajer Zaim ini. Belum apa-apa dah tau apa yang aku suka. Aku sebenarnya perasan diri ajer. Disebabkan pagi ini dapat layanan istimewa, tak jadi nak marah sebab tidur bilik asing semalam. Makin sayang kut. Ekekeke.. Sweet jugak husband siapkan breakfast.
"Berdiri apa lagi. Duduklah." Pelawa Zaim.
Syakirin tersipu-sipu malu. Ini siapa jadi isteri siapa jadi suami sekarang ini. bukan patutnya yang kena siapkan semua ini aku ker. Dalam malu Syakirin duduk jugaklah di atas kerusi.
"Roti?" Tanya Zaim. Lembut.
Syakirin mengangguk. Dia sengih lagi. Sengih orang malu. Fiqa pun tak pernah melayan dia sampai macam ini sekali. Emak? Kalau nak makan pandai-pandailah buat sendiri. Baiklah Zaim ini. tak adalah teruk sangat pun. Kira okeylah.
"Air?" Zaim bertanya lagi. Macam gaya seorang pelayan kedai makan ajer.
"Mai sechewan..." Kata Syakirin mengajuk iklan Kopi Radix. Hidung dia tu siap dinaikkan sekali. Biar betul real cara dia mengajuk mat Salleh dalam iklan tu bercakap.
Zaim ketawa kecil. "Macam-macamlah awak ni." Katanya sambil menuangkan Milo panas ke dalam cawan.
"Rajinnya awak. Pukul berapa bangun. siap buat breakfast lagi. Hari-hari awak memang macam ni ker." Kata Syakirin tidak berhenti sebelum roti bersapu kaya itu dimasukkan ke dalam mulut.
"Tak adalah hari-hari. Hari ini ajer saya terlebih rajin. Mengalu-alukan kedatangan awak ke sini."
Syakirin mengulum senyuman segaris. Sweetnnyer ayat. Kedatangan aku dialu-alukan. Hahaha... Patutlah belum apa-apa dah standby bilik kosong satu untuk aku. "Terima kasih." Jawab Syakirin dengan senyuman tak lekang.
"Macam mana tidur semalam. Okey tak."
"Okey. Tapi macam panas sikit. Nanti awak letak air-cond yer dalam bilik tu. Baru sedap nak tidur."
"Banyak songeh awak." Balas Zaim. "Sudahlah duduk free. Nak macam-macam pulak."
"Main-main ajerlah." Syakirin mencebek. Baru duduk satu hari pun dah mengungkit. Cehhh!!!
"Kat sini tempat dia seram sikit. Awak hati-hati. Kalau nak pergi toilet jangan pandang belakang. Tambah-tambah lagi kalau malam Jumaat." Sengaja Zaim mengusik. Dia buka apa. Sejak kenal Syakirin sampai sekarang dirasakan gadis ini cukup tenang dalam apa ajer yang dia sudah lakukan. Macam sekarang. Kirin rilek ajer. Sikit pun tak melatah.
"Ha..ha..ha.." Syakirin ketawa sepatah-patah. "Takutnya saya dengar." Dia buat-buat gaya takut. "Jangan pandang belakang!!!" Katanya lagi sambil disela dengan ketawa yang mengekek. Ada hajat nak momokkan aku dengan jangan pandang belakang tu. Sorry k. salah oranglah. Sikit pun tak takut.
"Jangan riak sangat." Zaim cuba mengingatkan.
Syakirin menjulingkan mata ke atas. Dia bangun. cawan dan piring dibawa menuju ke sinki. Basuh ala kadar sebab bukannya kotor sangat pun. Dia kembali ke meja makan. "Okeylah. Saya nak gerak dulu ni." Kata Syakirin. Beg tangan dicapai. Kunci kereta dikeluarkan. Dia berlalu begitu sahaja meninggalkan Zaim dengan cerita jangan pandang belakangnya itu.
"Betul tak berperasaan." Ujar Zaim di dalam hati bila terdengar Neo maroon itu mengaum kuat.

2 X 5Where stories live. Discover now