Bab 16 ❄

80 5 0
                                    

Jam di dinding di tala untuk kesekian kalinya. Jarum pendek sudah menginjak ke angka sebelas malam. Perasaan resah, gelisah, risau bercampur baur menjadi satu. Syakirin masih belum pulang dari pejabat. Berkali dia cuba menelefon tetapi tidak jugak berangkat. Betul-betul merajuk gayanya budak seorang ini. Memboikot sampai tak nak balik rumah. Mana nak dicari. Mustahil TMPoint beroperasi sehingga pukul sebelas malam. Kaki Zaim melangkah mundar mandir di sekeliling ruang tamu rumah. Dia tawaf mengeliling meja kopi dihadapan televisyen. Sekejap-sekejap tingkap rumah dipandang. Namun bayang orang yang ditunggu tetap tidak kunjung tiba.
Akhirnya dia merebahkan badan di atas sofa three seater. Lengan tangan kiri dibawa ke dahi. Kipas siling yang ligat berputar dipandang sepi. Mata yang baru terpejam terbuka luas apabila telinga menangkap bunyi kereta dari garaj rumah. Sah. Itu bunyi Neo maroon milik Syakirin. Sebaik sahaja pintu rumah terbuka, Zaim pantas buat-buat tidur. Matanya dipejam rapat.
Syakirin yang baru pulang terus sahaja menuju ke bilik. Tombol pintu dipulas.
"Lambat balik?"
"Arggghhhh!!!" Astagfirrullahulazim. Dia nil ah. Bisa lemah jantung aku dibuatnya. Syakirin memandang Zaim yang sudah duduk di atas sofa. Tidak sedar bila masa pulak Zaim bangun dari tidurnya. Tadi rasanya macam nyenyak gila mamat ni tidur. Tiba-tiba tak sampai beberapa saat terus duduk tegak macam tu pulak. Takut. Macam kena sampuk ajer gayanya.
"Saya tanya. Kenapa balik lambat?" Soal Zaim sedikit tegas.
Syakirin menjulingkan mata ke atas. Ni apasal malam-malam jadi cikgu disiplin merangkap warden asrama pulak ni. "Saya ada kerja tadi." Jawab Syakirin jujur. Memang dia ada kerja yang perlu diselesaikan tadi. Tak pasal-pasal tadi tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Sama ada rela atau tidak dia dan semua budak-budak kedai terpaksa berkampung di kedai sehingga bekalan elektrik disambung semula. Mana boleh main balik selagi penyelarasan bayaran tak di buat. Habis sahaja kerja, terus budak-budak TM tu ajak pergi makan dekat Putrajaya. Perut pun dah lapar. Jadi ikut ajerlah. Kalau dah melepask dekat mapley tu kan, alamatnya memang tak sedar dirilah jawabnya. Layan pulak Arsenal vs Chelsea malam ni. lagilah lupa diri. Ini pun nasib ajer mintak kebenaran untuk gerak pulang dahulu sebab fikir Zaim ada di rumah. Kalau tidak memang wassalamulah jawabnya. Ikut Fiqa lah. Tidur rumah dia.
"Kerja apa sampai malam-malam macam ni. mana awak merayap?" Soal Zaim lagi. Suaranya sudah semakin keras. Melampau ni. sudah pandai keluar malam. Ingat dia dirumah ini tunggul kayu. Yang kena menunggu kepulangan tuan puteri.
"Kenapa awak ni?" Syakirin menyoal kembali. Ewah..ewah... sedap-sedapnya nak marah-marah orang. Eyhh!!! Macam dia seorang ajer tahu apa makna sibuk bekerja. Macamlah aku ni tak pernah sibuk bekerja. Macam dia tu seorang ajer boleh buat overtime. Aku tak boleh nak OT.
"Awak tak jawab lagi soalan saya. Mana awak pergi."
Keadaan semakin tegang. Syakirin mengetus geram. "Saya kerjalah." Suaranya terkeluar antara gigi-gigi yang terkatup rapat.
"Jangan nak tipu."
"Tipu apa pulak."
"Saya call kenapa tak angkat."
"Bateri kong."
"Tak tau nak cas."
"Charger dekat rumah."
"Alasan."
"Awak ni kenapa ni?" Syakirin memeluk tubuh. Tadi macam warden asrama. La ni dah macam polis dekat Bukit Aman. Tensionnyer. Sudahlah penat. Sampai rumah sendiri dah kena soal siat macam dekat balai polis pulak ni. Dia tak buat salah pun kenapa mesti disoal macam penjenayah baru buat jenayah.
Zaim hanya mendiamkan diri. dia tidak menjawab. Syakirin direnung tajam. Menjawab ajer kerjanya.
"Zaim saya penat sangat ni. kalau awak tak percaya awak boleh tanya Fiqa esok. Saya letih ni. nak mandi. Nak tidur." Syakirin mengendurkan intonansi suaranya. Kalau nak ajak bertekak ker bergaduh ker esok-esok ajerlah. Malam ini kirim salam banyak-banyak. Tak larat!! Terus Syakirin masuk ke dalam bilik.
Zaim pula masih diam di sofa. Bukan ker sepatutnya mala mini dia berbaik-baik dengan Syakirin ker. Big Mac di atas meja makan dipandang sepi. Dari petang tadi Big Mac itu setia di meja makan. Dia lapar. Tapi terpaksa bertahan kerana ingin makan sekali dengan Syakirin. Ingat bila sudah dipayungkan dengan berger kegemaran Syakirin itu bolehlah menjernihkan keadaan. Tapi plan tidak menjadi. Akibatnya sebu perut sebab terpaksa berlapar. Big Mac di atas meja langsung tak lalu hendak dijamah. Dia masuk ke bilik. Tidur adalah perkara balik baik sekali untuk sekarang ini.


2 X 5Where stories live. Discover now