Bab 18 ❄

85 4 0
                                    


"Misya Ellana Mohd Aminuddin!!!" Jerit Syakirin pada anak buah yang ketegak sangat tu. Abang sengaja betul menyuruh aku menjaga Misya sementara dia nak berdating dengan Kak Yati. Suka menjadikan rumah aku macam nursery. Lepas tu aku ni jadi baby sitter tak bergaji. Bukannya tak tau yang aku dengan puteri sulungnya itu langsung tidak ada chemistry. Budak ni pun satu. Degil ya amat. Main panjat-panjat macam lelaki. Buatlah kalau terjatuh nanti. Siapa yang akan disalahkan. Mummy Ngah jugak.
"Misya...Turun sayang." Tegur Zaim lembut. Gadis kecil menginjak usia enam tahun itu didukung dari atas palang tempat dia sedang berdiri. Manja sahaja gaya Misya di dalam dukungan Zaim.
Syakirin sekadar mencebek bila Misya tersengih memandangnya. Sajer tau Misya ni. Mummy Ngah pun tak pernah kena dukung dengan Pak Ngah dia tu macam tu.
"Misya kalau nakal-nakal macam ni Mummy Ngah report dekat papa okey." Ugut Syakirin.
"Pak Ngah tengok Mummy Ngah ni. sikit-sikit report papa. Sikit-sikit report papa." Petah Misya mengajuk gaya Mummy Ngahnya itu bercakap tadi.
Nggee... "Tak padan dengan kecik." Tocang ekor kuda Misya ditarik.
"Pak Ngah...." Rengek Misya manja di sisi Zaim.
"Awak ni sudahlah tu." Kata Zaim. "Jom kita balik. Dah nak dekat senja dah ni." Ajak Zaim. Sudah berjam duduk di taman permainan ini. Hari pun dah nak keluar mambang kuning ajer ni.

Di dalam kereta Syakirin dan Zaim sekadar mendiamkan diri Cuma sesekali terdengar suara kecil di tempat duduk belakang menyanyi girang. Tak tahan betul dengan anak lawyer sorang ni. umur baru nak masuk enam tahun sudah pandai menyanyi lagu Yuna. Misya dibiarkan sahaja mensumbangkan suara dibelakang. Cuma Zaim ajer sesekali ketawa kecil bila mendengar Misya tersasul mahupun tersilap menyanyikan bait-bait kata di dalam lagu Dan Sebenarnya dendangan Yunalis Dato' Mat Zarai yang merupakan anak seorang lawyer itu jugak.
"Pak Ngah..." Panggil Misya manja.
"Apa dia sayang..." Sahut Zaim.
"Malam ni Misya tidur sekali dengan Pak Ngah ek."
Zaim sekadar tersenyum mendengar permintaan gadis kecil yang sudah pun bersandar dibelakang. Penat barangkali. Penat memencak satu padang permainan tadi.
"Mana boleh. Pak Ngah tidur dengan Mummy Ngah. Awak tidur depan tv." Syakirin menjawab bagi pihak Zaim. Sengaja mahu menyakat anak dara abang tu.
"Taknak.. Nak tidur sekali dengan Pak Ngah dengan Mummy Ngah..." Rengek Misya. Matanya sudah mula berkaca. Mummy Ngah kejam. Idea untuk suruh tidur seorang diri di depan tv sangat kejam.
"Rinn.." Zaim bersuara panjang sambil menjeling kea rah Syakirin. Syakirin mula sedaya upaya menahan tawa apabila melihat gadis kecil itu sudah mula mahu menitiskan air mata. Salah satu hobinya sejak dua menjak ini adalah menyakat Misya. Itulah satu-satunya anak saudara yang menjadi pengarang jantung hatinya. Dia sayangkan Misya. Sayang sangat. Tapi semakin besar semakin menjadi mulut si kecil ini membidas kata-katanya kalau ada yang tidak kena padanya. Tu yang buat geram tu. Mengikut gaya abang. Maklumlah. Anak lawyer kan. Dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
"Pak Ngah tak mau tidur kat luar." Kata Misya teresak-esak.
"Yerlah. Malam nanti sayang tidur dengan Mummy Ngah dengan Pak Ngah okey. Tak mau menangis-menangis. Tak cantik dah Pak Ngah tengok."
Mendengar kata-kata dari Pak Ngahnya itu membuatkan Misya tersenyum kelat. Bila sahaja mendengar diri sudah tidak cantik terus sahaja dia berhenti menangis. Air mata yang mengalir diseka.
"Pak Ngah..."
"Apa dia sayang."
"Suruhlah Mummy Ngah tidur luar. Biar dia kena kacau dengan momok."
Kata-kata Misya itu benar-benar melucukan. Ketawa besar Zaim dibuatnya. Syakirin pula sudah bengkek ajer gayanya. Matanya dibuntangkan mengadap Zaim yang masih rancak ketawanya tanpa ada sebarang tanda mahu berhenti. Amboi cik adik seorang ini. Sudahlah Pak Ngahnya memanggil sayang. Aku pun Zaim tak pernah nak panggil sayang tau. Lepas tu ada hati nak menghalau Mummy Ngahnya keluar dari bilik. Sabar ajerlah aku dengan anak abang ni. Abang!!! Ambillah anak awak cepat. Betul-betul menganggu privasi rumah tangga orang tau tak!!! Ngomel Syakirin di dalam hati.

"Shusshhh!!!" Jari telunjuk Syakirin diletakkan pada bibir apabila melihat wajah Zaim terpacul dari luar pintu bilik.
Zaim yang baru sahaja pulang dari masjid menjenguk ke dalam bilik. Lar.. Dah tidur budak ni. Syakirin duduk di atas katil bersebelahan Syakirin yang masih lagi menepuk lembut badan anak saudaranya itu. Seketika kemudian tangannya membelai rambut panjang Misya. Kemudian dahi si kecil itu dicium. Zaim yang sekadar memerhati sekadar mengulum senyum. Misya..Misya.. Mummy Ngah awak ni tak adalah teruk sangat pun. Detik hatinya.
"Buat saya Nescafe." Pinta Zaim lembut ditepi telinga Syakirin.
"Tak boleh buat sendiri ker." Jawab Syakirin acuh tak acuh. Tangannya masih lagi membelai Misya yang sudah jauh diulit mimpi.
"Boleh. Tapi saya paling suka Nescafe yang awak buat."
"Sama ajerkan rasanya."
Zaim menggeleng perlahan. "Awak..." Panggil Zaim panjang. "Nescafe satu ek." Pintanya lagi. Dibuat muka kesian.
"Ngadalah awak ni." Lengan Zaim dicubit manja.
"Please..."
Syakirin menjulingkan mata mengadap kipas siling yang ligat berpusing. "Yerlah." Patuh juga dia bangun dari duduk dan menuju ke dapur.

2 X 5Where stories live. Discover now