Bab 13 ❄

76 6 0
                                    


Tok..Tok..Tok..

Bunyi ketukan pintu bilik membingitkan suasana hening pagi. Syakirin mengeliat malas. Siapa budak tak sekolah pergi mengganggu tidurnya hari-hari cuti macam ni.

Tok..Tok..Tok..

Sekali lagi pintu bilik diketuk. Kali ini bunyinya sedikit kuat dari tadi. Malas-malas Syakirin bangun. matanya digosok perlahan. Mulut yang menguap cepat-cepat ditutup dengan telapak tangan. Dengan langkah longlai dia menapak perlahan menuju ke pintu bilik.

Oppss.. Matanya bulat bila pintu dibuka. Buku lima Zaim sipi-sipi nak kena tang muka. Serta merta matanya jadi segar bugar. Ya Allah. Ini kalau betul kena ketuk batang hidung mahunya landai jadinya. Sudahlah dari caranya macam nak diketuk sekuat hati. Nafas Syakirin turun naik. Nasib dia menjerit terlebih dahulu sebelum ketukan maut itu betul-betul terkena batang hidungnya.

"Dah sembahyang Subuh?" Soal Zaim persis seorang warden asrama perempuan sedang buat spot check.
Syakirin mengerutkan dahi seribu. Saja tau. Habis yang tadi terserempak dekat bilik air masa tengah ambil wuduk subuh tadi tu saper. Kembar aku ker. "Dahlah." Syakirin menjawab malas. Dia pun taulah tanggungjawab jadi orang Islam. Sembahyang lima waktu tu perkara wajib. EO pencen tu pantang tau kalau anak -anak dia tong sembahyang.
"Bagus." Kata Zaim sepatah. Dia sengaja bertanya. Dia tahu Syakirin solat subuh pagi tadi. Eloknya cara orang perempuan yang seorang ini. Dia yang lelaki pun lepas subuh terus bangun. yang Kirin pulak sedap ajer landing balik.
"Jom." Arah Zaim sepatah.
"Pergi mana." Syakirin masih terpinga-pinga. Dia mamai lagi ni. Tetiba jom.. Dia pun blur.
"Pergi pasar." Jawab Zaim.
"Buat apa?"
"Shopping baju raya."
"Hahh!!" Mata Syakirin membulat.

"Banyaknya awak beli." Syakirin bertanya pelik. Kiri kanan tangan Zaim sarat dengan barangan dapur. Tangan dia jugak. Macam nak buat kenduri satu taman perumahan ajer ni.
"Senang. Stok untuk seminggu. Tak adalah tiap-tiap hari makan meggie." Jawab Zaim. Barang-barang ditangan dimasukkan sahaja ke belakang Storm yang terbuka. Beg plastic di tangan Syakirin dia ambil lalu dimasukkan sekali kebelakang.
"Stok seminggu?"
"Yerlah. Senang awak nak masak kalau semua barang ada dekat rumah. Saya dah muaklah makan meggie."
"Saya yang kena masak." Syakirin membulatkan mata dengan jari telunjuk dihalakan ke dirinya sendiri.
"Masuk kereta." Zaim mengarah.
Syakirin menurut. Dia masuk ke dalam Storm milik syarikat Zaim bekerja.
"Takkanlah hari-hari saya kena masak." Syakirin membebel tidak puas hati.
"Yerlah. Awak isteri saya. Jadi awaklah kena masak." Zaim menjawab selamba tanpa menyedari apa yang dia katakan itu. Enjin Storm dihidupkan.
"Isteri?" Syakirin bertanya dengan kening terjongket di sebelah.

Zaim memandang Syakirin disebelah. Adoii.. Kirin sudah jadi macam Ziana Zain ajer keningnya itu. Sedar dia sudah terlepas cakap. Isteri? Dia guna pakai istilah isteri pada Syakirin. Padahal dari mula dia sudah katakan anggap sahaja Syakirin itu sebagai teman serumah jika tidak yakin pada perasaan sendiri. Kenapa lancar sahaja mengatakan perkataan isteri itu dihadapan Syakirin. Apa jadi pada perasaan dia sekarang ini. Sungguh cakap. Bila sudah hampir sebulan tinggal bersama dia memang menyenangi sikap Syakirin kecuali gaya menggoda Syakirin itu sahaja yang buat dia rasa iman tak cukup mantop nak tepis perasaan yang halus itu. Yang lain Syakirin okey ajer. Sangat seronok dibuat kawan. Lagipun Syakirin ni mulut ajer pot-pet-pot-pet. Tapi bila orang suruh buat itu. buat ini, makcik ni ikut ajer. Tak melawan pun. Cuma mulutnya ajer yang akan bising. Tapi lama-lama diam sendiri. ataupun Syakirin buat semua ini sebab terpaksa kut. Maklumlah setiap kali ingin menyuruh Syakirin buat sesuatu kerja pasti disertakan sekali ugutan sebulan sewa rumah berserta dua bulan deposit kepada Syakirin. Takut benar Syakirin bila diugut dengan bayaran sewa rumah. Sebab itu dia buat. Kalau ikut logic akal bila kena ugut baru buat memang macam tak ikhlas. Tapi rasanya Kirin tu buat apa sahaja kerja yang disuruh dengan cermat, elok dan teratur. Contohnya. Masa masak meggie kuning telur yang bergegar tu tak pecah langsung. Bila gosok kemeja kerja. Orang bergesel sebelah pun boleh luka tangan dari side tajam yang dia gosok tu. Sempurnalah kan namanya tu.

2 X 5Where stories live. Discover now