Bab 7 ❄

68 5 0
                                    


Koyop dah bertampal di kiri kanan dahi. Bau minyak angin cap kapak sudah seharum semerbak di seluruh segenap bilik. Dia masih terbaring lesu. Puan Hamidah yang masih lagi setia memicit kepala anak dara seorang ni sekadar menggeleng perlahan. Tak tau apa ke halnya Syakirin cukup allergic dengan bau buah durian.
"Mak kenapa hari ini semua orang jadi sangat kejam. Masak semua makanan yang ada kena mengena dengan durian." Rengek Syakirin perlahan. Punyalah tadi dia bertabah ajer menahan bau tempoyak yang boleh buat dia jadi migraine tiba-tiba. Kalau tak pasal ada tetamu yang berkunjung di rumah dia tadi, rela ajer tahan bas Parit Interprise tu pergi makan tengah hari dekat TKK. Mana tidaknya, emak dan Mak Ton masak, gulai tempoyak ikan patin, sambal tempoyak masak, ikan kembung bakar tu pun turut sama dilumur dengan sambal tempoyak. Apa yang dia nak makan selain makan sayur kangkung belacan tu ajer. Tak cukup dengan lauknya, bubur pulut hitam kegemaran dia pun emak main bantai letak ulasan durian jugak dalam tu. Sungguh dianak tirikan betul. Menangis sekuat hati dalam hati ajer tadi bila hari ini memang jadi vegetarian. Yang lain semua makan bukan main lagi. Tambah-tambah lagi Zaim. Ushhh... Habis hati sungguh tengok mamat ni menyudu kuah tempoyak dengan mencolek timun ke dalam sambal tempoyak. Tak kira makan dekat rumah orang, Zaim tetap makan bertambah tiga kali.
"Mana ker gayanya nanti ni Nur Syakirin. Zaim tu mak tengok bukan main lagi berkenan dengan gulai tempoyak. Kamu pulak jangankan nak makan, baunya ajer dah boleh buat nak pengsan." Kata Puan Hamidah.
"Zaim tu memanglah mak. Tolak batu, kayu dengan besi ajer yang dia tak telan. Yang lain semua sumbat." Balas Syakirin. Matanya dipejamkan sejenak. Mahu menikmati kenikmatan apabila kepala diurut oleh emak.
"Hish kamu ini." Puan Hamidah memukul lembut bahu anaknya. "Ada ker cakap macam tu." Katanya lagi.
"Yerlah. Betul apa." Syakirin menjawab.
"ini hah. Tarikhnya dah siap. Mak Ton dengan Pak Midi kamu tu taknak bertangguh-tangguh lagi. Bulan depan bolehlah buat persiapan sikit-sikit. Kad kahwin, mak andam kalau kamu nak buat servey harga dari sekarang pun dah boleh mula dah." Beritahu Puan Hamidah.
"Errrmmm.." Jawab Syakirin malas.
"Dengar ke tak ni."
"Dengar..."
Sekali lagi Puan Hamidah menggeleng perlahan.

"Zaim tarikh dah siap tau. Cuti sekolah bulan enam nanti majlis kamu." Beritahu Hajjah Zaiton kepada anak terunanya yang begitu asyik menonton siaran bola sepak tertunda Arsenal menentang Manchester United di saluran ESPN.
"Ermm..." Zaim sekadar menjawab malas. Mata dan kosentrasinya masih tertumpu pada skrin lcd Sony Bravia di hadapan. Remote controller Astro awal-awal lagi sudah disorok di bawah bantal yang menjadi alas kepalanya ketika ini. Umi bila dah datang dekat-dekat depan tv ni apa lagi. Mesti mahu mengganggu orang lain menonton. Mesti umi tengah get ready nak menonton sinetron Intan dekat Aruna sekarang ini.
"Cher bagi umi remote Astro ni Zaim. Dah dari tadi kamu duk menatap ajer orang main bola ni. Turn umi pulak nak tengok tv." Kata Hajjah Zaiton sambil badannya terbongkok-bongkok mencari remote controller Astro di tepi cabinet televisyen. Kalau dah sepuluh minit mencari di tempatnya tiada jugak. tidak syak lagi. Tak lain tak bukan. Pasti remote ini telah disorok oleh anak teruna yang tengah tengok bola tu. Tang-tang sekarang ini memang dah time Intan start dekat Aruna. Hal yang macam ni, Hajjah Zaiton sudah pandai mengagak.
"Mana ada Umi." Zaim cuba berdalih. Alah umi ni. Betul lah tak bagi can.
"Meh sini." Hajjah Maimon sudah mengunjukkan tangan.
Zaim bingkas bangkit. Remote Astro di bawah bantal dikeluarkan dan dihulurkan kepada Umi. Umi dengan rakus telah menukar kepada chanel kegemarannya.
"Nak kemana tu?" Tanya Hajjah Maimon bila Zaim sudah menuju ke pintu.
"Keluar sekejap. Ambil angin." Terus ajer dia berlalu keluar dari rumah. Dia duduk di atas buaian besi di halaman rumah. Dari pagar besi dapat dilihat anak dara jiran di rumah hadapan tu turut sama duduk di atas kerusi batu sambil membaca majalah. Pastikan sangat yang anak dara tu tengah baca majalah. Nama pun Syakirin kan. Dari kecil dah kenal budak ni. Tahu ajer yang memang membaca majalah tu adalah hobi tangga teratas dia. Sekejap-sekejap dia melihat Syakirin ketawa. Sekejap-sekejap dia melihat Syakirin tersenyum. Sekejap-sekejap dia melihat Syakirin tersengih. Sah. Tu adalah tu gossip yang menarik perhatian Syakirin tu.
Zaim bersandar di belakang buai. Rambutnya dilurut dengan dua belah tapak tangan. Dia melepaskan keluhan lemah. Sejak dua tiga menjak ini selalu sangat dia mengelus. Dia bukan apa. Tadi ajer dah macam berita ngeri ajer yang umi sampaikan. Cuti sekolah bulan enam nanti majlis akan berlangsung. Maknanya kurang dari lima bulan lagi dari sekarang dia akan memikul tanggungjawab sebagai suami orang. Sekali lagi Syakirin yang asyik sangat membaca majalah itu dicuri pandang. Syakirin manis jugak. siang tadi bila Syakirin pakai tudung lagilah bertambah manis. Dan rasanya kecil-kecil dulu pun budak ni boleh tahan comel jugak dan sememeh jugak dengan hingus yang tak pernah kering dalam lubang hidung tu. tapi entah kenapa hatinya tidak langsung terasa terpikat pada anak jiran di depan rumahnya ini. padahal time kecik-kecik dulu bukan main lagi main kawin-kawin together-gether. Main pondok-pondok pun bersama-sama. Nak kata macam couple olok-olok budak-budak kecil cakap 'ai-lebiu-yu-lep-mi' masa masing-masing berak pun emak ayah yang cebukkan tu pun dah biasa. Cuma pada dia itu hanya cerita budak-budak kecil yang tak cukup umur belum panjang akal punya cerita. Bila dah besar panjang menginjak dewasa dia tahu antara dia dan budak perempuan depan rumah tu sekadar teman sepermainan sahaja. cerita dengan budak yang bermain bersama-sama tu pun mati macam tu ajer bila dia pun masuk asrama. Lepas tu jumpa pula dengan seseorang yang dah Berjaya mencuri hatinya. Lagilah dah tak ingat apa-apa pasal budak tu. Kalau ikutkan dia tak adalah nak memilih yang cantik dimata sahaja untuk dijadikan couple time muda walaupun kalau boleh disukat mengikut skala kecantikan antara Sofea dan Syakirin, dia mengaku jugak, Sofea berganda lawanya dari Syakirin. Syakirin tu biasa sahaja Cuma manisnya yang lebih. Sofea pula, memang cantik gadis kacukan anak mami Pulau Pinang yang dah lama bermastautin tetap di tanah Ipoh ini. Tapi itu bukan faktornya dah soal hati ini susah nak ditafsirkan.

2 X 5Where stories live. Discover now