Bab 10 ❄

75 4 0
                                    


"Rumah." Kata Zaim ringkas.
Syakirin sekadar mengangguk. Yerlah. Tahulah ini rumah. Takkan reban ayam kut.
Kunci mangga pagar dibuka.
"Masuk." Arah Zaim sepatah.
Syakirin menganguk lagi. Langkah kaki diatur masuk ke dalam rumah teres setingkat di Bandar Baru Bangi. Errrmmm... Okey gak. Tak besar sangat. Cukuplah untuk dua orang duduk. Siap perabot. Complete. Banyak jugak duit gaji Zaim ni. mampu ajer . Ruang seluruh rumah ini dia tinjau. Dari ruang tamu, bawa ke dapur, stor dan seterusnya ke setiap bilik. Bilik ada tiga. Bilik air ada dua. Satu dekat dapur satu lagi di dalam master bedroom.
"Bilik kita yang mana satu." Syakirin buat-buat tanya. Padahal bukan dia tak tau. Memang dekat master bedroomlah tempat dia dan Zaim akan beradu.
"Na..na..na.." Zaim menggeleng kepala. "Bukan bilik kita. Kita tidur bilik asing-asing." Katanya.
"Hahh!!" syakirin sedikit terkejut. Matanya memandang tepat ke muka Zaim yang biasa-biasa sahaja itu. Tak berkocak. Tidak beriak. "Macam mana tu?" Dia bertanya kemudian. Pelik. Kata suami isteri. apasal tidur bilik asing-asing pulak. Musykil. Musykil.
"Awak tidur bilik nombor dua ini. saya dekat master bedroom." Beritahu Zaim dengan tenang. Buat masa sekarang ini ajer benda yang dia dapat fikirkan. Kalau dia tak suka buat apa nak dibuat apa-apa pada anak orang tu. Lebih baik macam ni. Kalau duduk sekali dalam satu bilik dia boleh bayangkan apa yang bakal terjadi. Selama duduk sebilik seminggu di kampong pun dah buat jiwa lelaki dia macam tak kena. Tu hah. Kirin tu. Sudahlah seksi ya amat. Pakai seluar pendek dengan singlet tali halus tu. Betul-betul menaikan nafsu. Tapi ditahan jugak. sebab hatinya selalu berpesan, jika tiada perasaan dia tidak akan buat perkara yang satu itu.
Syakirin memandang lagi wajah Zaim yang cukup tenang mengutarakan perkara itu. Owhhh... jadi sekarang ini dia bukan mahu isteri, tapi sekadar housemate ajerlah. Fuhh.. sedikit sebanyak timbul perasaan tersinggung di dalam hati. Macam ni dia dilayan sebagai seorang isteri. pengantin baru yang masih fresh lagi. Pengantin yang belum lagi bersentuh. Zaim tu egonya ajer yang meninggi. Baiklah. Kalau itu yang dia nak. Aku ikut. "Okeylah tu. Bagus jugak. sekurang-kurangnya ada privasi untuk diri saya sendiri. Lagipun saya tak sukalah kongsi-kongsi ni." Balas Syakirin bersahaja. Dia ada cara bagaimana mahu mematahkan ego lelaki itu. Hello!! Ini Nur Syakirin okey. Tahulah apa yang aku nak buat nanti. Ahmad Zaim baiklah kau berjaga-jaga dari sekarang.
"Awak tak kisah ker?"
"Nak kisah apa? Mana bilik saya. Saya nak start berkemas ni."
"Tu hah."
Buat muka selamba sambil menonong ajer Syakirin masuk ke dalam bilik yang ditunjukkan oleh Zaim tadi.
Zaim berasa sedikit pelik. Betul Syakirin tidak makan saman punya orang. Agaknya syakirin pun berasa perkara yang sama kut. Itu sebab dia buat no hal ajer. Ermmm.. Zaim masuk ke dalam biliknya di hadapan sekali tanpa memikir terus menerus mengenai kelakuan Syakirin yang macam langsung tidak kisah itu.

"Sebal!! Sebal!!" Syakirin merungut-rungut sendiri di atas katil. bantal tidak bersarung diletak di atas sila. Tangan kanan yang sudah digenggam penumbuk, menumbuk-numbuk ke muka bantal. Geramnya aku. Sudahlah tidur bilik kecil. Yang dia tu tidur master bedroom. Ini sampai cadar tak ada. Sarung bantal tak ada. Lain kali kalau nak buat plan macam ni bagi taulah siang-siang. Senang aku standby barang macam-macam. Standby macam budak baru nak masuk asrama. Ngeeee.... Zaim!!!!!
Tok-Tok-Tok
Bunyi pintu diketuk dari luar.
Syakirin bingkas bangun. Pintu dibuka sedikit.
"Apa dia?" tanyanya penuh bersahaja. Sebal di hati dia cover dengan senyuman manis di muka.
"Saya lupa nak bagi tahu awak tadi, yang rumah ni tak ada cadar lebih." Kata Zaim sambil tersengih. Dia bukanlah kejam sangat pun. Jiran sebelah bilik dia ini tetap jugak isteri dia. Cuma tak bersedia nak tidur bersama tu yang buat dia dan Syakirin duduk di bilik berasingan.
"Tak apalah. Saya alas dengan kain batik." Kata Syakirin malas. Hatinya sakit badannya penat. Belasah ajerlah apa yang ada kalau sudah darurat tu. Tapi kain batik??? Alamak.. Selama jadi orang KL ni langsung dia tak pernah nak pakai kain batik. Leceh!! Pakai seluar pendek jugak yang senang. Habis tu, malam ni macam mana pulak. Tilam ni nampak okey. Tapi mahunya miang satu badan kalau tidur tak ada lapik dengan apa-apa. Buatnya berpijat mahu merah satu badan. Syakirin mengerutkan dahi seribu. Kemudian dia mempamerkan gigi sebaris di hadapan Zaim.
"Saya tak ada kain batik dan saya tak reti nak pakai kain batik." Beritahu Syakirin penuh jujur. Mengaku lebih baik daripada menyusahkan hidup. "Tapi kalau awak nak bagi pinjam pelikat awak sehelai pun saya dah cukup syukur dah." Sambung Syakirin dengan nada yang rendah. Antara dengar atau tidak. Muka pun dah seposen ajer tu.
"Tak apalah. Kita keluar pergi beli cadar awak. Lepas tu makan sekali. Lagipun kita berdua belum makan lagi. Awak siap sekarang." Arah Zaim.
"O..." Syakirin menjulingkan amta ke atas. Belum habis nak sebut 'okey' Zaim pun dah lesap. "Okey." Sambungnya di dalam hati.

"Cukup?" Zaim bertanya. Syakirin yang sedang enak menghirup kuah sizzling dipandang. Memang pantang dioffer. Mentang-mentang semua barang yang dia nak aku yang bayar, sampai penuh satu troli dia pergi ambil. Lepas ni memang kena berjaga-jaga kalau nak bawak Syakirin keluar membeli belah.
"Cukup. Saya limit makan sepinggan ajer. Mana boleh lebih-lebih. Takut gemuk." Kata Syakirin bersahaja.
"Bukan cukup makan. Barang-barang keperluan awak tu, cukup ker."
Owwhhh... "Lebih daripada cukup." Jawab Syakirin selamba. Alhamdulillah. Bajet barang-barang personal bulan ini ada yang sudi menanggung. Main belasah semua benda dia beli saiz besar punya. Start dari ubat gigi, shower cream, shampoo semua standard pakai setahun tak habis.
"Awak jangan bagi tahu parents kita tentang hal ini. kalau boleh biarlah hal ini kita berdua ajer yang tahu. Lagipun ini rumah tangga kita berdua." Kata Zaim panjang lebar. Dia mahu Syakirin merahsiakan apa yang terjadi di dalam rumah tangga mereka. Kehendak ayah dan umi dia sudah ikut. Kali ini biarlah dia yang tentukan apa dia nak buat. Alah.. Budak Kirin ni pun macam tak kisah pun. Budak Kirin ni main ikut ajer. Kira okeylah tu. Senang sikit nak buat diplomasi. Diplomasi terpimpin namanya ini.
"Okey bos!!" Tabik spring dia pada Zaim.
Kan dah cakap dah. Memang budak ni jenis redah ajer. Tak kisah langsung. Kalau perempuan lain mesti akan mengamuk tak bertempat. Tak pun pasti akan terus mengadu pada orang tua. "Awak ni macam rilek ajer. Kalau perempuan lain mesti dah melenting kalau dia orang berada di tempat awak." Kata Zaim pelik.
"Itu perempuan lain, bukan saya. Saya malas ar nak kecoh-kecoh. Lagi satu. Peraturan bilik asing-asing ni awak yang buat yer. Jadi jangan pandai-pandai nak masuk bilik saya tanpa kebenaran. Saya tak suka. kita buat hal kita masing-masing kat rumah tu. Jangan sibuk-sibuk nak menjaga tepi kain orang pulak." Ujar Syakirin pula. Bukan main lagi dia mengutarakan pula hak-hak selaku teman serumah bilik lain-lain. dia bagi peringatan pada Zaim. Tapi kalau Zaim nak masuk bilik dia pun dia tak kisah. Hahahaha... Gila punya angau dengan laki sendiri yak au Kirin.
"Okey. Set!!" Zaim bersetuju. Memang itu yang ingin dia katakan sebentar lagi tapi tak tau pulak Syakirin terlebih dahulu bersuara mengenai perkara ini. Kepala memang sama. Selesai satu beban.
"Set!!" Syakirin mengenyitkan matanya sebelah. Tangan dihulurkan, tanda kata sepakat telah dicapai.

2 X 5Where stories live. Discover now