Seminggu kemudian...
Alice membuka matanya perlahan lahan apabila hidungnya seperti disentuh.Dia melihat adiknya tersenyum sambil bermain dengan hidungnya yang mancung.
"Jackson ahh.."Dia memeluk adiknya. Dia mencubit lembut pipi adiknya yang gebu.Dia melihat ke luar,dah pagi dah.
Pasti adiknya lapar kan? Tapi sekarang,dunia dah berubah.Dah ditakluki oleh mahluk bernama zombie.Sekarang,dia harus melindungi diri sendiri dan adiknya.
"Jackson,jackson lapar ke? " Dia mengusap kepala adiknya.Betapa sedihnya dia sebagai seorang kakak apabila melihat adiknya yang masih kecil harus menghadapi semua ini.Dunia ini terlalu kejam!
Jackson mengangguk kepala sambil mengigit ibu jarinya.Jackson meletakkan kepalanya pada dada kakaknya.
Apa aku harus buat sekarang? kalau keluar nanti,pasti dikejar mahluk hodoh itu lagi.Tapi,Jackson pasti laparkan? Takkan aku bagi adik aku lapar sampai mampuih?
******
Alice perlahan lahan keluar dari pondok sekeruti itu yang tempat dia dan adik untuk hidup selama semingggu setelah memastikan semua selamat dari zombie.Dia mencari kedai yang berdekatan.
Alice memasuki kedai Krisica itu sambil tangan kanan memeluk adiknya dan tangan kiri memegang pedang.
Dia memastikan keadaan kedai itu selamat. "Semua selamat." Dia mengunci pintu kedai itu.Nasib pintu kedai itu tak lutsinar seperti kedai lain.Kalau zombie tengok dia kat sini,dah mampus dah dia kat sini.
Dia mencari tepung susu bayi.Lalu dibuatnya air susu untuk adiknya.
"Jackson,minum sampai kenyang kenyang ya? Barulah kita kuat ok? " Dia mengelap wajah adiknya.Adiknya hanya menghisap botol susu dibuat kakaknya.
Alice membuka bungkusan nasi itu.Dibuka pula sardin ikan di hadapannya.Itulah lauk dia hari ini.
"Jackson... " Entah kenapa,moodnya terus jadi sedih apabila mengenang nasib dia dan adiknya.Dia makan sambil menangis.
"Jackson.Bayangkan,hanya Jackson dan unnie kat dunia ini yang normal.Adakah kita mampu bertahan sehingga dunia ini kembali seperti biasa? " Tutur Alice sambil merenung adiknya yang dah tidur di katil bayi yang dia dapat di bawah meja cashier.
"Unnie tak mampu untuk menghadapi semua ini,Jackson.Omma,appa dah jadi zombie.Semua pasti dah jadi zombie.Tapi,unnie tetap kuat untuk Jackson.. Jackson,satu satunya yang Unnie ada.Jackson adalah semangat untuk unnie hidup. " Luah hati Alice.
Walaupun Jackson tak dengar aau faham akan kata kata,tapi dia tetap mahu meluahkan segalanya.Dia tak ada tempat untuk mengadu lagi.
"Tiada siapa dalam dunia seperti aku.Unnie hanya ada kamu,Jackson." Kata Alice lalu menepuk lembut punggung Jackson.
Alice baring sebelah Jacskon.Dia beralaskan lengannya menjadi bantalnya.Dia merenung wajah innocent adiknya ketika tidur.Dunia ini terlalu kejam.
Terasa air yang hangat jatuh ke pipinya.Ya,dia tengah menangis.Semenjak kebelakangan ini,matanya tidak jemu mengeluarkan air mata.Dia harap semua ini mimpi.
*****
Click!
Alice terbangun.Dia melihat ke arah pintu.Dia melihat tombol pintu di pulas.Dia mengambil pedang yang setia disisi perlahan-lahan.Dia memeluk Jackson yang masih tidur.Dengan debaran di hati,dia menunggu pintu itu dibuka oleh seseorang.Bukan seseorang,zombie. Tapi..
Lampu disuluh ke arah Alice membuatkan mata Alice silau.Dia menghalang lampu itu kena matanya dengan lengannya.
"Aku ada jumpa manusia disini.."
Alice terkejut.Selama ini,fikiran.dia salah.Masih ada orang sepertinya di dunia ini.
They find you already...
*****
480 words
YOU ARE READING
Alice In Zombieland
De TodoAlice membuka matanya, semuanya berubah. Ibu bapanya yang dia sayang dan cintai, tidak mengenal dirinya malah ingin memakannya. Apa yang berlaku? Hanya dia dalam dunia itu yang normal? Hanya dia seorang diri bertarung dengan zombie? Atau dia jumpa s...