BAB 1

4.2K 168 6
                                    

"Alaa mama , takkan nak tinggal Hanis sorang-sorang kat rumah ?" kata aku dengan keadaan merengek .
Dah la kami baru sahaja berpindah di rumah yang besar ini . Tapi takkan lah dah kene duduk sorang-sorang ? 2 minggu pulak tu .

"Mama dengan ayah ada kerja lah sayang . Nanti mama suruh Aunty Azlin jaga kamu , boleh ?
"Hm yelah ."
Dengan terpaksanya aku relakan juga pemergian mereka .Aku cuba berfikiran positif . Lagipun mereka pergi ke China bukan untuk bersuka-ria , untuk mencari rezeki juga kan .

Lagi setengah jam mama dan ayah akan bertolak ke China . Aku hanya duduk di ruang menunggu di dalam airport bersama mereka dan Aunty Azlin pada pukul 9 pagi .
"Kamu jangan nakal-nakal nanti . Jangan menyusahkan aunty kamu tu . Duit ayah dah bagi kan tadi ?"
Aku hanya mengangguk .
"Ni mama nak pesan ni , make sure rumah sentiasa kemas . Kalau ada strangers datang jangan layan and lagi satu jangan duk gatal tangan pergi bukak pintu kat hujung sebelah stor tu ." kata mama dengan riak wajah yang serious .
"Kenapa ?"
"Orang kata jangan tu jangan jelah ." kata mama lalu mengalihkan pandangannya ke telefonnya itu .
Hmm pintu yang mana ni ek ? Sebenarnya , kami baru sahaja berpindah pada minggu lepas . Akibat terlampau sibuk menghias bilik aku , aku tak sempat pun nak meneroka rumah itu .

Pengumuman penumpang penerbangan ke China sudah pun dipanggil . Aku dan aunty Azlin pun bersalam-salaman dengan ayah dan mama .
"Ingat. Jangan pergi kat pintu tu ." sekali lagi mama berpesan . Bahaya sangat ke pintu tu ? Macam lah ada harta karun dalam bilik tu . Tapi entah-entah betul . Argh perasaan ingin tahu aku membuak-buak.

Aunty Azlin memandu kereta pulang ke rumah . Aunty Azlin ni baru sahaja berumur 28 tahun tetapi sudah pun mempunyai butik sendiri . Kalau sudah ada butik sendiri,mestilah bergaya orangnya . Cantik pun cantik juga . Harini dia mengenakan singlet putih bersama denim dan seluar ketat berwarna putih juga . Rambutnya yang pendek itu dihiasi dengan klip rambut bermutiara . Oh jangan lupa juga cermin mata hitam jenama Raybon itu . Manakala aku hanya memakai jeans hitam dan tshirt long sleeves berwarna kuning sahaja . Rambut panjang aku dibiarkan lepas begitu sahaja .

"Hanis , aunty sebenarnya kerja sampai malam harini . Hanis tidur sorang je boleh ?"
"Alaa takutlah ."
"Aunty bukan sengaja tapi ada kerja . Hm macam ni lah , ajak lah kawan-kawan teman ."
Aku berfikir sejenak . Tapi best juga kan dapat lepak dengan kawan malam malam dekat rumah . Parents pun takda so ini peluang sekali seumur hidup je ni .
"Hm okay lah ."

Aku mencapai phone aku dan membuka aplikasi whatsapp . Terdapat satu group yang ahlinya terdiri daripada aku ,Sabb , Reen , Akif dan Mir . Kami ni berkawan sejak sekolah rendah lagi . Memang kami dah khatam dah dengan perangai masing-masing . Baik buruk semuanya kiteorang tahu . Mungkin sebab itulah persahabatan kami kekal sampai kami sudah pun berumur 18 tahun .

HANIS : koranggg . Jom lepak kat rumah aku . Parents aku kerja so kite freedom huhu . Haa lagi satu Reen dengan Sabb jom tidur rumah aku . Aku sorang-sorang je malam ni .
AKIF : asal tak ajak aku je tidur sekali dengan kau haha .
HANIS : ee jijik nak tidur dengan kau . Kau dah la kuat berdengkur .
SABB : Haha sian akif . Aku on je kot . Nak kiteorang datang pukul berapa ?
HANIS : Petang , okay ?
REEN : Haa aku pun on .
AKIF : taknak lah pegi . kau tak sudi pun .
HANIS : ngengada ! datang je lah . bukan selalu boleh lepak adoii
MIR : Aku pun on . Kita gerak sekali je eh ?
REEN : Haa okay cun .
SABB : pukul 5 eh . siapa lambat kita tinggal dia .
MIR : kiteorang datang ni kau sediakan makanan sedap sedap tau nis . Tetamu terhormat nak datang ni .
HANIS : terhormat lah sangat . Haa yelah . Cepat sikit datang . Tak sabar nak jumpa korang .

-----------------------------------------------------------
(( 2.12.2015 ))

hope korang baca story ni sampai habis k ?  thankyou

PINTUWhere stories live. Discover now