Mir POV
Sampai sahaja di depan rumah , aku pun terus memberhentikan enjin kereta . Sedang aku hendak membuka pintu tiba-tiba Reen mencapai tangan kiri aku . Aku menoleh dan kelihatan matanya sudah pun berair .
Dia terus memeluk aku dan aku pun membalas pelukannya itu .
"Why Reen?"
"Aku takut . Aku tak faham apa yang jadi tadi weh . Macam mana kalau something happen kat kita nanti ?" kata Reen sambil teresak-esak tangisannya .
"No , everything will be fine . Kita kene fikir positif . Maybe itu just imagination kita or something . Aku tak percaya pun apa yang berlaku tadi ."
kata aku lalu melepaskan pelukan kami dan menghadap muka Reen.Reen tersenyum sinis lalu mengangkat muka nya yang dilumuri darah dan ulat-ulat kecil . Baunya pergh busuk ya amat .
"Kalau ni , kau percaya ?" kata Reen sambil mengilai-ngilai .Akif POV
Eh ? Perempuan tadi hilang !
Bulu roma aku terus berdiri tegak . Tapi mungkin dia dah keluar kot tadi . Hidup ni kene fikir positif .Kalau asyik negatif je macam mana nak dapat jiwa yang tenang makmur dan harmoni . Ceh ."Baru balik ?" kata Amar iaitu abang aku . Memang kami duduk berdua je pun sejak aku habis sekolah . Mak dan ayah aku masih lagi di kampung kami di Kelantan . Dorang lagi suka duduk sana daripada duduk KL , aku dan abang aku pulak tak suka duduk kampung . Jadi sudah nak dekat setahun juga lah aku masih lagi boleh tahan duduk berdua dengan dia .
"Tak lah . Baru nak keluar ni ." perli aku .
"Kau asal balik lambat sangat ?"
"Eh sejak bila kau kesah pasal aku ? Sukahati mak bapak aku lah nak balik pukul berapa ."
"Weh bodoh aku tanya elok-elok kan .Kau tu tahu melepak kat luar je kerja . Kau fikir aku bibik kau nak kemas rumah ni semua ?"
"Kalau taknak kemas kau pergi ah balik kampung sana ah ! Kau pun dah tua bangka pun taknak cari kerja ."
"Gi mampos ." kata Amar lalu terus masuk ke dalam biliknya .
"Macam perempuan ah kau merajuk terus masuk bilik !"Haih tanpa buang masa ,aku pun terus mencapai tuala dan mandi .
Aku mengelap-ngelap rambut aku yang basah dan duduk di atas sofa selepas memakai baju . Aku melihat jam dan tertera pukul 1:30 pagi . Rasanya ada ulangan drama korea tadi ni .
Aku menekan butang remote 3 9 3 . Wah memang ada ulangan pun tapi dah nak habis dahhhh . Frust menonggeng aku . Eh jap ? Sekarang tengah part kiss woi . Rugi ni tak tengok . Apa lagi , dengan khusyuknya aku pun melihat aksi geli-geli mereka itu .
Domm ! Debum ! Kebabom ! ( maaf saya tak tahu bunyi blackout macam mana hahaha )
Babi lah ! Time macam ni pulak lah nak blackout . Aku terus bangun sambil mencari-cari suis utama . Heish malang betul dah la tengah part best tadi . Sedang aku meraba-raba dinding untuk mencari suis utama itu ...
Papp !
Tangan aku terasa digenggam oleh tangan orang lain .
"Amar ! Fikir lawak ke cb?" kata aku .
Tapi Amar still genggam tangan aku . Dia ni time gelap-gelap pulak nak raba aku .
"Lepas lah bodoh !" kata aku lalu menghempaskan tangannya .Shit !
Tangan tadi tercampak ke atas lantai ! And aku tahu ini bukan tangan Amar . Aku terus berlari ke dalam bilik aku dan menyelubungi badanku dengan selimut . Aku pejam sahaja mata berharap apabila aku buka mata nanti , hari menjadi siang dan kehidupan membosankan aku berjalan macam biasa . Biarlah bosan daripada ketakutan macam ni .
YOU ARE READING
PINTU
HorrorDi rumah baru Hanis , terdapat satu bilik yang terkunci rapat . Tiada sesiapa pun yang dibenarkan membuka pintu bilik tersebut . Tetapi dengan sifat ingin tahunya , Hanis dan rakan-rakannya pun memberanikan diri untuk memasuki pintu tersebut dan me...