BAB 9

2.3K 123 19
                                    

Mir POV

"Kalau ni , kau percaya ?" kata Reen sambil mengilai-ngilai . Aku terpaku memandang wajah Reen yang menjijikkan itu . Setan apa pulak ni ?

Tanpa membuang masa aku terus keluar daripada kereta dan berlari ke dalam rumah .
"Kenapa ni ?" tanya Zati iaitu kakak sulung aku.
"Reen ..kat luar.." kata aku sambil termengah-mengah .
"Yang kau biar anak dara orang kat luar malam-malam buta ni kenapa ? Biar aku panggil dia ." kata Zati lalu terus berjalan ke luar .
"Jangan !" teriak aku tapi Zati itu langsung tidak menghiraukan aku . Perasaan risau aku mula datang , macam mana kalau 'setan' tu buat apa-apa kat Zati ?

Aku pergi ke arah pintu . Perlahan-lahan aku membuka pintu rumah teresku , tiba-tiba aku mendengar suara tangisan perempuan . Itu suara Zati ke Reen ? Suara mereka berdua memang lebih kurang so aku tak pasti itu suara siapa . Tapi yang pastinya , Reen yang tadi bukan lah Reen yang sebenar so kalau ikut logiknya suara tangisan itu mesti suara kakak aku !

Aku nampak Zati berada di dalam kereta di sebelah Reen dengan pintu kereta yang terbukak . Apa yang berlaku aku tak tahu . Haih ni susah jadi rabun ni , dah la jauh tambah nya pulak dengan waktu malam macam ni memang pandangan aku jadi kabur lah .

Walaupun aku takut , tetapi dengan langkah yang berat aku terpaksa mendekati kereta aku itu dan apa yang aku nampak ialah Zati sedang memeluk Reen .
"Akak , kau buat apa nih ?!"
"Kau ni memang jantan tak guna eh .Sampai hati kau tinggal Reen sorang-sorang sampai dia nangis macam ni." kata Zati sambil memujuk Reen yang sedang menangis teresak-esak .
"Mir .. kenapa kau tinggalkan aku ? Kau tahu tak 'bende' tu kacau aku ."

Reen pun kene kacau ? Wait , habis yang aku peluk tadi siapa ? Aku semakin bingung .
"Dah la jom masuk ." kata Zati .
"Reen harini tidur je sini okay . Esok siang baru balik." sambung nya lagi .

Sabb POV

Sebenarnya , aku takut nak tidur sini malam ni . Tapi aku lagi takut kalau Hanis stay sorang-sorang . Aku ni sebagai kawan yang baik lagi comel memang jiwa ni penuh rasa simpati dan perasaan kasih sayang terhadap seseorang insan digelar sahabat tu memang mendalam .Sesekali puji diri sendiri takpa kan ? Ahaks . So aku kesian kat dia sebab tu aku teman .

"Nis , mana bilik air ?"
"Kat sebelah dapur tu."
Aku pun terus mencapai tuala dan alatan mandi yang berada di dalam beg dan terus masuk ke bilik air .
Bukan nak bajet ke apa tapi aku ni kategori pembersih lah jugak . Aku memang sebelum tidur kena mandi dulu. Ew habis bau kambing badan aku . Mana tak nya dengan tempat tadi yang busuk , tambahan pula berpeluh-peluh sebab lari tadi . Memang harini kena sental-sental satu badan .

Selesai aku membersihkan diri , aku pergi ke singki dan berdepan dengan cermin .
Aku memicit botol pencuci muka aku dan menyapu ke seluruh muka . Kemudian aku membilasnya dengan air serta mengelap muka .

Aku menggosok-gosok muka aku dengan tuala dan mengangkat muka aku menghadap cermin .

Fushhhhhh

Seperti ada seseorang yang lalu di belakang aku apabila aku memandang cermin .

Aku menoleh ke belakang ..

Eh ? Takda apa pun . Mungkin perasaan aku sahaja .

Aku menoleh semula menghadap cermin

Heeeeeeeii

Ada lembaga berambut panjang yang memakai baju putih lusuh berada betul-betul di belakang aku .

Dia memberikan aku senyuman yang cukup mengerikan .

Arggghhhhhhhhhhh !

-----------------------------------------------------------
Hai korang !
Haa amacam chapter ni ? Pls bagi feedback .

Oh ada yang cakap dengan saya yang cerita ni tergantung .
Korang jangan salah faham , cerita ni tak habis lagi . Kalau dah habis nanti saya akan bagitahu .

PINTUWhere stories live. Discover now