"Aunty nak keluar pukul berapa?"
"Haii , halau aunty ke apa ni ?"
"Eh mana ada . Kawan hanis nak datang pukul 5 nanti . Nak hidang apa nanti ?"
"Em , buat pancake nak ? Aunty ni terrer tau bab masak ."
"Hehe yelah Aunty ."
Memang betul aunty Azlin ni pandai memasak . Sebab tu lah mama harapkan dia untuk menjaga aku , kalau aku duduk rumah sorang-sorang memang mati kebulur lah jawabnya . Aku bukan malas nak masak tapi tak reti . Lagipun siapa nak ajar ? Nak harapkan mama tu busy je memanjang . Aunty Azlin je lah harapan aku sekarang .Hmm Aunty Azlyn ni cantik orangnya , pandai masak . Berkerjaya jugak . Memang lengkap package untuk jadi isteri idaman . Tapi sayangnya kenapa lah dia ni tak kahwin-kahwin lagi ? Tak takut ke jadi andartu ?
"Aunty azlin takda boyfriend ke ?" tanya aku sambil menolongnya memasak di dapur .
"Takda ." jawabnya selamba .
"Takkan lah tak teringin nak bercinta ?"
"Hm , takde masa lah . Aunty sibuk dengan butik aunty tu ."
"Tak takut ke jadi andartu ?" alamak terlepas pulak aku cakap . Aduh .
Aunty Azlin pun memandang ke arah aku . Hope lah dia tak kecik hati .
"Eh hanis ni sibuk je . Nanti kalau ada jodoh aunty kahwin lah jugak ."
Aku terdiam . Eish asal lah mulut aku ni takleh control.Pancake sudah pun siap . Dilengkapi dengan coklat cair dan madu . Air pula aku membuat orange juice so bangga lah jugak ada air tangan aku atas meja tu ceh.
Tingtong !
Bunyi loceng rumah aku berbunyi dan aku pun dengan lajunya membuka pintu .
"Korangg!"
Aku terus memeluk Reen dan Sabb . Mir dan Akif juga ada di belakang dorang. Sudah hampir 2 bulan juga lah kami tidak bertemu .Dulu masa sekolah boleh la hari hari lepak . Ni sekarang semua busy je memanjang
"Ehem , dah habis dah ke aksi berpelukan korang ni ? Aku dah lapar dah ni ." perli Mir .
"Haa ye masuklah ." aku menjemput mereka berempat masuk .
"Tu aunty aku ." kata aku sambil menunjukkan ke arah aunty Azlin yang sedang mengambil beg tangan untuk pergi ke butiknya itu .
"Lawa aunty kau . Ni kalau buat jadi awek ni. Pergh " bisik Akif .
"Beza 10 tahun beb. Nak jugak ?" kata aku.
"Aunty nak pergi dah ni . Jaga diri elok-elok eh . Jangan lupa makan kat atas meja tu ."
"Baik aunty ." jawab kami berlima serentak ibarat askar selepas mendengar arahan daripada komandernya .Pukul 7 petang . Kami pun selesai makan . Mir dan Akif berbaring di atas sofa sambil menonton televisyen . Tak malu betul . Reen dan Sabb pula menolong aku mengemas meja .
"Besarnya rumah kau .Kalau aku jadi kau pun aku tak berani nak tidur sorang-sorang malam malam ." kata Sabb .
"Kann . Sebab tu lah aku ajak korang tidur sini ."Kami semua pun berkumpul di ruang tamu . Aku pula teringat pesan mama tentang pintu itu .
"Weh nak tahu tak ?" kata aku .
"Apa dia ?" tanya Mir .
"Kat rumah aku ni sebenarnya ada satu pintu ni au . Pintu tu tak dibenarkan bukak . Korang tahu en perangai aku so aku rasa macam nak tahu ah gak apa dalam pintu tu ."
"Wow . Sound interesting do . Jom ah apa lagi ." kata Akif .
"Tapi aku takut do . Mana tahu ada pape ."
"Hm betul jugak tu . Jangan pepandai lah pergi kat pintu tu ." kata Reen .
"Tapi aku nak tahu .." kata aku lagi .
"Alaa so jom lah . Sekarang bukan malam pun so hantu takde ."kata Akif.
"Oi celupar mulut kau ni kif ." kata Sabb
"Apa kata kita bukak je then tengok apa kat dalam pastu blah . Kan senang." kata Mir .
"Hm yelah ."
"So mana pintu tu ." kata Akif dengan excitednya .Kami pun berjalan ke arah hujung rumah di mana terletaknya pintu itu .
"Bapak sunyi do kat sini . Seramlah weh ." kata Reen .
"Takpe aku ada." kata Mir .
Then aku berhenti di depan sebuah pintu . Ini first time aku pergi kat sini . Pintu itu agak nampak lama tapi dikunci rapat . Dan ada papan tanda yang tertulis DO NOT ENTER ."I think here it is . Pintu yang mak aku cakap tu ..."
YOU ARE READING
PINTU
HorrorDi rumah baru Hanis , terdapat satu bilik yang terkunci rapat . Tiada sesiapa pun yang dibenarkan membuka pintu bilik tersebut . Tetapi dengan sifat ingin tahunya , Hanis dan rakan-rakannya pun memberanikan diri untuk memasuki pintu tersebut dan me...