BAB 4

2.2K 181 26
                                    

Mir POV

Kami pun memasuki bilik itu . Ya , sekali pandang pun dah tahu bilik ini kepunyaan seorang kanak-kanak perempuan . Agaknya berapa lama eh bilik ini ditinggalkan ?
Aku melihat sekeliling bilik itu . Pergh budak yang duduk dalam bilik ni ada mengalami depression ke apa ? Serabut gila bilik dia . Rasanya bilik aku lagi okay. Tapi kan , kenapa mereka tidak kemas bilik ni ? Atleast nak jual rumah ni pun kosongkan lah barang-barang yang tertinggal . Itu pun nak kene ajar ke ?

Mata aku tertumpu kepada satu almari kecil yang berwarna coklat kayu . Sedang rakan-rakan ku sibuk melihat sekeliling bilik itu , aku pun membuka dengan perlahan almari itu . Kosong ! Kecuali ada seutas tali . Aku mengambil tali itu dan eh ? Ni macam tali gantung !

Tiba-tiba , diriku rasa tertarik . Rasanya ada orang yang menarik tali itu dari bawah . Dengan lajunya tali itu ditarik dengan kuat dan badan aku tertarik masuk ke dalam pintu kecil yang tersembunyi di dalam almari itu .

"Arghh" aku hanya mampu menjerit .
Kedebuk ! Aduh sakit bontot aku .
"Mirr !"
"Mirr , kau okay tak ?"
jerit mereka .
"Aku okay!" memang aku okay tapi perasaan aku tak okay . Gelap gila . Aku tak nampak apa-apa . Aku melihat atas dan memang mustahil untuk aku memanjat ke atas semula . Sial !

"Weh mir !Aku turun !" jerit Akif .
"Pakai tali weh . Hati-hati !" sahut aku .
Akif pun perlahan-lahan turun menggunakan tali itu tapi malangnya genggamannya tidak kuat .

Bukk ! Akif terjatuh . Betul-betul atas aku pulak tu .
"Sakit lah weh ."kata aku lalu bingkas bangun .
"Sorry sorry ."

Dan tiba-tiba ada satu bunyi yang kuat ...
Puuuuuutttttttt

Hanis POV

Kami bertiga melihat ke bawah pintu itu dengan keadaan yang risau . Haraplah dorang tak jadi apa-apa.

Puuuuuuuuttttt .

Sesuatu bunyi yang kuat daripada bawah . Aku takut ada benda yang terjadi kat dorang .

"Weh bunyi apa tu ?" tanya Sabb
"Aku tak tahu . Aku rasa better kita semua turun . Aku taknak terjadi apa-apa kat dorang ."
Lalu kami bertiga pun perlahan-lahan turun menggunakan tali .

"Bunyi apa tadi tu weh." tanya Reen selepas kami bertiga selesai turun .
"Aah . Kuat pulak tu . Risau aku ." tambah Sabb .
"Takyah nak risau sangat . Si Akif tu haa kentut . Time-time macam ni jugak lah kau nak melepas ." kata Mir.
"Ew , dah la tempat ni memang busuk tambah kau punya gas tu lagi pergh." kata aku .
Akif pula hanya senyum tersipu malu . Ee nyampah pulak aku tengok muka dia macam tu .

Aku mengeluarkan phone aku dan membuka aplikasi torchlight . Aku menyuluhkannya di sekeliling ruang .
"Boleh tahan besar jugak tempat ni ." kata Reen .
Kami berlima pun perlahan-lahan berjalan-jalan ke dalam tempat itu .

JANGAN TEROKA TEMPAT INI . PERGI BALIK KE TEMPAT ASALMU .

Jantung aku berdegup makin laju . Aku dengar dengan jelas suara itu . Suara siapakah itu ?

-----------------------------------------------------------
Macam mana story PINTU ni ? okay tak ? Kalau tak okay korang boleh komen dan saya akan memperbetulkan lah mana yang tak okay tu .
Tapi tak sangka lah ada jugak orang yang baca story2 kita *lap air mata* hahaha
Kipidap k gais ❤

PINTUWhere stories live. Discover now