Aku memegang mangga yang kelihatan sudah berkarat yang digunakan untuk mengunci pintu tersebut . Nampaknya pintu ini seperti sukar untuk dibuka .
"Macam mana ? Nak go on jugak ke ?"tanya Sabb .
"I dont know but seriously do aku nak tahu apa benda kat dalam ni ."
"Alah redah jelah ."kata Akif .
"Kau tak nampak ke pintu tu berkunci ?" kata Reen .
"Nak tak pecahkan mangga tu ?" cadang Mir .
"Nak guna apa ?"
"Tukul ?"
"Jap aku rasa bapak aku ada simpan dalam kotak kat bilik dia . Jap aku pergi ambik ."Aku kembali ke depan pintu bilik tersebut dengan tukul .
"Sape nak pecahkan ni ?"
"Akuu." kata Akif lalu terus mencapai tukul tersebut daripada genggaman aku .
Akif terus menghayunkan tukul tersebut ke arah mangga itu dan mangga itu terus pecah .
"Laa , takdalah kuat sangat mangga ni." kata aku .
"Tengok lah sape yang pecahkan." kata Akif dengan bangganya . Bajet je .Kami berlima pun memasuki bilik tersebut . Keadaan bilik tersebut seperti bilik seorang kanak-kanak perempuan . Terdapat banyak anak patung yang kelihatan lusuh . Tapi semua anak patung itu telah dicabut sebelah matanya dan perutnya pula dibiarkan terburai.Dindingnya pula telah diconteng dan ada beberapa perkataan yang tertulis DEAD , ALONE , EVIL . Wait what ? Takkan lah budak kecik nak tulis macam ni ?
"Eww busuk nya bilik ni . Tak bernafas aku !" teriak Reen .
"Ni macam bilik budak kecik je."kata Mir.
"Kannn." kata aku .
"Takda lah apa sangat bilik ni . Bilik budak kecik je pun . Buang masa je aku beriya bukak pintu ni ." kata Akif .Tiba-tiba aku ternampak sebuah kotak di atas meja kecil sebelah katil . Kotak itu berwarna pink siap ada reben lagi .
Aku membuka kotak itu dan aku melihat beberapa lukisan . Mungkin budak tu kot yang lukis . Tapi lukisannya itu bukanlah sesuatu yang selalu dilukis kanak-kanak , tapi lukisan hantu . Shit bulu roma aku terus tegak . Dan ada juga surat , aku membaca surat itu .Dear mummy ,
Kat bilik ni adik ada sorang kawan . Dia selalu ajak adik main dengan dia , tapi dia ajak adik masa tengah malam .Adik nak tidur tapi dia paksa jugak . Muka dia buruk sangat tapi adik kene jugak layan dia kalau tak dia kata dia nak bunuh mummy . Adik taknak dia buat mummy tapi adik dah tak tahan kene kacau dengan dia . Adik terpaksa ikut dia kalau tak dia nak bunuh mummy . Dia ajak adik masuk satu pintu ni . Esok adik nak ikut dia dah .Sorry mummy sebab tak bagitahu awal-awal .
Love you .Tangan aku terketar-ketar selepas membaca isi surat tersebut . Aku rasa budak tu ada lagi kat sini .
"Guys ,I think we better go now..." kata aku perlahan ."Arghhhh"
Shit . Bunyi suara Mir !
"Weh Mir jatuh dalam pintu ni !" kata Akif yang kelihatan panik sambil tangannya ditunjukkan ke dalam sebuah lagi pintu didalam almari .
YOU ARE READING
PINTU
HorrorDi rumah baru Hanis , terdapat satu bilik yang terkunci rapat . Tiada sesiapa pun yang dibenarkan membuka pintu bilik tersebut . Tetapi dengan sifat ingin tahunya , Hanis dan rakan-rakannya pun memberanikan diri untuk memasuki pintu tersebut dan me...