Hanis POV
"Guysss , ada tali tadi !" jerit Akif .
Kami pun berhenti di depan tali itu . Masing-masing tercungap-cungap mancari nafas sambil mengelap-ngelap peluh yang membasahi muka . Entah berapa kg lah aku turun hari ni ."Jom ah naik cepat ." kata Mir.
Firstly , aku yang memanjat tali itu dulu diikuti dengan Sabb , Akif , Mir dan Reen . Walaupun antara kami tiada pun yang berpengalaman untuk memanjat-manjat ni , tetapi dalam keadaan yang terdesak seperti ini nampaknya semua pandai dan pantas sahaja memanjat . Bakat terpendam mungkin .Selesai sahaja kami semua memanjat ke atas , kami pun keluar daripada pintu di dalam almari yang berada di bilik yang pada mulanya kami masuk tadi . Nasib baik semua sela... eh ?
"Reen mana ?" kata aku dan mereka semua kelihatan terkejut . Memang Reen takda pun ."Dia still tengah panjat tali ni ." kata Mir .
Kami semua melihat ke bawah .
"Reen , are you okay ?" jerit Sabb .
Sunyi .
Masih tiada suara yang menyahut . Aku sudah pun berasa risau . Mana pulak minah ni ?"Reennnn !!" teriak kami .
"Aku okay aku okay!"
Fuh , lega hati aku bila mendengar suara Reen tu .
"Pegang kuat-kuat . Aku tarik kau !" kata Akif lalu menarik dengan kuat tali itu ."Thank God nasib baik semua selamat." kata Sabb sejurus Reen pun berada bersama kami .
"Angkat kau macam angkat anak gajah kau tahu ? Sakit pinggang aku tarik kau ." keluh Akif .
"Eleh yang anak gajah ni lah jugak korang sayang kan.Baru hilang sekejap dah panggil macam orang gila hehe ."
"Kau ni Reen , kiteorang risau gila mana tahu kau jatuh mati ke kat dalam sana . Kau boleh pulak nak buat part menghilang kau pulak . Cibs betul ." kata Sabb ."Dah la jom keluar ." kata aku lalu terus keluar daripada bilik itu dan menghala ke ruang tamu . Tanpa berfikir panjang mereka pun terus mengikut aku daripada belakang .
"Dah malam doh ." kata Mirr . Ya , melihat keadaan di luar yang gelap memang sah-sah dah malam .
"Sekarang pukul 12a.m . Nak dekat 5 jam jugak lah kita tersangkut dalam pintu tu ." kata Sabb .
"Alaa , terlepas drama korea aku . Dah la harini episod last . Waduh ." keluh Akif .
Semua orang memandang Akif .
"Kau ni nama je taiko sekolah dulu tapi layan drama korea hahahaa." perli aku .
"Seriously weh ? Tak sangka aku berkawan dengan kau selama ni ." kata Mir sambil menepuk-nepuk bahu Akif .
"Best lah weh . Semua drama aku layan , The Heirs , The Gang Doctor , The Time We Were Not Fall in Love dan yang terbaru ni Remember ."
"Haa dah dah . Aku tak tanya pun drama apa yang kau layan . By the way , semua orang okay kan ?" kata aku .
"Emm . Okay kot ." kata Sabb .
"Atleast kita anggap lah semua benda tadi tu sebagai kenangan ." kata Mir sambil tersenyum ."Hanis ." kata Reen .
"Yes ?"
"Im so sorry but aku tak boleh teman kau malam ni . Aku still fobia dengan tadi tu . Aku rasa better aku balik. Harap kau faham okay ?"
"Oh nevermind . Kau pulak Sabb ?" kata aku sambil memandang ke arah Sabb .
"Err . Aku teman kau lah ."Aku dan Sabb meneman mereka sehingga mereka masuk ke dalam kereta .
"Thanks sebab sudi datang and sorry sebab aku , korang terpaksa harungi semua tu ." kata aku .
"Lek ah . Pengalaman kan bro . Bukan selalu dapat macam tadi ." kata Akif yang berada di tempat duduk belakang .
"Jaga diri guys ." kata Reen yang berada di sebelah Mir .
"Kiteorang gerak dulu ye ." kata Mir lalu terus memandu ke luar kawasan rumah aku .Aku dan Sabb pun melambai-lambai tangan ke arah kereta mereka .
"Hmm, haraplah dorang semua okay ."
"Yes , harap KITA SEMUA okay ."
kata aku bagi menyedapkan hati . Walaupun aku rasa ada benda tak kena daripada tadi .
YOU ARE READING
PINTU
HorrorDi rumah baru Hanis , terdapat satu bilik yang terkunci rapat . Tiada sesiapa pun yang dibenarkan membuka pintu bilik tersebut . Tetapi dengan sifat ingin tahunya , Hanis dan rakan-rakannya pun memberanikan diri untuk memasuki pintu tersebut dan me...