Akif POV
Di dalam kereta kami semua tidak sepatah pun bercakap . Mungkin kami semua masih terkejut dengan kejadian tadi . Mir nampak sangat mukanya yang putih melepak itu kelihatan penat dan dia hanya fokuskan kepada pemanduannya sahaja . Reen dengan rambut panjangnya itu kelihatan agak serabai . Sepanjang aku kenal dia , dia ni tak pernah selekeh . Dia sangat menjaga penampilannya dari hujung rambut ke hujung kaki . Dan harini for the first time aku nampak side serabut dia tu .
Aku pula ?
Aku pun tak tahu macam mana nak menggambarkan perasaan aku . Aku nak kata takut tapi aku rasa macam seronok , nak kata aku rasa seronok pula tapi adegan berlari daripada hantu-hantu tadi langsung tidak menyeronokkan . Ah lantaklah . Yang tak seronoknya drama korea aku dah habis ! Eish"Bro dah sampai ."
Lamunan aku terhenti setelah Mir memberhentikan keretanya di bawah bangunan apartment aku .
"Thanks bro ."
Aku pun terus menunggu di hadapan lif sebelum lif dibuka .
Aku melihat skrin phone aku dan tertera pukul 12:45 a.m . Awal lagi ni .Lif terbuka dan aku pun apa lagi masuk dalam lif itu la dan menekan butang tingkat 14 . Tingkat yang paling tinggi sekali .
Sedang lif hendak tertutup , tiba-tiba lif terbuka tapi tiada orang pun yang masuk.Aku pun terus menekan butang tutup tetapi lif still terbuka . Setan mana pulak yang main lif ni . Aku menjenguk keluar pintu lif tapi masih lagi tiada sesiapa di situ.
Aku terus menekan butang tutup sekali lagi dan pintu itu tertutup .
Haih menyusahkan je .
Sekali lagi pintu terbuka ,
"Babi betul !" aku melepaskan geram aku.
Tetapi malangnya kali ini memang betul ada orang hendak masuk , awek pulak tu . Aduh jatuh maruah aku .Aku hanya tersenyum sahaja selepas melihat muka perempuan itu . Aku mengusha dia daripada belakang . Rambut panjang berwarna hitam dan harumannya perghh tergoda aku . Tapi tak pernah pulak aku perasan kat blok aku ni ada awek cun selama ni . Tingkat yang sama pulak tu .
Ting !
Pintu lif dibuka di tingkat 14 .
Perempuan tadi masih berdiri , aku pun terus keluar daripada lif .
"Awak taknak keluar ke ?" kata aku dan menoleh ke arah lif tadi . Eh ? Perempuan tadi hilang !Mir POV
Aku melihat Reen yang berada disebelah aku . Hm , murung je muka dia . Biasanya dia lah yang selalu ceria even berat macam mana pun masalah yang dihadapinya . Dan itulah antara sebab kenapa aku jatuh hati padanya . Memang sejak sekolah menengah lagi aku menyimpan perasaan terhadap Reen . Tetapi apabila aku melihat orang-orang yang bercinta ini selalu bergaduh , saling membenci , banyak masalah dan sebagainya . Aku menjadi takut .. takut akan terjadi permusuhan di antara aku dan Reen . Jadi , aku membuat keputusan untuk mendiamkan diri dan biarlah aku dianggap 'teman tapi mesra' oleh Reen . Raut wajah Reen sejak tadi memang lain dan melihaf crush sendiri murung macam tu siapa je yang suka beb.
"Mir , aku taknak balik rumah ."
"Eh ? Asal ?"
"Aku ta..takut."
Aku hanya mengikut sahaja kerana aku faham apa yang dia rasa sekarang . Aku yakin senyuman kami tadi semuanya fake . Aku masih rasa tidak sedap hati pasal tadi .-------------------------------------------------------------
Hai korang !Firstly, sorry sebab lambat sangat update . Sekarang ni tengah musim malasssss haha.
Btw thankyou sangat sangat sangat sebab still setia membaca story ni . Dan yang setia menunggu tu pun saya hargai sangat hoho .
Kipidap ye gais ! Kalau rajin komen lah gais , kalau tak rajin baca je , kalau malas jangan baca tapi korang dah terbaca pulak kan so thankyouuu hehe ❤
YOU ARE READING
PINTU
HorrorDi rumah baru Hanis , terdapat satu bilik yang terkunci rapat . Tiada sesiapa pun yang dibenarkan membuka pintu bilik tersebut . Tetapi dengan sifat ingin tahunya , Hanis dan rakan-rakannya pun memberanikan diri untuk memasuki pintu tersebut dan me...