MUZIK DAN JIWA SANG PEJALAN.
Ketika berkelana ke mana-mana membawa bersama memori-memori yang nostalgik ,disebalik binaan-binaan mega,melalui runtuhan-runtuhan peradaban manusia,gedung-gedung modernisasi ala kapitalisme,melalui daerah-daerah dan denai-denai sunyi hingga ke limpahan lampu neon waktu malam,suka atau tidak aku akan diserang perasaan sepi-sendiri.Sepi yang sewaktu di keramaian,kau tidak berwujud lenyap dalam riuh-rendah,susuk lain digelapkan,bunyian lain ditulikan,atau pada aku;separa rahmatullah.
Ada ketikanya hingga kau dapat merasakan degup jantung berdetak satu persatu,waktu bergerak amat perlahan,kau menyeka peluh yang tak kelihatan akibat sesak dada dibanjiri melankolia.Ada satu perkara yang membantu aku waras dan merasa masih manusia;muzik.
Dari Creedence Clearwater Revival,Adele,The Neighbourhood,The Lumineers,Bob Marley,Sain Zahoor,M.Nasir,Klasik melayu 60'an,Tinariwen,Eddie Vedder,Bombay Dub Orchestra,Coldplay,Nusrat Fateh Ali Khan,Laya Project,Shpongle,Bon Iver sehingga ke paluan chaotic,metal,punk dan hardcore dendangan Discharge,Motorhead,Converge,WASP,Nausea,GISM,Inepsy,Bad Brains,Ramones,RATM,Flogging Molly,Days n' Daze,Dandelion Junk Queens semuanya ada peranan masing-masing untuk momen-momen dan mood tertentu.
Bagi aku antara momen paling kritikal ketika berseorangan berkelana adalah bagaimana untuk kita kekal waras,kerana kegalauan yang berat boleh membuatkan kau berkeputusan yang akan kau sesali kemudian hari.Aku berkongsi dari bahagian perjalanan aku,bagi traveler solo yang lain mungkin ada bahagian cerita masing-masing,tapi aku tetap yakin kalau sebagian kalau tidak hampir semua traveler solo akan bersahabat karib dengan muzik,mau atau tidak,kondisi benci dalam rindu ,muzik akan menyerang mereka dalam perngembaraan epik masing-masing.
Dari corong radio bus awam,dari laptop teman se dormitori,dari pemuzik jalanan,dari stereo motokar teman roadtrip ,dari pub-pub dan bar,chanting mantra dari kuil-kuil dan biara,dari tempat yang tidak disangka-sangka,akan ada satu melodi dan irama yang akan melenyapkan dan menampar kau jauh dari riuh-rendah,muzik akan lekas-lekas menyerang sisi kosong dalam diri kamu,membawa kita mengembara ke seluruh pelusuk hati dan memori dengan lebih mendalam,belajar merai dan melepaskan.
Epik? Ya,tergantung apa yang dicari.Apa yang dikatakan - ianya bukan soal destinasi,tapi soal perjalanan menuju ke destinasi ,dan muzik adalah salah satu nilai dalam sesebuah perjalanan itu.
"One good thing about music,when it hit you feel okay"
-Bob MarleyMaju terus!
YOU ARE READING
Mendekap Semesta II
PoetryIni adalah bahagian kedua dari siri "Mendekap Semesta".Kumpulan tulisan ini masih dalam bentuk prosa,puisi dan cerpen.Kesemua tulisan adalah hasil terkumpul dari perjalanan merentas pelbagai sempadan dalam dan luar negeri untuk tahun 2014-2015. "Ada...