O , tidaklah pada seribu satu malam aku berheningan dalam ruang hampa,
Dan bukanlah sepi itu yang membungkam dan menjadi perihal , justru itu sepi yang dirai.Kelmarin semasa kau bertandang,aku menunggang ghairah persis kuda merengus tak cukup padang,
Tak sempat pula kita berpapasan,
Hingga ghairah aku hapuskan untuk menghadirkan kasih,
Demi kasih pula aku kembali menunggang ghairah ; sukma kita pula saling memagut-magut.Janganlah berganding denganku sekarang,kerana aku bukan disini bersamamu,
Tidak pula di sana bersama mereka,
Aku bersama-sama rintis hujan dinihari,
Bersama gabungan kepul-kepul awan di setiap hemisfera,
Selalu ,aku ada di setiap hembusan angin yang menyapa hujung rambutmu,
Beritahu mereka supaya mereka tidak tahu
ini rahsia,
Rahsia kita.
Janganlah bergandingan denganku sekarang,
Kerana aku bukan di sini,
Aku tak pernah mati.
YOU ARE READING
Mendekap Semesta II
PoesíaIni adalah bahagian kedua dari siri "Mendekap Semesta".Kumpulan tulisan ini masih dalam bentuk prosa,puisi dan cerpen.Kesemua tulisan adalah hasil terkumpul dari perjalanan merentas pelbagai sempadan dalam dan luar negeri untuk tahun 2014-2015. "Ada...