Momentum samawi sudah luput,
Manakan kau nampak?
Manakan kau rasa?
Sedang aku bangkit bertakbir,
Kau masih tunduk bersujud!
Jasadmu sudah tertanam,
Manakan kau nampak?
Manakan kau rasa?
Sedang aku membakar jambatan,
Kau dimamah dalam bulatan!
Semesta sedang bernasib malang,
Manakan kau nampak?
Manakan kau rasa?
Sedang aku menyetubuhi alam,
Kau masih membenih pandang!
Hewan manusia sedang menggila,
Manakan kau nampak? manakan kau rasa?
Sedang aku menghapus aku,
Kau masih bertasbihkan harta!
Kau mati sebelum bernyawa,
Manakan kau nampak?
Manakan kau rasa?
Sedang aku mendekap rahmatullah,
Kau terpenjara hutang dusta!
Kitabmu sembahanmu berbaur hamis,
Manakan kau nampak?
Manakan kau rasa?
Sedang aku mengetuk nirwana,
Punggung ostadmu dijilat oppurtunis!
YOU ARE READING
Mendekap Semesta II
PoetryIni adalah bahagian kedua dari siri "Mendekap Semesta".Kumpulan tulisan ini masih dalam bentuk prosa,puisi dan cerpen.Kesemua tulisan adalah hasil terkumpul dari perjalanan merentas pelbagai sempadan dalam dan luar negeri untuk tahun 2014-2015. "Ada...