Hari terwujud ketika hela nafasmu mengenai pipiku,
Malam adalah waktu temasya seribu perasaan;
Ditandai oleh aroma tubuhmu yang lekas-lekas menguasai udara,
Peribadimu adalah makam-makam para malaikat,
Telah kau aku datangi dengan seribu maksud berahi,
Namun begitu wajahmu tak kunjung tiba,
Berkatalah aku "O' si mistik , ibu sekalian Hawa! Sungguh kau bukan dongeng dan aku sedang mengecap nikmat tanpa nama."Aku malah bersantun lagi "O si mistik,ibu sekalian Hawa! Yakinilah aku, kerana aku berkelana mengusung khuldimu !"
YOU ARE READING
Mendekap Semesta II
PoetryIni adalah bahagian kedua dari siri "Mendekap Semesta".Kumpulan tulisan ini masih dalam bentuk prosa,puisi dan cerpen.Kesemua tulisan adalah hasil terkumpul dari perjalanan merentas pelbagai sempadan dalam dan luar negeri untuk tahun 2014-2015. "Ada...