Penutup dan nota

21 1 0
                                    

Terima kasih kerana membaca,aku santuni setiap kamu yang singgah dan menjenguk tulisan ini.Semua tulisan ini kebanyakannya ditulis secara terus tanpa ada konstruksi,santai dan terbit terus dari rasa menjadi huruf.Kebanyakan tulisan aku biasanya adalah respons pada persekitaran,dan mood-mood tertentu,biasanya tulisan aku dipengaruhi oleh cuaca! Ya aku suka menulis ketika hari kelihatan gloomy,hujan,ribut dan taufan di pulau,gelap dan di waktu malam.Ini adalah waktunya ketika fikiran dan akal aku benar benar disetubuhi peristiwa alam,seperti ibu yang memberanakkan,akal aku pula memberanakkan ilham dari persetubuhan alami itu tadi.

Setiap perjalanan itu selalu meletihkan dan kadangkala menyebalkan,tapi perasaan itu adalah pilihan,aku tidak akan disakiti jika hati aku tidak mengizinkannya.Makanya setiap perjalanan aku, aku warnai sendiri menjadikannya pelangi jika aku dicampakkan ke dalam lumpur.

Dari kota metropolitan ke pulau,merentasi kuil-kuil purba,runtuhan peradaban,sungai-sungai dan denai belantara,mengatasi laut India.Aku akan membawa perkhabaran untukmu.

Terima Kasih!

MENDEKAP SEMESTA II
TAMAT

Mendekap Semesta IIWhere stories live. Discover now