Al-kisah..
Alter terahsia Ibn al-Faraji.
Pada detik terdahulu,beberapa purnama yang sudah..di satu malam hujan renyai,seorang rakan (sekarang arwah) cerdik agama kaya para sufi agung dari kota Isfahan, sedang menasihati aku dengan bisikan halus,"kalau ang nak tau selok belok,nak belajaq agama mai datang umah aku,gadis temanmu (sekarang arwah) itu juga sedang berguru denganku" ,sambil menghembus asap rokok kretek diikuti senyumannya.
Pada malam yang sama ,di tempat berbeza,aku menanyakan gadis itu,yang baru pulang dari pondok perguruan temanku akan tompokan darah beku di lehernya "wah,siapa bikin gigitan cinta itu,erotik sekali!?".Seraya, tanpa segan dan penuh yakin, gadis yang serba keliru,kerana serba tahu itu menjawab "si fulan temanmu, fundamentalis bijak agama tempat saya berguru ilmu rahasia tuhan itulah," sekaligus menghadiahkan senyuman ruhaniah tertingi ,dengan lirikan mistikal."Wah ini sangat cult!" bentak hatiku.
-
Rupanya rahasia penghuni langit itu terletak pada gigitan cinta,sekurang-kurangnya mengikut logik temanku, seorang fundamentalis dan "bijak" agama.
Beberapa hari kemudian aku menerima surat ringkas dari teman fundamentalis agama itu,berbunyi- "gadis temanmu itu merpati liar".
Kedua-duanya ,Lebai Ibn al-Faraji dan serikandick Rabiatul al-Penis mati dibunuh logik akalku pada terbit mentari keesokan hari.
Pada sebelah malamnya,nyanyian Guns n' Roses - "November rain" kebetulan terpacul dari corong stereo motokar aku.Aku mencuci darah merah pekat ,gelap, likat yang tersisa pada akal aku akibat pembunuhan itu dengan hujan rahmat anugerah dari Axl Rose.Entah kenapa akalku membayangkan para darwis Turki sedang berputar meraikan lagu ini.Ya, purnama malam itu adalah purnama November.
Aku memandu keluar dari kuil berhala tuhan al-Faraji dengan segera,hari di mana tuhan al-Faraji bersatu bersama najis nyahannya sendiri bersama pelincir erotika malam bersuluk.
Sekian.
YOU ARE READING
Mendekap Semesta II
PoetryIni adalah bahagian kedua dari siri "Mendekap Semesta".Kumpulan tulisan ini masih dalam bentuk prosa,puisi dan cerpen.Kesemua tulisan adalah hasil terkumpul dari perjalanan merentas pelbagai sempadan dalam dan luar negeri untuk tahun 2014-2015. "Ada...