Tok! Tok! Tok!
"Masuklah, tak kunci pun." Kata Sujeong dengan nada yang sedih.
"Kau kenapa Sujeong. Ada apa-apa yang terjadi dalam kelas tadi masa tak ada aku? Cuba cerita dengan aku." L yang risau melihat keadaan Sujeong terus bertanya kepadanya.
"Kau tahu kan musuh aku yang aku anti gileee tu. Dia duduk sebelah aku dalam kelas. Dalam masa setahun pulak tu. Macam mana aku nak tahan. Kau tahu tak masa tingkatan 2, aku pernah duduk sebelah dia selama 1 hari tau tak. Tapi seriusly aku tak tahan perangai dia yang gila dan pelik macam alien. Ih! Aku tak pernahlah jumpa spesies macam tu. Jauhkanlah dari aku." Membebel panjang Sujeong sambil memegang sehelai tisu untuk mengelap hingusnya.
"Haish! Selekehlah kau ni. Kau tahu tak aku pun tak pernah jumpa spesies macam kau. Yang musuh kau tu, V kan. Kau sabar jelah aku pun pernah jadi kawan dia. Dan aku tahu perasaan kau bila mula-mula duduk dengan dia. Percayalah nanti kau akan selesa dengan dia. Arraseo." L berkata dengan lembut sambil menepuk-nepuk belakang Sujeong.
"Terima kasih L. Kenapalah kau kena berpisah kelas dengan aku."
"Nak buat macam mana dah keputusan akhir tahun aku teruk. Kau tu pandai sangat."
"Mana ada, salah kau kau yang tak nak belajar." Sujeong membalas balik kata-kata L.
"Tak, salah kau." Balas L.
"Salah kau!" Marah Sujeong.
"Yelah, salah aku. Aku pun tak nak berpisah dengan orang yang aku suka. Haish." L mengaku salah.
"Mwo! Kau suke someone. Siape? Siape?" Sujeong jadi ingin tahu.
"Alamak! Aku terlepas cakap."geram L dalam hati sambil menepuk dahinya.
"Alah L ceritalah ceritalah." Pujuk Sujeong sambil membuat catty eyes.
"Fine! Aku mengalah dengan kau. Tapi kau janji lepas aku cerita, kau kena makan. Kau tau tak daripada kau balik sekolah sampai sekarang nak dah malam. Kau tak keluar bilik dan tak makan. So, lepas ni kau makan dengan aku tau."
L mengeluarkan jari kelingkingnya untuk membuat perjanjian dengan Sujeong.Lantas Sujeong menyilang jari L dan jarinya. Sebenarnya Sujeong melakukan itu semua kerana dia ingin tahu siapakah yang telah menarik perhatian L yang susah ingin ditawan kerana perangainya yang agak arrogant.
"Sebenarnya aku suka......." berat hati L untuk berterus-terang dengan Sujeong.
"Siapa?!" Marah Sujeong kerana L terlalu lambat bercakap.
"Kejap! Tapi kau janji yang kau bagitahu aku yang kau syok kat siapa. Baru adil." L memberi cadangan yang menguntungkannya.
"Iye iye iye iye iye." Sujeong yang tidak kisah apa-apa hanya ingin tahu siapa yang L suka.
"Aku suka Irene." L jawab dengan laju sambil memejam matanya.
"Oh, jinjja. Sejak bila kau suka dia?" Sujeong bertanya lagi.
"Sejak masuk sekolah menengah lagi." L hanya boleh berterus terang.
"Oh, pandai kau simpan rahsia 3 tahun eh? By the way aku ade berita buruk. Tapi sebelum tu aku minta maaflah." Muka L terus masam.
"Apa dia?" Tanya L
"Sebenarnya Irene akan pindah sekolah lagi beberapa hari." Sujeong yang merasa bersalah menenangkan L.
"Jinjja. Takpelah Sujeong. Bukan salah kau."
"Sebenarnya dia tak kasi aku beritahu orang. Kerana takut diorang sedih. Dan yang tahu ini cuma aku dan Chorong je." Sujeong menceritakan segalanya.
"Hari ape dia akan berpindah?" Tanya L.
"Aku tak pastilah. Tapi yang penting dia akan berpindah tak lama lagi."
"Huh, ok. Takpelah, dia bukan jodoh aku. Sekarang turn kau pulak cerita."
"Ok. Ok. Sebenarnya aku baru terjatuh hati dengan dia semalam. Sebab die...... tersangatlah handsome." Berbunga-bunga hati Sujeong.
"Ha! Sape dia tu?" Tanya L
"Seokjin"
"Kau jangan nak buat loya buruk. Sejak bila kau pandai memuji cikgu Sukjin ni. Hello! Dia dah kahwinlah." Bingung hati L memikirkan Sujeong.
"Ish kau ni aku seriuslah." Marah Sujeong lalu menepuk paha L.
"Serius apa? Serius kau suka cikgu Sukjin." L ketawa terbahak-bahak tanpa henti.
"Ish! L. Suka hati kaulah yang penting aku dah bagi tahu kau yang aku suka Kim Seok Jin bukan cikgu Ji Suk Jin yang nak kerepot tu." Marah Sujeong lalu turun ke bawah untuk makan.
"Woi Sujeong tunggu akulah." Ketawa L sambil mengejar Sujeong.
"Terima kasih L kau dah buat aku ketawa dan gembira macam ni." Senyum Sujeong sambil berkata dalam hati.
YOU ARE READING
You Are My Sunshine Of My Life | K.T.H
Random'TAEJEONG ENEMY FOREVER' "I love you, enemy."💕