Hari keempat sekolah.......
Sujeong melangkah masuk kelas dengan perasaan tenang tanpa memikirkan apa-apa. Tidak seperti hari yang sebelumnya. Tapi inilah masaalahnya. Hancur semua ketenangan. Pagi-pagi lagi dah ternampak muka dia.
Sujeong hanya meletakkan begnya sambil menjeling ke arah V dan terus meninggalkannya untuk beratur di tapak perhimpunan.
V yang hanya memerhati Sujeong keluar dari kelas. Dia terus bangun dari tempat duduknya dan mengekori Sujeong.
Sujeong yang mengetahui V mengekorinya terus berlari. Tetapi V turut berlari. Kemudian, Sujeong berhenti seketika. V pun berhenti juga. Sujeong yang tidak tahan akan kelakuan V terus menoleh ke belakang dan berkata." Kenapa kau ikut aku? Dan tak boleh ke sehari kau tak kacau aku?"
Dengan muka tidak bersalah, V berkata." Aku tak ikut kau pun. Aku nak pergi beratur. Kau ingat, kau seorang je ke pelajar kat sini?" Lalu dia berselisih bahu dengan Sujeong dan meninggalkannya.
"Ish! Annoying gileeeee. Geramnya aku dengan Alien ni." Marah Sujeong.
~~
Selepas tamat perhimpunan, mereka pulang ke kelas masing-masing. Cikgu Jihyo ialah guru masa pertama mengajar kami.
"Selamat pagi murid-murid."
"Selamat pagi, cikgu Jihyo."
"Para guru telah berbincang pada tahun ini untuk membuat penukaran kelab, persatuan, permainan dan juga rumah sukan. Dan saya harap semua berpuas hati akan penukaran ini. Yang penting sekali tiada sebarang bantahan. Saya nak seorang demi seorang ke depan untuk mencatat semuanya. Faham." Terang cikgu Jihyo.
"Faham, cikgu."
Di dalam hati Sujeong berkata. "Yes! Akhirnya aku akan tukar jugak rumah sukan dengan dia. Kalau tak, mesti dia membebel sebab aku malas nak warm up." Riang gembira hati Sujeong.
Kini tiba giliran V. V pulang semula ke tempat duduknya dengan membawa sehelai kertas yang disalinnya.
Sujeong yang rasa ingin tahu tentang apa yang V salin, menjenguk kepalanya ke kertas V. Terbulat matanya apabila melihat tulisan V.
"Apa yang dia tulis tu? Aku tak faham sepatah pun." Namun Sujeong tetap berusaha melihatnya.
"Apa tu? Per....sa.....tu.....an..." terberhenti bacaan Sujeong apabila guru memanggil namanya.
Sujeong terus berasa cemas dan ke sana dengan tangan kosong. Lalu V menjerit ke arahnya. "Woi! Kertas."
Sujeong kembali ke mejanya dan kelam kabut mencari kertas. V yang melihat Sujeong seperti itu, terus menghulurkan kertas.
"Pen! Pen!" Pinta Sujeong. Lalu V memberikan pennya yang berada di telinganya.
Tanpa berkata apa-apa, Sujeong terus pergi ke meja guru.
"Ok. Awak salin apa yang saya cakap." Suruh cikgu Jihyo.
"Ok."
"Kelab-muzik
Persatuan-kadet polis
Permainan-bola tampar
Rumah sukan-merah" Terang cikgu Jihyo.Tiba-tiba mata Sujeong membulat tanda tidak percaya yang rumah sukannya masih sama. Dan dia berharap supaya V bertukar rumah sukan.
Kini, semua orang sudah mempunyai kelab, persatuan, permainan dan rumah sukan masing-masing.
"Saya akan tampal jadual kokurikulum di carta organisasi. Kelab dan persatuan setiap hari rabu. Permainan dan rumah sukan setiap hari selasa. Dan kamu kena pergi ke tempat yang ditulis untuk melantik jawatan. Faham." Jelas cikgu Jihyo.
~~
Semasa cikgu tiada di dalam kelas, Sujeong melihat jadual di carta organisasi." Kelab muzik hari rabu, pukul 12-1 petang, tempat bilik muzik. Persatuan kadet polis hari rabu, pukul 1-2 petang, tempat makmal komputer. Permainan bola tampar hari khamis, pukul 1-2 petang, tempat dewan sekolah. Rumah sukan merah hari khamis, pukul 12-1 petang, tempat kelas 3 Arville. Kelas nilah. So, aku akan pastikan V keluar dari kelas ni nanti. Sekarang pukul 11:55. Lagi 5 minit." Sujeong tersenyum seorang-seorang.
"Eh! Tepi-tepi. Berdiri lama-lama kat sini buat apa? Orang lain nak tengok jugaklah. Bak sini pulangkan pen aku." Tolak V dari belakang.
"Kurang asam punya Alien! Kau tolak aku. Hish! Cakap baik-baik tak boleh ke?" Marah Sujeong sambil membuat penumbuk.
"Yelah. Tolong tepi sikit encik ryuvely." V bercakap dengan lemah lembut dan sopan santun.
"Apa? Ryuvely." Pelik Sujeong dalam hati.
~~
V selesai membaca semuanya. Kini Sujeong berasa amat berdebar. Takut kalau dia akan sama rumah sukan dengan V.
Sekarang jam tepat menunjukkan pukul 12 tengah hari. Murid-murid yang bukan rumah sukan merah sudah keluar daripada kelas.
Sujeong yang berasa cemas menunggu di hadapan kelas dan menutup pintu kelasnya. Kini dia di arah bertentangan dengan pintu tapi tidak bersandar. Tiba-tiba pintu terbuka dengan tidak sengaja oleh seorang lelaki.
"Aouch! Sakitlah." Jerit Sujeong.
"Sorrylah. Aku tak sengaja. Salah kau jugak. Siapa suruh diri dekat depan pintu ni."
Muka Sujeong yang tadinya masam, terus bertukar menjadi senyuman yang manis apabila mengetahui lelaki itu adalah V.
"Kau nak keluar daripada kelas ni eh?" Tanya Sujeong.
"Yelah. Kenapa?" Tanya V balik.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Sujeong dengan muka teruja.
"Suka hati akulah nak pergi mana. Kau kenapa sibuk?"
"Tak de pape. Pergilah. Pergilah." Sujeong menolak V jauh daripada kelas.
"Peliknya budak tu." Hairan V.
"Akhirnya dia keluar jugak dari kelas ni." Hati Sujeong keriangan.
Kerana terlalu excited, Sujeong terasa nak buang air kecil dan pergi ke tandas.
Pulang sahaja daripada tandas, Sujeong terus ke kelasnya. Baru satu langkah sahaja masuk ke kelas, Sujeong rasa macam tak nak masuk kelas. Sujeong terus ke tempat duduknya dengan muka seperti patung.
Dengan muka yang masih seperti patung, Sujeong membuka suara. "Kenapa kau ada dalam kelas ni?!"
"Waeyo? Rumah sukan aku warna merah, memang aku kena duduk sinilah. Kenapa? Kau tak suka?" V mendekatkan mukanya dengan muka Sujeong. Membuatkan Sujeong berdebar.
"Tepilah Alien!" Jerit Sujeong. Lalu V mengalihkan mukanya.
V yang tidak dilayan terus mengambil kertas yang diberinya tadi. "Apa ni? Kelab muzik, persatuan kadet polis, permainan bola tampar, rumah sukan merah. Semua macam sama dengan someone lah cik Ryuvelly." Lalu V menghulurkan kertasnya kepada Sujeong.
Sujeong mengambil kertas itu dengan cara merampas. Sedang membacanya mata Sujeong terus menjadi bulat sehingga habis membacanya. "Apa semua ni? Semua sama?!" Hampir pengsan Sujeong membacanya.
"Kau ok tak, encik ryuvelly." V pura-pura mengambil berat. Lalu tangannya diletakkan di bahu Sujeong.
Sujeong memandang tangan V lalu memandang muka V dengan muka yang geram. Tanpa memikir apa-apa, Sujeong menggigit tangan V yang berada di bahunya.
"Aaahhhh!!!!! Sujeong vampire." Jerit V.

YOU ARE READING
You Are My Sunshine Of My Life | K.T.H
De Todo'TAEJEONG ENEMY FOREVER' "I love you, enemy."💕