Sujeong dan Namjoo berlari sebab mereka kesuntukam masa.
Setelah penat berlari mencari semua cikgu, mereka pun berehat sekejap di kelas.
Lalu Eunji datang ke arah mereka. "Korang buat apa ni?" Tanya Eunji.
"Minta derma satu sekolah untuk V." Kata Sujeong.
Lalu Eunji melihat duit di dalam envelope itu. "Wow! Banyaknya. Mesti ramai cikgu bagi. Siapa bagi RM50 ni?" Tanya Eunji.
"Guru besar." Jawab Namjoo.
"Sayang betul kau dekat V. Kau penat ke? Kalau kau penat, aku boleh ganti." Kata Eunji.
"Takpelah. Aku ok. Namjoo, dah boleh teruskan." Kata Sujeong.
"Sabarlah. Nak air." Minta Namjoo.
"Chorong, nak air." Minta Sujeong. Lalu Chorong pun bagi air kat Namjoo.
Membuatkan Sujeong teringat kenangannya berlari dengan V. Dan kepenatan. Lalu, V menghulurkan air teh ginseng merahnya. Dan tersembur air dari mulut Sujeong.
Tanpa disedari, air matanya meleleh.
"Sujeong. Kau kenapa?" Tanya Namjoo.
"Tak de pape. Jom." Ajak Sujeong.
"Kita nak pergi kelas mana dulu ni?" Tanya Namjoo.
"Kelas kita dulu." Kata Sujeong.
"Ada bekas tak? Untuk isi duit." Kata Namjoo.
"Alah. Tak delah." Kata Sujeong.
"Korang nak aku punya beg kain bekal aku?" Tanya Eunji.
"Bolehlah." Kata Namjoo.
Sementara itu, Sujeong mengambil kertas dan tulis 'derma untuk V'. Dan tampal di beg kain itu.
"Apa kau buat ni, Sujeong?" Tanya Namjoo.
"Apa-apa je lah." Kata Sujeong.
Setelah siap, mereka membuat pengunguman satu kelas.
"Siapa nak derma untuk V? Sila masukkan duit dalam ni." Kata Namjoo.
Ramai yang memasukkan duit ke dalam bekas itu. Gembiranya Sujeong.
"Terima kasih, korang." Kata Sujeong lalu ke kelas sebelah 3 Bougen.
"Annyeong." Kata Namjoo.
"Siapa nak derma untuk V?" Tanya Sujeong.
Semua terkejut. Kenapa dengan V?
Jimin yang datang dulu ke arah mereka. "Hai Namjoo." Kata Jimin dengan malu.
"Hai Chimchim." Kata Namjoo malu-malu.
"Yah! Namjoo jalankan tugas ye!" Sujeong memetikkan jari di hadapan muka mereka berdua.
"Ish. Sekejap pun tak boleh." Merungut Jimin sambil memasukkan duit RM10.
"Terima kasih." Kata Namjoo.
Yang lain pula memasukkan duit seperti biasa.
"Namjoo, nak ikut boleh. Aku tak de BTS dalam kelas ni." Kata Jimin dengan comel.
"Kau tak payah mengada dan menyibuk. Kejap lagi, aku seorang ke yang buat kerja ni disebabkan korang berdua bermesra belakang aku." Kata Sujeong sambil menonjol kepala Jimin.
"Ish. Membebel je tahu. Bye Namjoo." Kata Jimin.
"Bye Chimchim." Kata Jimin.
Sujeong dan Namjoo meneruskan pendermaan mereka.
YOU ARE READING
You Are My Sunshine Of My Life | K.T.H
Random'TAEJEONG ENEMY FOREVER' "I love you, enemy."💕