"Tapi aku tak cakap pun macam tu." Kata Sujeong.
"Tapi kau dah makan jajangmyeon sampai habis." Kata Suga.
"Ish. Kau tak nampak ke yeoja-yeoja yang lain pandang aku macam mana. Kejap lagi, habis aku kena bash." Kata Sujeong.
"Itulah kerja BTS. Membuli orang." Kata Jhope.
"Ish. Menyesal pulak aku makan." Kata Sujeong.
"Dah. Tak payah nak bising. Kalau paksa si Sujeong ni, sampai esok pun dia akan kata tak nak. Dah jom bla." Kata Jin sambil menarik tangan Sujeong.
"Jin!" Jerit Sujeong.
"Waeyo?" Tanya Jin.
"Tangan aku." Kata Sujeong.
"Ish. Kau diam." Kata Jin. Malas melayan Sujeong yang membebel tu.
Sujeong hanya mampu mengeluh. Walaupun dia pernah falling in love dekat Jin, tapi entah kenapa dia tidak rasa apa-apa.
"Kau nak bawa aku pergi mana ni?" Tanya Sujeong.
"Pergi tempat lepak kitorang." Kata Jin.
Akhirnya, sampai di tempat lepak iaitu di bumbung sekolah dan mereka memulakan perbualan mereka.
Mata Sujeong terbeliak apabila mendengar perbualan mereka.
"Apa benda diorang ni? Diorang tak tahu ke kat sini ada aku? Boleh diorang bincangkan pasal plan byuntae diorang tu. Tapi bagus jugak. Aku dapat tahu plan diorang." Kata Sujeong dalam hati sambil memandang di tempat lain.
Jimin menyenggol tangan Jin dan menunjuk Sujeong.
"Oi, Jin. Sujeonglah." Kata Jimin.
"Oh. Aku lupa kat sini ada mangsa kita. Macam mana kita boleh bincangkan tentang tu. Nanti mangsa kita tahu plan kita." Kata Jin.
Sujeong hanya diam.
"V, jangan diam je boleh tak? Bagilah idea dekat kitorang. Biasanya kau yang paling bising." Kata Suga.
"Plan nye adalah... kau lepaskan je perempuan tu. Baru nampak gentle." Kata Sujeong yang berperanan seperti V.
"Mana boleh plannya macam tu." Kata Jhope.
Tiba-tiba, Chorong dan Namjoo datang dan nampak Sujeong sedang makan snek dengan BTS.
"Korang ni kenapa nak kacau kawan aku?" Tanya Chorong.
Lalu Jin mendekati Chorong.
"Dah mula dah byuntae dia tu." Kata Sujeong dalam hati.
Tapi Chorong memberanikan dirinya.
Jin memegang bahu Chorong. Tapi Chorong menggigit tangan Jin.
"Aawww!!! Sakitlah." Jerit Jin.
Tiba-tiba sahaja Sujeong teringatkan balik masa V memegang bahu Sujeong dan Sujeong menggigitnya sama seperi keadaan Jin dan Chorong.
Dan mulalah pertengkaran Jin dan Chorong. Dalam masa yang sama, perlahan-lahan Namjoo mendekati Jimin yang duduk di sebelah Sujeong.
"Chimchim, esok pergi tengok wayang nak?" Tanya Namjoo dengan manjanya.
"Ok." Kata Jimin.
Namjoo mengambil kesempatan itu dan menarik tangan Sujeong untuk dibawa lari.
"Chorong cepatlah lari!" Jerit Namjoo. Namjoo dan Sujeong cepat-cepat lari dari situ.
Tinggallah Chorong seorang di situ bersama BTS yang lain. Chorong berundur ke belakang. Tapi Jin semakin dekat. Sehinggalah Chorong tersandar di dinding. Kemudian, Jin menarik tali jaket Chorong dekat dengan mukanya. Tiba-tiba, Chorong menendang Jin di tempat yang tidak sepatutnya dia tendang. Akhirnya, Jin terus terjatuh sambil menahan kesakitan. Lalu, Chorong lari mencari Namjoo dan Sujeong.
![](https://img.wattpad.com/cover/55981903-288-k537198.jpg)
YOU ARE READING
You Are My Sunshine Of My Life | K.T.H
Random'TAEJEONG ENEMY FOREVER' "I love you, enemy."💕