V dan Sujeong jalan bersama-sama. Tiba-tiba, V ingin ke tandas.
"Sujeong, aku nak pergi tandas kejap." Kata V.
"Ok. Aku tunggu kau dekat kelas." Kata Sujeong.
10 minit kemudian.....
"Mana V ni? Aku turun bawahlah." Lalu Sujeong turun bawah dan ternampak V dan Kei sedang berduan di taman. Sujeong hanya memerhati daripada belakang. Tapi tak dapat mengesan apa yang mereka bualkan.
"Penipu! Kau kata nak pergi tandas. Tapi pergi jumpa dengan Kei." Marah Sujeong. Lalu terkinja-kinja seperti orang gila kerana amat marah.
Tiba-tiba perbualan V dan Kei terhenti apabila V berkata.
"Aku lupa! Bye Kei. Nanti kita jumpa lagi." Kata V yang teringatkan Sujeong.
"Sorry Sujeong. Aku lama sangat." Kata V.
"Kau jumpa Kei kan?" Tanya Sujeong dengan nada marah.
"Kenapa? Tak boleh. Yang kau nak marah kenapa?" Tanya V.
"Betul jugak. Kenapa aku nak marah?" Tanya Sujeong dalam hati.
"Saje je nak test kau." Kata Sujeong yang cuba cover marahnya.
"Ohh." Kata V.
~~
Cikgu Jihyo masuk ke kelas.
"Kelas. Minggu depan, sekolah kita akan adakan pertandingan ratu cantik. Setiap kelas, kena hantar seorang wakil dalam pertandingan itu. Sekarang cikgu nak tanya, siapa yang akan jadi wakil kelas ni?" Tanya Cikgu Jihyo.
Tiba-tiba, V mengangkat tangannya. Membuatkan satu kelas ketawa.
"V, ini khusus untuk murid perempuan. Takkan kamu nak masuk?" Tanya Cikgu Jihyo.
"Takkanlah saya nak masuk cikgu. Maksud saya macam ni cikgu. Saya ada pendapat. Macam mana kalau Naeun. Setuju tak?" Tanya V.
Semua kelas setuju dengan cadangan V.
"Baiklah kalau semua setuju. Biar saya tanya Naeun." Kata Cikgu Jihyo.
"Kamu nak tak jadi wakil kelas ni?" Tanya cikgu Jihyo.
"Nak cikgu." Jawab Naeun. Semua orang bertepuk tangan.
~~
Keesokan harinya......
Ketika cikgu sesang mengajar, tiba-tiba Naeun menjerit.
"Aaaaa!!!! Tolong, cikgu. Ada ulat bulu."
Mendengar Naeun menjerit, satu kelas berkumpul di hadapan kelas.
"Naeun, awak ikut cikgu. Yang lain tunggu di sini sekejap. Cikgu bawa Naeun ke pejabat dulu." Kata cikgu.
Dalam hati Sujeong berkata. "Ni mesti kerja geng infinite dari kelas 3 Carolle. Supaya Jisoo menang."
~~
"Murid-murid, Naeun tidak dapat mengikuti pertandingan ratu cantik nanti. Jadi sekarang, semua kena pilih wakil yang baru." Terang cikgu Jihyo.
Semua murid-murid saling berbisik-bisik. Tiba-tiba V mengangkat tangan.
"Cikgu, macam mana kalau kita pilih Sujeong." Kata V.
Sujeong yang sedang buat kerja, terkejut mendengarnya dan berdiri.
"Apa?! Saya, cikgu. Saya tak nak cikgu. Saya tak nak." Bantah Sujeong.
"Sujeong, kenapa kamu tak nak?" Tanya cikgu.
"Yang penting, saya tak nak, cikgu!" Kata Sujeong.
YOU ARE READING
You Are My Sunshine Of My Life | K.T.H
De Todo'TAEJEONG ENEMY FOREVER' "I love you, enemy."💕