Pengorbanan

435 46 2
                                    

"Cepatnya dah dua hari cuti. Lepas ni kena sekolah lagi." Mengeluh Sujeong.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. "Tweet. Tweet. Tweet. Tweet. SMS."

Sujeong mengecek telefonnya. "Siapa ni? Nombor siapa ni?" Sujeong terus hairan apabila nombor yang tidak dikenali memesejnya di Wechat.

"Hai Sujeong. Tak rindu aku ke?"
Itulah yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali itu.

"Siapa ni?" Tanya Sujeong.

Lama Sujeong menunggu, tapi orang itu tidak menjawabnya.

"Biarlah." Biarkan Sujeong.

~~

Bermulanya persekolahan...

"Kenapa hari ni hujan ah L?" Tanya Sujeong di dalam kereta.

"Takpelah. Lagi bagus. Tak payah nak perhimpunan dengan cikgu Sukjin membebel." Kata L.

"Tapi aku rasa macam nak demamlah L." Kata Sujeong.

"Alamak! Aku pun lupa nak bawak jaket. Sejuk kan?" Tanya L.

~~

Di dalam kelas.......

Sujeong memerhati ramai rakannya yang memakai jaket. Ingin saja dia meminta tetapi malu. Sujeong melangkah ke tempat duduknya.

V yang hanya memerhati Sujeong bertanya. "Sujeong, kenapa muka kau pucat?" Tanya V dengan risau.

"Tak ada apa-apa." Jawab Sujeong.

Tanpa memikir apa-apa, V membuka jaketnya dan memberi kepada Sujeong. "Kau demam eh?" Tanya V.

Tapi Sujeong hanya menggeleng kepala. "Kalau kau demam, kenapa kau datang sekolah?" Tanya V lagi. Tapi reaksi Sujeong sama seperti tadi.

V ingin meminta tolong orang membawa Sujeong ke bilik kesihatan. Tapi malangnya, semua pelajar sudah keluar daripada kelas.

"Aku nak minta tolong kat siapa ni?" Tanya V dalam hati dengan keadaan risau apabila Sujeong sudah pengsan.

Dengan melihat keadaan Sujeong yang sudah pengsan, V menghantar Sujeong ke bilik kesihatan.

"Sujeong, aku hantar kau dekat bilik kesihatan tau." Kata V.

Dengan berat hati, V meninggalkan Sujeong yang sudah tertidur di bilik kesihatan untuk pergi beratur di tapak perhimpunan.

~~

Sujeong sudah sedar daripada tidurnya dan dia pelik. Bagaimana dia boleh berada di situ.

"Eh, dah pukul 9. Sekarang ni masa cikgu Jihyo lah." Lantas Sujeong bangun daripada katil dan pulang ke kelas.

Mujur cikgu Jihyo belum datang. Sujeong balik ke tempat duduknya.

"Siapa yang hantar aku ke bilik kesihatan. Aku lupalah." Tanya Sujeong dalam hati.

"Ha! Aku tau siapa. Mesti Chorong." Lalu Sujeong pergi ke Chorong dan berkata. "Terima kasih, Chorong sebab hantar aku pergi bilik kesihatan." Lalu Sujeong memeluk Chorong.

"Eh, mana ada." Kata Chorong.

"Alah. Kau tak payah nak sembunyikan daripada aku. Aku tahu. Kalau tak siapa lagi?" Kata Sujeong.

Tetapi Chorong hanya senyum dan pelik dengan kelakuan Sujeong.

V yang mendengar perbualan mereka hanya tersenyum.

~~

"Sujeong, kau dah tak demam kan?" Tanya V.

"Tak. Kenapa?" Jawab Sujeong.

"Saja tanya." Kata V.

"Entah-entah dia yang bawa aku pergi bilik kesihatan? Eh, tak mungkin. Dia takkan buat macam tu. Kau ni Sujeong, perlu ke setiap kebaikan yang datang dari kau, kau fikirkan V yang buat." Bebel Sujeong dalam hati.

~~

Kringggg!!!!!

Jam loceng berbunyi menandakan waktu balik. Hujan yang tadinya sudah berhenti kini datang semula.

"Aduh. Dahlah tak ada payung. Eh! Tadi aku rasa aku ada tertinggal barang dekat bilik kesihatan.

Lalu Sujeong pergi semula ke bilik kesihatan dan ternampak satu jaket. Kemudian, Sujeong berasa pelik. "Jaket siapa pulak ni?" Tanya Sujeong.

"Ha! Baru aku ingat. V yang hantar aku pergi bilik kesihatan." Teringat semula ingatan Sujeong.

"Macam mana ni? V balik jalan kaki. Dahlah dia tak ada payung. Aku pulangkanlah jaket dia. Sekurang-kurangnya tutup kepala dia." Lalu Sujeong berlari hingga ke pagar sekolah.

Tapi dia terlambat. Sujeong ternampak V berjalan kaki dengan tidak berpayung dan tidak memakai jaket. Hujan pula semakin lebat.

Tetapi L sudah menarik tangannya untuk cepat-cepat masuk ke kereta. Lalu L bertanya. "Jaket siapa ni Sujeong?"

"Jaket kawan aku." Jawab Sujeong.

~~

Di rumah.......

Sujeong asyik teringat je kejadian dekat sekolah tadi.

"Betul ke V yang buat semua tu?" Tanya Sujeong.

"Tapi kalau dia buat, kenapa dia buat? Dia kena tahu yang aku nak anggap dia sebagai musuh aku." Kata Sujeong.

Dengan geram kerana terlalu stress memikir, Sujeong membaling bantalnya ke arah pintu. Pada masa yang sama, L yang sedang membuka pintu terkena bantal yang dibaling oleh Sujeong.

"Oi! Sakitlah." Jerit L.

"Sorry. Sorry. Sorry. Aku tak sengaja. Aku pun tak tahu kau nak masuk bilik aku. Kenapa kau masuk bilik aku?" Tanya Sujeong.

"Makan malam." Jawab L.

"Yelah. Nanti aku turun." Kata Sujeong.

~~

Keesokan harinya.......

Sujeong membawa jaket V yang dipinjamnya semalam.

"Mana V?" Tanya Sujeong dalam hati.

Sehingga masuk waktu belajar, V masih belum datang sehingga cikgu Jihyo ingin mengambil kedatangan.

Setelah lama menunggu, rupa-rupanya V tidak hadir pada hari itu.
Pada mulanya, Sujeong bersorak gembira kerana aman hidup tanpa pengacau V. Tetapi bagi Sujeong, hari itu adalah hari yang bosan sangat.

"Hei Sujeong, mesti kau rasa tenang kan hari ni?" Tanya Chorong.

Sujeong tidak menjawab soalan itu. Tetapi hanya tersenyum.

Seharian tu, tak tahu kenapa Sujeong masam je. Jungkook yang perasan keadaan Sujeong bertanya. "Kau rindu V eh? Kalau tak, setiap hari kau ketawa je dengan dia."

"Eh, mana ade. Pandai-pandai je kau ni." Marah Sujeong.

"Eleh."

Tapi sebenarnya dalam hati Sujeong tak tahu, dia benar-benar merindui V.

"Ok. Saya akan beri semula kerja sekolah minggu lepas." Dalam pada tak sedar, cikgu Sukjin sudah berada dalam kelas.

Apabila Sujeong mendapat balik kerja sekolahnya, dia melihat kerjanya. Tiba-tiba terasa rindu dengan V.

"Kenapa kau rasa tiba-tiba rindu dekat dia. Bukan dia yang buat kerja sekolah kau ni. Kenapa kau tiba-tiba teringatkan dia." Marah Sujeong dalam hati.

~~

Keesokannya pun sama, V tidak hadir. Sepanjang dua hari itu, tiada senyuman di bibir Sujeong.

Tetapi tiba-tiba Sujeong asyik batuk pada hari itu. Sujeong pun pelik. Kerana Sujeong asyik batuk, kumpulannya terkena virus penyakitnya. Ada yang batuk, selsema dan sakit tekak.

"Aku minta maaf sebab aku, korang berjangkit. Ok. Untuk mengelakkan daripada berjangkit lagi, esok kita semua pakai penutup mulut. Ok." Sujeong memberi cadangan atas kesalahannya yang membuat kumpulannya sakit. Nasib baik tidak berapa serius.

You Are My Sunshine Of My Life | K.T.HWhere stories live. Discover now