Keesokan harinya, mereka menyambut jamuan akhir tahun kelas. Mungkin ia akan menjadi, kali terakhir mereka di kelas itu sebab selepas murid-murid tingkatan 5 habis peperiksaan, kelas itu takkan digunakan lagi. Mereka akan berpindah kelas lusa.
"Wah, kau bawak kimci!" Teruja Sujeong.
"Mestilah. Kau bawak apa?" Tanya V.
"Aku bawak spaghetti je." Kata Sujeong.
"Wah, nak rasa." Kata V.
"Nantilah." Kata Sujeong.
"Kau bawa hadiah tak? Untuk tukar-tukar nanti." Tanya V.
"Mestilah. Kau?" Tanya Sujeong.
"Bawak." Jawab V.
"Apa tu?" Tanya Sujeong.
"Alat tulis je." Jawab V.
"Kau kan kaya. Kenapa tak beli barang mahal sikit?" Tanya Sujeong.
"Mana ada aku kaya." Kata V.
"Ok kelas. Kita akan mulakan jamuan. Semua letak makanan atas meja kumpulan kamu. Sebelum kita makan, saya nak dengar ucapan daripada ketua kelas kita, Jungkook." Kata Cikgu Jihyo.
Semua orang bertepuk tangan. Sujeong yang duduk di sebelah Jungkook, menolak sikit Jungkook ke hadapan. Jungkook malu-malu sebab nanti Yein tengok dia. Apa yang dia nak cakap?
Jungkook ke hadapan sambil menggaru-garu kepalanya.
Dengan tergagap-gagap, Jungkook berkata"Saya nak mengucapakan terima kasih kepada cikgu Jihyo yang selama ni telah mengajar kami semua. Dan.......
Semua orang bertepuk tangan selepas Jungkook habis berucap.
"Sekarang, cikgu nak dengar ucapan daripada penolong kelas, Kei." Kata cikgu Jihyo.
Kei pun malu-malu untuk ke hadapan. Tetapi, Kei dah rancang apa yang nak dicakap sebab dia mempunyai firasat yang mengatakan, namanya akan dipanggil.
Kei pun habis berucap.
"Yeay! Dah boleh makan." Kata Chanyeol, budak kepoh dekat kelas.
"Sabarlah dulu, Chanyeol. Jungkook dan Kei dah beri ucapan, sekarang apa kata, kita dengar cikgu Jihyo beri ucapan." Kata V.
Cikgu Jihyo memberi ucapan yang sangat panjang sehingga V berkata, "Menyesal pulak aku suruh cikgu Jihyo berucap. Kan dah kena. Cikgu Jihyo pon, tak de beza macam cikgu Sukjin."
Kini, tibalah masa untuk makan!
Mereka makan dengan gelojoh. Sujeong apa lagi, dia terus mengambil pinggan dan mencedok kimchi V.
"Eeemmmm.... sedapnya!" Kata Sujeong.
"Nak rasa kau punya." Minta V.
"Nah, kau makanlah aku punya. Lagipun, sedap tau. Omma aku masak. Aku tolong rendam spaghetti je." Kata Sujeong.
"Haish kau ni." V merasa makanan Sujeong.
"Sedap. Sedap." Kata V sambil mengeluarkan thumbs up.
Sujeong yang makan tidak ingat dunia makan dengan gelojoh tanpa melihat kiri kanan.
"Chorong, tukar tempat duduk kejap. Aku nak duduk sebelah Yein." Kata Jungkook.
Lalu Chorong dan Jungkook bertukar tempat duduk.
Yein pula malu-malu. Jungkook makan dengan gelojoh sengaja kerana nak buat pipinya kotor.
Yein yang faham-faham, mengelap kesan kotor di pipi Jungkook. V hanya memerhatikan mereka.

YOU ARE READING
You Are My Sunshine Of My Life | K.T.H
Random'TAEJEONG ENEMY FOREVER' "I love you, enemy."💕