just one day

432 35 10
                                    

"Haruman neowa naega hamkkehal su itdamyeon. Haruman neowa naega sonjabeul su itdamyeon. Haruman neowa naega hamkkehal su itdamyeon. Haruman. Haruman. Neowa naega hamkkehal su itdamyeon." V memulakan paginya dengan lagu just one day sambil memakai tali leher. Entah kenapa, dia rasa seronok sangat hari ni.

Dalam pada dia menyanyi, dia juga bersiap ke sekolah. Sambil telinganya disumbat earphone dengan lagu just one day, dia mengetuk pintu rumah Namjoo.

Lalu, omma Namjoo yang keluar.

"Ha, V. Awalnya datang pagi ni, Namjoo baru bangun. Kalau kamu nak tunggu dia, lama lagi. Kalau kamu nak pergi sekolah dulu, nanti ahjumma cakap dengan dia. Lagi satu, balik nanti, Namjoo tak balik jalan kaki sebab appa dia ambik." Kata omma Namjoo.

"Ok.Kalau macam tu, V pergi dululah, ahjumma. Cakap dengan dia, hati-hati jalan kaki sorang-sorang." Kata V lalu beredar dari situ.

Dia berjalan kaki dari rumah ke sekolah sambil mendengar dan menyanyi lagu just one day. Sehinggalah sampai di hadapan sekolah.

"Awal sangat ke, aku datang?" Pelik V kerana melihat dirinya seorang sahaja yang baru datang.

"Apa aku nak buat?" Tanya V dalam hati.

"Baik aku pergi kelas dulu. Prepare apa yang patut." Kata V sambil menuju ke kelas.

Di dalam waktu yang sama, tetapi di rumah Sujeong.......

Sujeong keluar daripada biliknya untuk mandi. Tiba-tiba.......

"Aaahhh!!!" Sujeong menjerit.

"Sangeil chukkha hamnida. Sangeil chukkha hamnida. Sarang haneun Sujeong ssi. Sangeil chukkha hamnida." L, appa dan ommanya menyanyikan lagu ulang tahun untuk Sujeong sambil membawa kek hari jadi.

Sujeong hampir menangis, tapi dia tak de mood nangis sebab dia baru bangun tidur. Dan dia masih amai-amai.

"Oh, hari ni, hari jadi Sujeong ke? Macam mana Sujeong boleh tak ingat. Apa-apa pun, terima kasih omma, appa dan L." Kata Sujeong. Sebaik sahaja memotong kek, Sujeong terus bersiap ke sekolah.

"Alamak, aku dah lambatlah." Kata Sujeong.

~~

"Ok. Semua dah siap. Tinggal tunggu cik Ryuvely datang je." Kata V.

"Bestnya. Hari ni cikgu tak de. Boleh enjoy." V termenung sendiri di kelas.

Tiba-tiba, ada orang menutup matanya daripada belakang.

"Lambatnya kau sampai, Sujeong." Kata V.

"Ha? Sujeong."

"Sorry, Kei. Aku ingatkan Sujeong tadi." Kata V.

"Ish, kenapalah aku sebut nama Sujeong?" Rungut V.

Lalu dia berjalan sambil menendang angin ke Secret Garden.

Dia termenung di situ. Dia melihat tempat yang ditanam botolnya. Dia berkata dalam hati, "Betul ke aku suka dia?"

Tiba-tiba, ada orang menutup matanya lagi dari belakang.

"Kau nak apa lagi, Kei?" Kata V.

"Eh, sorry Sujeong. Aku ingatkan Kei tadi" Kata V.

Muka Sujeong masam. "Ish, kenapa dia tiba-tiba sebut nama Kei. Ish, dahlah. Tak payah layan perasaan kau yang haruk ni." Kata Sujeong dalam hati.

"V, hari ni hari apa?" Tanya Sujeong.

"Hari apa-apa je lah." Kata V. Buat-buat cool je.

Muka Sujeong terus masam semula. "Takkan tu pun dia tak ingat." Kata Sujeong dalam hati.

You Are My Sunshine Of My Life | K.T.HWhere stories live. Discover now