CHAPTER 1

1.8K 88 0
                                    

°~° Pembunuh °~°

"Cikgu, saya nak berjalan-jalan sekitar taman boleh?" Yoona meminta izin dari gurunya Cikgu Jaesuk yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan mereka terjaga semasa lawatan ke Korea.

"Pergilah. tapi jangan jauh sangat . Dekat-dekat sudah, nanti sesat susah pula." ujar gurunya .

"Okeyyy." dengan langkah yang gembira , dia berjalan-jalan dengan azam untuk melaksanakan misinya . Tau jelah, misi mencari prince charmingnya .

Yoona melangkah mendekati taman permainan yang penuh dengan manusia yang sedang bergembira . Ada yang, bermain buaian , berbasikal , bermain bola dan seterusnya .

Yoona mendekati bangku kerusi untuk berehat sekejap selepas 15 minit berjalan sekeliling taman . Baru sahaja hendak duduk ....

" Woi ! Jaga-jaga kepala ! " Yoona berpaling apabila dirasai seseorang memanggilnya .

Buk !

" Adoi ~! " Yoona terduduk di bangku sambil memegang kepalanya yang dihentam bola dengan kuat .

" Err , awak tak apa-apa ? " Yoona berpaling ke arah suara itu . Di renung tajam lelaki yang tersengih-sengih memandangnya yang kesakitan .

Yoona berdecit marah . " K-kau .. "

" Apa awak cakap ? Saya tak dengarlah. Boleh kuatkan suara awak sikit tak ? "

" Sakitlah bodoh !! " bergema satu taman dengan suara jeritan Yoona .

Tiba-tiba Yoona berasa pening , matanya mula kabur . Dan pup ! Yoona pengsan ..

=================================


" Adui .. sakitnya kepala .. " ujar Yoona . Berkerut mukanya apabila dirasakan kepalanya berdenyut-denyut . Yoona memegang kepalanya . Digeleng-gelengkan kepala , berharap semoga dapat mengurangkan kesakitan yang dirasai di kepalanya . Tapi , makin sakit pula jadinya.

Dipegang pula bahagian kepalanya yang secara tiba-tiba dirasakan berdenyut kuat . Ctttt ! Berdecit mulutnya menahan pedih memegang benjolan di belakang kepalanya . Aww, sakit tau .(gedik)

" Aku kat mana ni ? " Yoona memandang sekelilingnya . Yoona berasa pelik apabila mendapati dirinya sedang terbaring di atas katil, dan berada di dalam bilik yang langsung dia tidak tahu bilik siapa, dia bangun dari pembaringannya .

" Eh ! Aku kat bilik siapa ni ?! " Yoona menyelak selimut yang menyelimuti badannya . ' Fuhh , nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku . " bisik hati kecilnya . Digosok dadanya perlahan bagi mengurangkan rasa terkejutnya.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kasut . Cepat-cepat dia rebah ke katil semula . Dia memejamkan matanya kembali . Kriiuuukk .. bunyi pintu di buka .

' Alamak ! B-bunyi pintu ni buat aku meremang je . Dah m-macam dalam cerita pembunuhan dah ! Jangan-jangan aku akan dibunuh macam dalam cerita-cerita pembunuhan yang selalu aku tengok tu tak ? Kepala dipenggal.. d-dan tinggal badan sahaja ? Oh tak ! ' bisik hati Yoona cemas. Yoona mula berfikir yang bukan-bukan . Berpeluh-peluh dia dibuatnya .

" Hoi ! Bangun la ! Aku tahu kau dah sedar . " Yoona yang mendengar suara itu , hanya berdiam diri . Dikakukan dirinya . Berharap lelaki yang menegurnya akan terus pergi sahaja.

"Hoii, hoii !"

Apabila terasa bahunya digoncang kuat pula , terus Yoona membuka matanya . Alangkah terkejut dia melihat seorang lelaki berada dekat dengannya . Hampir saja hidung mereka berlaga .

" Arghh ! Jangan bunuh aku ! " Yoona menjerit ketakutan . Yoona memejamkan matanya kembali. Tiba-tiba suasana menjadi sunyi , Yoona mula berasa pelik .

Dia membuka matanya kembali perlahan-perlahan . Dipandang lelaki tadi yang sedang membongkok memegang perutnya . Dia dapat melihat muka lelaki tersebut yang kemerahan .Dan , tiba- tiba ..

" Hahahahahaha ! " meletus tawa V kuat . Whattt ??!

"Kau ini agak-agak ah , gila aku nak bunuh kau ? Aku bukan pembunuh lah . Kau selalu sangat tengok cerita-cerita karut ni." V ketawa berdekah-dekah . Apa ke patut minah ni ingat aku nak bunuh dia ? V ketawa sampai mengalir air matanya . Dikesat air matanya .

Yoona yang mulanya terpinga-pinga mula berasa malu . Dia baru teringat akan lelaki ini dan insiden yang berlaku di padang semasa dia bersiar-siar .

" A .. aku kat mana ni haa ? Macam mana aku boleh ada kat sini ? Kenapa aku boleh ada kat sini ? " berpadu-padu soalan yang keluar dari mulut Yoona .

" Kau ada kat bilik aku . Aku bawak kau kat sini semalam sebab kau pengsan tiba-tiba . " terang V satu persatu . Yoona terdiam sekejap sebelum menyambung pertanyaannya .

" Asal kau bawa aku kat rumah kau ni ? Asal kau tak hantar aku kat rumah aku terus ? " tanya Yoona lagi tidak berpuas hati .

" Aik ? Takkan terhantuk kepala dengan bola terus amnesia kot ? Kau pun aku tak kenal, apa lagi tempat tinggal kau ? " perli V .

Terus Yoona terdiam . Lagi sekali , mukanya memerah menahan malu .

" Apa-apa jelah . Aku nak balik . " laju Yoona bangun . Terus dia menuju ke arah pintu . Belum sempat Yoona membuka pintu . Pintu itu ditahan tangan seseorang . Siapa lagi kalau bukan V ?

" Kau nak apa lagi ? " Yoona memandang lelaki itu .

" Ini ! Beg sandang kau ni , kau tak nak ke ? Kalau tak nak tak apa . Boleh aku lelong kat pasar malam je . " selamba V menunjuk beg yang berada di tangannya kepada Yoona .

Yoona merampas begnya . Terus pintu dibuka . V tersenyum memandang gelagat Yoona . V berpaling ke belakang . Tiba-tiba ..

" Err .. jalan keluar kat mana ? " V disergah Yoona .

" Erm . Kau jalan je straight nanti kau jumpa jalan besar . " jawab V . ' Eh , minah ni . Buat aku terkejut je . Nasib baik aku pandai cover . '

" Oh okay .. thanks ... "

********************************
Psstt , rewrite balik je nih . Adalah sikit-sikit yang diubah dan ditambah . (>y<)

Enjoy reading guys ~!

•-• READ, VOTE AND COMMENT •-•

Prince Charming {Malay}Where stories live. Discover now