CHAPTER 5

925 64 0
                                    

•~• Gwaenchana •~•

Setiap kumpulan telah pun tiba di puncak bukit. Masing-masing keletihan tidak terkecuali juga Yoona. Lelah dia dibuatnya. Saki baki air botol, diteguknya rakus.

"Fuhh, lega.. akhirnya sampai juga."

Pprrtt ! pprrtt !

Cikgu Jaesuk meniup wiselnya, mengambil perhatian setiap pelajar.

"Semua seronok ?" ucap Cikgu Jaesuk. Berpeluh-peluh mukanya.

"Seronok!" teriak semua pelajar termasuk Yoona.

"Bagus ! Sekarang saya nak kamu semua berkumpul di hadapan saya dalam masa 10 saat. Siapa lambat akan didenda ! Saya tiup wisel baru kamu gerak." ujar Cikgu Jaesuk lagi. Semua bangun dari duduk.

Prrtt !!

Apa lagi ? Berpusu-pusulah semua pelajar berkumpul di hadapan cikgu jaesuk. Orang dah lah letih daki bukit , disuruhnya kita lari lagi. Adoii, rasa nak patah kaki Yoona.

Tiba-tiba, dirasakan badannya ditolak. Yoona terjatuh dan tersungkur. Didongakkan kepalanya memandang pemilik tangan yang menolaknya. Pelajar-pelajar yang gedik berkepit dengan V tadi !!

Mereka meninggalkan Yoona tanpa menolongnya. Senyuman sinis dihadiahkan kepada Yoona.

Akhirnya, Yoona dan dua orang pelajar lagi yang lambat.

Dia menyapu seluarnya. Bahagian lutut seluarnya terkoyak sedikit. Terasa pedih lututnya ketika itu. Dia cuba berjalan tetapi tidak boleh .

Kali ni, buku lalinya pula terasa sakit. Dia berjalan terhencut-hencut menghampiri pelajar-pelajar lain yang telahpun berkumpul.

"Cik Yoona, awak tak apa-apa ke?" Cikgu Jaesuk bertanya.

"S-saya okey."

"Okey, kalau macam tu, sebagaimana saya katakan tadi, kamu bertiga akan didenda disebabkan lambat ." ujar Cikgu Jaesuk.

"Kamu, pergi sediakan meja." arah Cikgu Jaesuk kepada pelajar yang berpakaian hijau.

"Kamu pula pergi sediakan air." Kalini pelajar perempuan berpakaian kuning diarah.

"Dan kamu, Yoona. Pergi tolong Cikgu V sediakan makanan."

Apaa ?!!

"T-tapi.."

"Takde tapi, denda tetap denda !" potong Cikgu Jaesuk. Yoona menjeling pelajar-pelajar yang menolaknya tadi.

Dilihat muka mereka yang cemberut. Tidak berpuas hati. Sangka mereka, bolehlah berkepit dengan sir V tanpa diganggu.

Kalau mereka tahu pasti mereka buat-buat lambat. Biar didenda, dapatlah berkepit dengan sir V. Tsk.

Yoona tersenyum sinis. Walaupun, dia tidak suka terpaksa menolong V, sekurang-kurangnya selepas melihat wajah cemberut mereka. Heaven rasa hati Yoona.

==============================

Yoona bergerak menghampiri V yang sedang berpeluk tubuh memandangnya yang terhencut-hencut. Yoona membuat muka selamba. Dia melepasi V.

Tiba-tiba dia merasakan tangannya dipegang seseorang. Siapa lagi kalau bukan V?

"Hish, lepaslah! Chwisoo~!" Yoona menarik-narik tangannya.

"Andwae, ikut aku sekejap." V mengemaskan lagi pegangannya. Yoona yang tidak berdaya untuk melepaskan diri terpaksa mengikut.

"Duduk." arah V.

"Sini , bagi aku tengok kaki kau."

"T-tak, payahlah.."

V mengangkat kaki Yoona. Yoona berdesis kesakitan apabila pergelangan kakinya disentuh V.

"Kaki kau terkehel, aku betulkan balik. Tapi mungkin sakit sikit."

"A-apa maksud k-" belum sempat ayatnya dihabiskan, Yoona terjerit kecil. Pergelangan kakinya disentap V. Mata Yoona berair.

"Shh, gwaenchana . Sakit sikit je." V menyapu air mata yang mengalir dari kelopak mata Yoona.

Entah kenapa Yoona terasa bahagia apabila dilayan sebegitu . Air matanya cuba ditahan dari terus mengalir.

Pergelangan kaki Yoona diurut bagi melegakan sedikit kesakitan yang dirasakan Yoona. Kemudian, dibalut . V juga menyapu ubat di lutut Yoona yang luka. Diletakkan handy plus.

"Te-terima kasih.."

"Tak apa, sikit je . Jom sambung sediakan makanan. Nanti bising pula BELALANG tu." ujar V. Yoona yang mendengar gelaran Cikgu Jaesuk tergelak.

Mereka sama-sama menyediakan makanan. Mereka membuat kari Ayam, kimchi dan nasi. Yum yum.

===============================

Selesai menyediakan makanan, semua pelajar diberi arahan untuk menjamu selera, Yoona mengambil tempat bersama Jessica dan Yuri .

"Guys, mana yang lain ?" Tanya Yoona kepada mereka.

"Sunny, Taeyeon, Tiffany, Hyoyeon, Sooyoung dengan Seohyun lepak dengan budak-budak kumpulan diorang. Malaslah aku nak join." serentak Jessica dan Yuri berkata.

"Ohh, okeylah macam tu."

"Weh, apasal dengan group budak gedik tu, macam saje je cari fasal dengan kau?" tanya Jessica.

"Entahlah, tapi aku syak dia orang minat dekat V." balas Yoona.

"Aku pun rasa macam tu, beb." Yuri bersetuju.

"Tapi apa kena mengena dengan aku pula?"

"Kau ni, sah bengap! V tu suka dekat kau lah." kutuk Yuri depan-depan. Langsung tak berlapik duhh.

"Eh, kau jangan nak memandai-mandai ye." dicubit-cubit pipi Yuri kuat.

"Hajimaa ! Jungji, Yoona! Sakitttt!" rungutan Yuri membuatkan Yoona dan Jessica ketawa.

"Amek kau, merapu lagi.. siap kau aku kerjakan." Yoona tersenyum puas.

"Tapi, betullah apa yang Yuri cakap tu. Takkan kau tak nampak? V tu memang dah tangkap cintan dengan kau." kalini Jessica pula yang merapu.

"Haih, sini kau. Kau pun nak rasa ye, tangan ketam aku ni." ugut Yoona. Sengaja tangannya didekatkan ke muka Jessica.

"Hahaha, kau kena tangkap aku dulu."

Bermulalah larian kejar mengejar sekeliling meja. Haih, Yoona ni. Tak macam orang yang sakit kaki. Mungkin sebab V yang rawat, terus sakit tu hilang . Hohoho.

V yang dari tadi memerhatikan gelagat Yoona dan kawan-kawannya, tersenyum.

**********************************
Psst.. part ni takde pun sebelum ni . Nae tambah. Hehehehe. Apapun, maafkan adinda sekiranya ada yang tersilap.. maaf juga kalau cerita ni tak best .

Macam tak logik pula bila baca balik. Takpela, imaginasi~~

Follow insta/twitter : naimie_O
ask.FM : naimiamiesya

•-• READ, VOTE AND COMMENT •-•

THANKSSSS ~(ㅇㅅㅇ❀)/

Prince Charming {Malay}Where stories live. Discover now