CHAPTER 3

1.1K 66 0
                                    

•~• Guide •~•

"Yoona ! Yoona !"

"Ermm.." Yoona yang sedang enak melayan mimpinya bersama Prince Charming terjaga. Yoona mendengus apabila dikejut pada saat-saat dia dan prince charming hampir bercium. Kacau betul lahh !

"Yoona, bangunlah ! Nanti lambat pula ! Bangunlah !" jerit Yuri, kawan sebiliknya lagi.

"Hyarghh.. jangan kacaulah.." gumam Yoona. Yuri mendengus kuat.

Yoona tersenyum apabila dirasakan Yuri telahpun beredar dari bilik. Baru hendak menyambung tidurnya yang tertangguh...

Dshhhh !

Habis basah lencun Yoona dibuatnya. Terus dia bangun dari pembaringannya.

"Eoiii , Yurii!! Apa ni ! Meosjin! Sejuklahh!"

"Haaa, siapa suruh kau susah sangat nak bangun? Rasakan, sejukkan? Apa lagi pergilah mandi." ujar Yuri dengan senyuman sinisnya. Yoona menjeling geram.

"Ye! Ye!" langkah Yoona diatur menuju bilik air. Tualanya dicapai dari penyidai.

Selesai mandi dan bersiap, Yoona menghampiri kawan-kawannya yang sedang bersarapan.

"Yoonaa ! Ni, tadi aku buka pintu, ingat nak pergi jogging. Lepastu, tersepak something. Tengok bawah, ada bunga. Aku ingatkan untuk aku. Bukan main teruja lagi aku, kau tahu, rupanya bunga ini untuk kau!" jerit Seohyun sambil menunjuk ke arah sejambak bunga di dalam pasu.

"Aku tolong letak dalam pasu, takut layu pula bunga ni." celah Jessica, kawannya yang seorang lagi.

"Hyun, mana kau tahu bunga ni untuk aku?" Yoona bertanya, pelik siapa pula yang buang tebiat main hantar-hantar bunga pula ni.

"Yahhh ! Tu ada kad, mianhae, aku ada baca. Hehehe, siapa V?" Seohyun mula mengorek rahsia.

Yoona yang mendengar nama itu disebut meluru mengambil kad yang bersebelahan pasu bunga tersebut. Laju dia membuka dan membaca.

Mianhae pasal bola. He he
From, V..

Memang betul, V yang menghantar. Siap ada love lagi. Sah buang tebiat.

"Yoona ! V tu ke yang kau cerita dekat kitorang?" Tanya Seohyun lagi tidak berpuas hati.

"Yea.."

"Romantiknya~~ Untungnya kau Yoona, jeles aku," Seohyun melompat-lompat teruja. Yoona yang melihat keterujaan Seohyun mengeluh .

=================================

Harini , Yoona dan ahli-ahli ekspidisi yang lain akan mendaki bukit . Yoona melihat senarai nama kumpulan yang diberi Cikgu Jae Suk tadi .

Setiap pelajar telah diagihkan kepada 3 kumpulan . Yoona, Jessica dan Yuri diletakkan di kumpulan yang ke 3 . Yoona mengeluh lega, sekurang-kurangnya ada juga kawan berborak.

Setiap kumpulan akan ada seorang guide iaitu orang tempatan yang berkhidmat dalam kesatuan mendaki bukit .

Kumpulan pertama akan di bantu oleh Sir Haha . Kumpulan yang kedua akan dibantu oleh Sir Gary . Manakala kumpulan yang ketiga pula akan dibantu oleh Sir Tae Hyung .

' Hmm .. Sir Tae Hyung .. macam sedap je nama dia . Kalau muda , aku nak tackle lah . Hehe . Mesti hensem ni . Boleh jadi Prince Charming aku ! Tak sabarnya !' bisik hati Yoona nakal .

'Tapi kenapa aku macam pernah dengar sahaja nama ni ? Dekat mana aku pernah dengar agaknya ya ?' bisik hatinya tidak sedap.

" Morning pelajar , semua dah dapatkan senarai nama kumpulan ? " tanya Cikgu Jae Suk .

" Daahh ! "

" Good , macam yang telah di tulis di kertas tersebut . Setiap kumpulan akan dibantu oleh seorang guide . Sekarang cikgu akan perkenalkan setiap guide tersebut . Kumpulan yang pertama akan di bantu oleh Sir Haha . "

" Annyeong ! Saya Sir Haha but you all can call me Haroro . " ucap Sir Haha bergurau membuatkan semua yang ada di situ ketawa .

" Kumpulan yang kedua pula akan di bantu Sir Gary . "

" Annyeong , my name is Sir Gary . I am Jihyo monday Boyfriend . " ucap Sir Gary turut bergurau sambil tangannya membuat bentuk hati. Pelajar yang lain semuanya apa lagi , Booooo !

" Kumpulan yang ketiga akan di bantu oleh Sir Tae Hyung . "

Apabila mendengar nama tersebut diucap Cikgu Jaesuk. Kepala Yoona mula didongakkan bagi melihat siapakah sir Tae Hyung. Kakinya juga dijengket. Inilah susahnya bila pendek dari yang lain.

" Annyeong ~ Nama saya Tae Hyung tapi lebih dikenali sebagai V . Awak semua tak payah nak ber'SIR' sangat dengan saya . Atau awak semua boleh panggil saya Oppa sahaja . " V mengenyitkan matanya kepada pelajar-pelajar perempuan, apa lagi bersoraklah si para gadis nih, haha . Yang lelaki pula, menge-boooo je tahu. Tsk.

Semua teruja mendengar ucapan dari 'sir' tersebut.

V hanya tersengih melihat pelajar-pelajar yang kepoh di hadapannya. Matanya dihalakan ke arah seorang gadis yang sangat dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan Yoona. Sengaja dilambaikan tangannya ke arah Yoona.

Yoona yang teruja hendak mendaki terus hilang moodnya, dia terpaku melihat V , jauh Yoona termenung dan tersedar kembali apabila melihat V melambaikan tangan kepadanya.

Pelajar lain yang melihat lambaian tersebut, turut mengalihkan pandangan ke arah Yoona. Yoona mula berasa malu apabila diperhatikan sebegitu rupa.

' Alamak . Mana aku nak sorokkan muka aku ini , macam mana pula dia boleh ada kat sini ? Ayaa , malangnya hidup aku lepas ini . Habislah aku...'

*************************************

Ahaks, macam yang sebelum ni juga .. rewrite balik jah.. ada yang ditambah ada yang ditukar. Hehehehe .

Enjoy reading guys~

Follow insta/twitter : naimie_O
Ask.FM : naimiamiesya

•-• READ, VOTE AND COMMENT •-•

THANKYUUU (●'∀`●)

Prince Charming {Malay}Where stories live. Discover now