•~• Sesat •~•
"Erggh! Mana aku nak cari jalan nak balik ke rumah aku ni. Aku pun satu, terlupa pula nak tanya mamat tadi tu. Tetapi, mesti dekat je rumah mamat ni dengan taman semalamkan? Aduhh ! Terpaksalah macam ni!"
Vieya mengeluarkan telefon bimbitnya . Dibelek-belek .
"Tapi, aku nak call siapa? Bukannya kawan-kawan aku tahu jalan dekat sini?" Dibelek-belek lagi phone numbernya. Tak banyak number pon . Yang ada, number ahli keluarganya dan rakan serumahnya sahaja.
Tetapi, sedang dia membelek . Dia ternampak satu nama yang dirasakan dia tidak pernah menyimpan atau ada kawan-kawan yang bernama Taehyung. Tanpa berfikir panjang, dia menghubungi nombor tersebut.Truutt truttt. Trutt trutt.
"Helo..?" suara lelaki menjawab. Yoona tidak tahu hendak berkata apa. Terdiam.
"Helo? Ada orang tidak ni?" Tanya suara itu lagi. Macam kenal je siapa, tetapi ingatannya samar-samar. Mungkin akibat terkena bola semalam. Dia jadi lupa.
"A-ada.."
"Yoona ?" Jawab si lelaki.
"Y-ya. Boleh saya tahu siapa ni? Macam mana awak tahu nama saya? Macam mana nombor awak ada dalam phone saya?" tanya Yoona kepelikan.
"Ohh, lupa kau tak tahu nama aku lagi. Ini akulah. Ak-" ujar si lelaki.
"Aku? Aku mana pula ni?" tanya Yoona tidak berpuas hati .
"Cuba bagi orang habis cakap dulu. Ni akulah, V . Kau tak ingat ke kes semalam , akulah yang dah bawa kau datang rumah aku." Yoona cuba mencerna kata-kata V.
"V ?! Kau pembunuh tadi ! Macam mana kau tahu nama aku haaa ?!" Yoona yang mula mengingati, terkejut.
"Aduu.. aku bukan pembunuhlah. Kau kena berhenti tengok cerita karut ni . Semalam kau pengsan, aku cuba cek beg kau. Tengok id kau. Malangnya, kau bukan dari sini. Alamat rumah yang kau duduk dekat sini pun tak ada. So, aku bawa kau ke rumah aku." terang V.
"Habis tu, macam mana kau tahu nama aku?!"
"Sah pekak kau ni! Kan, aku dah cakap. Aku tengok id kau. Dari situlah aku tahu. Aku save je lah nombor aku dalam phone kau, kut-kut ada kesan sampingan dekat otak kau akibat gegaran kena sepakan bola semalam. Dan, terbukti , memang ada kesan sampingan dekat otak kau. Ish ish ish." ujar V panjang lebar.
"Heii ! Jaga sikit mulut kau tu!"
"Aku sentiasa jaga mulut aku, supaya nak cium perempuan tak adalah kuman-kuman dari mulut aku merebak ke mulut orang lain." Tempias V.
"Euuu !" Yoona membuat muka geli.
"Dah, kau telefon aku ni apasal?" tanya V.
"Ahh, nasib baik kau tanya, kalau tak. Aku dah lupa dah. Ni, aku sebenarnya dah sesat." Yoona kembali risau kerana sesat .
"Sesat?! Kau kat mana sekarang ? Biar aku pergi cari kau."
"Aku ada dekat , hmm, aku tak tahu jalan apa ni. Tapi, dekat depan aku ada kedai 7E . Dekat sebelah kedai 7E ada dobi." Matanya melilau mencari nama jalan.
"Ohh, aku tahu kau dekat mana. Tunggu situ aku datang." ujar V. Talian diputuskan.
"Okeyy."
Tidak lama selepas itu. Pinn! Yoona mengangkat kepalanya memandang V yang membuka helmet motornya. Oh no no!!
"Jom, aku hantar kau." balas V yang menghulur helmet lagi satu kepada Yoona.
"K-kau nak aku naik benda ni ke?" Tanya Yoona yang pucat mukanya.
"Dah tu? Kau tengok aku tengah naik apa sekarang ni?"
"Tak nak! Aku tak akan naik benda-" belum habis Yoona berkata. Dia merasakan dirinya ringan di udara.
"Hoii, turunkan aku! Apa ni!" Yoona menepuk belakang badan V. Kedudukannya yang berada di bahu V menyukarkan dia untuk menstabilkan diri dari terjatuh.
"Berhenti bergeraklah. Karang jatuh tak pasal-pasal pula." V bersuara. Diletakkan Yoona diatas motor. Yoona cuba untuk turun dari motor tetapi asyik ditolak V duduk kembali . Kepalanya dipasangkan helmet oleh V.
Selepas itu, tanpa membuang masa, V terus memecut menuju ke taman semalam.
Sesampai sahaja di taman. Yoona masih memejamkan matanya. Tangannya masih erat memeluk V. Dari tadi , dia menjerit je.
"Hoii, dah sampai ni . Bukaklah mata tu. Aku tak tahu rumah kau mana satu. So, aku hantar sampai sini jelah ye." Yoona membuka matanya perlahan.
"Ohh, okay. Thanks." Yoona turun dari motor, tetapi kakinya terpelecok. Hampir sahaja hendak rebah ke tanah satu tangan menangkap badan Yoona. Mereka berpelukan.
"Huih, kau ni . Hati-hatilah sikit. Nasib baik tak rebah." ujar V. Kedudukan mereka yang dekat membuatkan Yoona berdebar-debar .
Dub dab dub dab.
Dapat dia melihat alis mata , bibir , hidung dan kening yang terbentuk pada rupa V. Sempurna. Rasa macam nak cium je. Fikiran Yoona mula berfikir bukan-bukan.
Eh, apa yang aku fikir ni ! Cepat-cepat dia menjarakkan dirinya dengan V.
"Te-terima kasih." Yoona melangkah pergi meninggalkan V yang terpinga-pinga.
=================================
Setibanya di rumah yang disewa cikgunya untuk dia dan kawan-kawan menginap selama sebulan . Yoona terus diserbu kawan-kawannya .
" Yoona ! Kau pergi mana semalam ? Ada apa-apa yang berlaku ke ? Kau tahu, semalam cikgu cari kau ? Nasib baik kitorang ni baik tolong cover kau . " berpadu-padu soalan yang ditanya kawan-kawannya .
" Kau orang nak aku jawab soalan yang mana satu dulu ni ? " balas Yoona balik . Dia malas sebenarnya nak beritahu apa yang telah berlaku . Yoona meletakkan begnya ke atas katil . Terus dia merebahkan badan .
" Ceritalah apa yang dah berlaku ? "tanya salah seorang kawannya, Taeyeon. Mereka turut merebahkan badan ke atas katil .
" Yelah .. yelah .. macam ni ceritanya .. " Yoona menceritakan kembali apa yang dah berlaku semalam sehingga pagi tadi . Reaksi kawan-kawannya , ada yang buat muka terkejut ada yang buat muka teruja ada yang buat muka tertanya , bermacam reaksi yang ada . Nak tergelak pun ada Yoona tengok . Tetapi part dia hampir rebah di taman, dia tak menceritakan kepada mereka.
" Wah ! Choeseon ! Hensem tak ?! " teruja mereka bertanya .
" Hensem ~ Kot .. "
" Kot ? "
" Manalah aku sempat telek muka dia time tu sengal ! " balas Yoona geram . Tipu~ dia sempat terfikir hendak mencium V. Hahaha.
" Yaaahh ~! Dah tu dia tak ada cium kau ke ? " tanya Sunny .'Bukan V yang nak cium, aku yang rasa macam nak cium dia.'
" Woi ! Kau fikir pasal tu je kau tahu kan ?! " marah Yoona . Malu .
' Penat aku dok menjawab soalan budak-budak ni . ' keluh Yoona dalam hati .
" Eleh , entah-entah dia sendiri yang dok terpikir pasal tu tak ? " usik Jessica . Yang lain-lain hanya tergelak .
Yoona membaling bantal ke arah kawan-kawannya . Cepat-cepat mereka mengelak . Mereka membalas serangan Yoona . Pup ! Pap ! Tepat terkena Yoona . Bermulalah , peperangan bantal . Mereka semua bergelak ketawa keseronokan .
" Hahaha .. "
--------------------------------------------
Rewrite balik jah ni. Ada part yang ditambah juga. Hihihi. ^^
Enjoy reading guys.
Follow insta/twitter : naimie_O
Ask.FM : naimiamiesya•-• READ, VOTE AND COMMENT •-•
YOU ARE READING
Prince Charming {Malay}
Teen Fiction=Please noted, story ni pernah dipost di aff= Yoona bersama ahli-ahli lain telah mengikuti ekspidisi yang telah diadakan oleh sekolahnya selama sebulan di Korea. Dia pergi ke sana dengan memasang angan-angan agar dapat mencari Prince Charming yang d...