CHAPTER 8

888 55 1
                                    

•~• Sayang •~•

Bunyi burung berkicauan menganggu lena Yoona yang sedang asyik melayari mimpinya. Dicuba untuk mencelikkan matanya tetapi dipejam kembali matanya apabila cahaya mentari mensilaukan matanya. Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya kembali.

Dia mengalihkan pandangan ke sebelah, V masih nyenyak tidur. Nafasnya turun naik perlahan-lahan. Yoona rasa malu apabila memikirkan peristiwa dia menangis teresak-esak semalam .

Yoona cuba mengalihkan tangan V yang masih kejap memeluknya tetapi tidak boleh. Tiba-tiba Yoona terpaku apabila merasakan desahan nafas di telinganya.

"Dah bangun ?" tanya V kepada Yoona. Sebenarnya, V dah lama terjaga dari tidurnya . Dia ingin mengalihkan badannya dari disandar Yoona tetapi dibatalkan niatnya. Dia berasa kesian kepada Yoona. Akhirnya, V hanya membiarka sahaja badannya disandar Yoona.

Yoona yang terkejut , lalu memusingkan kepalanya hendak memandang V. Dan, Chuuppp !

Bibir Yoona dan V bercantum. Yoona dan V sama-sama terkaku. Mereka hanyut dalam lamunan. Bunyi burung yang berkicauan menyedarkan Yoona ke alam nyata , dia mengalihkan kepalanya. Muka Yoona merah padam menahan malu.

"Hmmm," Yoona membalas pertanyaan V tadi. Matanya langsung tidak bertentang dengan V. Suasana menjadi sunyi seketika sehinggalah....

Kriukkk ! Bunyi yang dikeluarkan perut Yoona memecahkan kesunyian. Apalagi, makin bertambah merahlah mukanya si Yoona.

"Errr, kau lapar ye?" V menegur. Dalam diam dia tersenyum suka dengan adengan tadi.

"Hmm.. lapar..."

'Lapar la ngek ! Takkan tak dengar bunyi perut aku berkeriut.' kutuk Yoona geram.

"Alololo, cian dia ! Lapar ye.. aku pergi cari buah kejap. Kau duduk sini je. Jangan pergi ke mana-mana!" V memberi arahan kepada Yoona. Sempat lagi dia menyakitkan hati Yoona.

Yoona yang mendengar hanya mendengus.

###############################

Setengah jam kemudian, V kembali dengan memikul setandan pisang. Kecur air liur Yoona yang memang kelaparan gila memandang pisang tersebut. Perutnya kembali membunyikan alunan rock.

Sememangnya, Yoona langsung tidak menjamah apa-apa semalaman kerana dia tersesat didalam hutan. Yoona mula hilang kesabaran, terus dia menerkam V. V yang melihat gelagat Yoona tergelak kecil.

"Kalau lapar sangat pun, janganlah gelojoh sangat , sayang." ucap V selamba. Yoona terkaku mendengar V memanggilnya dengan panggilan sayang .

' Aku bermimpi lagi ke ? ' Yoona mencubit-cubit pipinya kuat .

' Auch , sakit . Maknanya aku tak mimpilah .. ' Yoona menggosok-gosok pipinya yang pedih .

" Kau cakap apa tadi ? " tanya Yoona .

" Apa ? Jangan gelojoh sangat ? "

" Tak , selepas itu . "

" Mana ada aku cakap apa-apa . " V tersenyum penuh makna.

Yoona mengerutkan dahinya pelik .

' Habis itu , takkan lah aku salah dengar kut ? ' kata hatinya . Dia hanya mendiamkan diri .

" Nah ! " V menghulurkan pisang yang dikopeknya kepada Yoona .

" Te.. terima kasih . "

V hanya tersenyum .

' Dia ni senyum je memanjang . Tak penat ke ? ' bisik hati Yoona geram.

Akhirnya , habis juga setandan pisang itu dibedal mereka . Lapar sangat tu . Hohoho.

" Jom , kita kena cari jalan keluar dari hutan ni . Takkan kita nak duduk sini je kan ? Nanti kalau hujan tak ke naya ? " ajak V .

Yoona hanya menurut . Badannya yang melekit kerana tidak mandi seharian membuatkan dia berasa agak rimas . V perasan reaksi rimas Yoona tu .

Mereka menyusuri hutan tersebut tanpa hala tuju dengan berharap agar ada perkampungan di sekitar . Mana tahu mereka boleh meminta tolong daripada mereka.

Sedang mereka berjalan, mereka menikmati fenomena di dalam hutan itu. Alam semula jadi yang sangat indah rupanya. Seekor tupai menarik minat perhatian Yoona.

(Comeynya la tupai ni)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


(Comeynya la tupai ni)


Yoona mendekati tupai itu . Sangat cantik bulunya. Yoona cuba memegang tupai tersebut . Tupai itu langsung tidak melarikan diri. Dibiarkan sahaja tangan Yoona membelai badannya.

"Comelkan." Ujar Yoona kepada V yang berada di sebelahnya.

"Hmm, memang comel." ujar V.

"Cantik. Rasa macam nak kucup je bibir dia " tambah V lagi perlahan. Yoona yang dapat menangkap, mengerutkan dahinya.

Dialihkan pandangan memandang V. Tetapi cepat-cepat Yoona mengalihkan pandangannya kembali apabila dia menyedari yang V sedang asyik memandangnya.

'Maknanya tadi dia cakap aku cantik and comel la? Dan, dia cakap dia nak... eh apa aku merepek ni.' bisik hati Yoona gedik. Tanpa disedari bibir Yoona mengukirkan senyuman yang manis.

Mereka meneruskan perjalanan mereka. Sehinggalah mereka mendengar bunyi sayup-sayup air terjun.

"Yoona, kau dengar tak apa yang aku dengar ?" tanya V kepada Yoona untuk meminta kepastian. Manalah tahu dia cuma berhalusinasi.

"Dengarrr !"

Yoona yang teruja mula melompat-lompat, macam monyet daaa. V tergelak. Cepat-cepat mereka mengatur langkah menghampiri bunyi air terjun tersebut.

" Wah ! Cantiknya ! " jerit Yoona . Dia kagum dan teruja melihat keindah alam semula jadi yang terbentang dihadapannya .

" Jom ! " V memegang tangan Yoona dan menariknya . Mereka terjun bersama ke dalam air terjun tersebut . Kedengaran gelak tawa di antara mereka .

***************************************
Hyoiiii, aihhh, yehhh.

Follow instagram ; @naimie_O
Follow twitter ; @naimie_O
Follow ask.fm ; @naimiamiesya

°•°• READ, COMMENT AND VOTE °•°•

Prince Charming {Malay}Where stories live. Discover now