Chapter 9

879 62 3
                                    

•~• Lemas •~•

Yoona memercikkan air sungai ke arah V . Seronok dia apabila mendengar sahaja bunyi deruan air sungai tadi. Apalagi V dan Yoona mulalah berlarian menghampiri arah bunyi tersebut. Dan ternyata. Air terjun !!

Yoona berenang dengan riang (cemnetu ?) . Air sungai tersebut agak dalam juga, kaki Yoona langsung tak jejak tanah. Nasib baik dia pandai berenang.

Yoona siap buat ala-ala iklan syampu lagi, dengan senyumannya dihayun kepalanya kekiri dan kanan agar rambutnya ikut pergerakan kepalanya. Tiba-tiba..

Splashhh !

Yoona kaku. Dipandang V yang sedang menggeletek gelak tak hingat dunia dengan jelingan yang tajam. Geramm ! Yoona mula mengejar V di dalam sungai tersebut.

V yang melihat apa lagi terus dia mengelakkan diri apabila Yoona semakin menghampirinya. Hahahaha. Terdengar sesekali bunyi tawa V.

"Aih, kau takkan dapat tangkap aku lah Yoona." sengaja V menaikkan amarah Yoona lagi.

"Kau jangan berlagak sangat. Kalau aku dapat kau. Siap kau , aku kerjakan nanti. Biar lunyai." balas Yoona geram.

"Eleh eleh, comelnya dia bila marah ye. Kihkihkih." annoying gila V . Tsk tsk

Tak semena-mena muncul idea jahat dalam fikiran Yoona. Dia mula tersenyum nakal tetapi cepat-cepat dia mematikan senyuman.

"V ! Tolong! Aku tak boleh bergerak! T-to-long!" jerit Yoona memanggil V yang jauh jaraknya dari Yoona.

"Eleh, ingat aku percaya ke?" balas V. Tetapi matanya tetap memandang Vieya yang mula terkapai-kapai.

"Blurp blurpTO blurLONG AKU!" jerit Yoona. Tiba-tiba kepala Yoona tenggelam , tidak timbul lagi.

V mula kaget.

"Y-yoona ? Kau betul-betul lemas ke ni? Yoona !" V bergegas menghampiri lokasi Yoona tenggelam.

"Yoona ! Mana kau ?! Jangan tinggalkan aku!" V menarik nafasnya dalam sebelum mula menenggelamkan diri untuk mencari badan Yoona.

Beberapa saat kemudian, V timbul kembali. Mukanya jelas pucat dan kelihatan risau. Matanya mula berair.

V tidak berputus asa, dicari lagi kelibat Yoona tetapi tiada.

"Yoonaa..." meleret V memanggil Yoona tetapi tiada sahutan.

"A-aku patutnya cepat-cepar selamatkan Yoona." ujar V kesal. Kedengaran bunyi tawa dari belakangnya. Bulat mata V. Terus laju dia memusingkan badannya.

"Barghh ! Gotcha !" Yoona tergelak mengekeh, lagi-lagi melihat wajah V yang jelas kerisauan .

'Baru kau tau,' ujar hati Yoona nakal.

Yoona terkaku apabila satu tangan memeluknya dari belakang. Terasa dengusan halus dilehernya.

"Jangan." satu tu je yang diungkapkan V.

"Hmm ? V? Kau okey ke tak ni?" balas Yoona kaget.

"Jangan sesekali tinggalkan aku lagi. Jangan. Jangan buat aku risau. Jangan buat aku rasa serba salah. Jangan buat aku sedih. Aku ta-takut. Macam mana kalau kau betul-betul tinggalkan aku tadi?" ujar V panjang lebar. Kepalanya masih berada di leher Yoona.

"V, maaflah kalau aku buat kau rasa macam tu. Aku cuma main-main je." balas Yoona. Tangannya menggosok-gosok kepala V.

Dirasakan basah bajunya. V menangis?

Yoona mengalihkan badannya menghadap V. Dipegang pipi V. Air mata yang mengalir dari kelopak mata V diusap.

"Hey, jangan menangis. Aku janji tak buat lagi. Okey?" pujuk Yoona. Hatinya mula sayu.

"Hmm."

Yoona tersenyum memandang V. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa nak buat satu benda ni.

Pipi V dikucupnya lembut. Yoona memandang V yang sudah pun berhenti menangis. Dia tersenyum memandang V.

"Terima kasih sebab risaukan aku."

Cepat-cepat Yoona keluar daripada air sungai. Ditoleh kebelakang memandang V yang membelakanginya. Kelihatan V memegang pipinya dimana Yoona menciumnya tadi. Telinganya pula kemerahan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yup pendek. Tahu, soreey . ╥﹏╥

Follow instagram : @naimie_O
Follow twitter : @naimie_O
Follow ask.fm : @naimiamiesya

Mention me to follow back. :)

Thanks Yaw.

Prince Charming {Malay}Where stories live. Discover now