Tok! Tok! Tok! Maria membuka mata nya perlahan lahan. haih kacau orang tidur betul lah!
"ye dah bangun lah nie". jerit maria dari dalam bilik. mata nya dipejam semula. penat sungguh rasanya! entah apa yang dipenatkan.
"Hoi anak Dara! bangun lah! dah jam 8 dah nie! apa punya anak dara lah macam kau nie dik!". jerit Hakimi iaitu abang paling sengal maria. sengal sengal pun tetap juga sayang. huhu.
"hish ganggu lah kau ni long. bagi lah aku tidur kejap. jangan kacau lah!". jerit maria semula. malas dia hendak bangun. masih awal ok!
"ouh kau tak nak bangun eh? tunggu kau". desis hati hakimi lalu berlalu ke bilik nya untuk mengambil kunci bilik maria yang telah dia 'duplicate' kan. huhu. dia berjalan semula ke bilik maria lalu pintu bilik maria dibuka.
"haa kau tak nak bangun eh dik? meh sini aku bangun kan kau". jerit hakimi di telinga maria. Maria mendengus geram! haih susah sangat kacau orang tidur.
"apa kau nak long? aku mengantok lah". kata maria sambil mata nya masih terpejam.
"ah tak de tak de. bangun cepat! kau tahu tak Umi dan mengamuk kat bawah tu. cepat bangun!". jerit hakimi lagi. maria mendengus geram.
"kau long kalau nak tipu pun biar bertempat! tak de maknanya umi nak mengamuk. yeye aku bangun. puas?". kata maria mendatar. malas dia hendak bergaduh dengan abang sengal nya ini. buang masa,buang air liur dan buang tenaga sahaja.
"haa bangun pun. bagus bagus. pi cuci muka ye dik. baru turun bawah. kang terkejut pula umi ngan abah tengok muka kau yang penuh air liur basi tu". perli hakimi dan terus berlalu. laju sahaja tangan maria memegang mukanya. Mana ada! ahh kena tipu lagi!!!
********
"ha turun pun puteri tak berapa nak puteri nie. ingat kan tadi nak sambung tidur sampai maghrib". kata Hakimi apabila melihat adiknya yang beza satu tahun itu turun daripada tangga. melia memandang tajam ke arah abang nya. kalau tak kacau orang tak sah ke ha?
"apa along nie? suka sangat kacau orang. kenapa kalau adik jadi puteri? along jeles? huhh memang padan pun. dah lah tepi, nak duduk kat situ". rengek maria. sengaja dia berbuat suara manja.
"halah kau. duduk je lah kat mana mana. banyak lagi tempat kosong ha". kata hakimi mengusik adik nya. alah tapi memang betul apa? banyak lagi tempat kosong.
"alaa kau nie long! tu tempat aku lah long. tepi lah!". usir maria sambil menolak bahu abangnya.
"maria, duduk je lah mana mana. kan abang kamu tengah makan tu? ish apa lah kamu nie maria". marah puan Zahrah. melia mengetap bibir. ish umi nie!
"alaa umi....maria nak duduk situ. nie kan tempat mar". kata maria. mana aci ambil tempat orang.
"ish mar, dah pergi duduk sebelah along tu. depan rezeki nie, tak baik gaduh gaduh". kata umi sambil tersenyum. maria akhirnya mengalah. sempat dia menjelirkan lidah nya kepada Hakimi yang tengah tersenyum sinis.
"Ha maria, malam nie ada kawan abah dengan umi nak datang. so pakai baju lawa lawa sikit". kata Encik Bahar yang sedari tadi hanya mendiam kan diri.
"aik?? nak pakai baju lawa lawa buat apa bah? pakai baju biasa cukup lah. kawan abah je pun. bukan nya tetamu VVIP ke, hehe". kata maria. malas dia hendak berlawa lawa. setakat kawan aje pun!
"ish budak nie. dengar je lah cakap abah kamu tu". marah puan zahrah. maria tersengih.
"yelah yelah. nanti mar pakai lawa lawa". kata maria akur. malas dia hendak mendengar umi nya membebel.
"tah kau nie dik. tak habis habis nak melawan. tak boleh ke dengar je cakap abah? huhh". kata hakimi pula. sengaja dia hendak menyakitkan hati maria. maria mendengus geram. malas dia hendak melawan kata kata abang nya. depan rezeki! tak baik gaduh. huhu
Hye guys. yeay New Story :D jangan lupa vote dan comment ye. jangan jadi Silent reader..hehe btw guys jangan lupa tengok Media okay. anggap aja lah itu Rupa sebenar si Maria :D
YOU ARE READING
Cinta Untuk Dia [COMPLETE]
RomanceNur Maria Maisarra. Cantik nama nya seperti tuannya. baru berusia 16 tahun tetapi dipaksa untuk berkahwin dengan Musuh ketat nya sendiri? gila memang gila! Syed Razif? seorang yang sangat tegas dan garang dan juga merupakan musuh ketat Maria. baru b...