Maria telahpun menyiapkan segala persiapan untuk Razif. Razif masih tidak mengetahui apa apa tentang pernikahan nya yang akan berlangsung hari ini.
"sayang nak pergi mana nie? lawa lawa". tanya razif. hairan dia melihat isterinya yang memakai kebaya berwarna putih. sungguh cantik.
"sayang nak pergi kenduri kahwin. abang nak ikut tak?". tanya maria. Razif memandang isteri nya. Hairan! siapa yang kahwin?
"siapa yang kahwin sayang?". tanya razif blur. maria tersenyum manis. dia melangkah mendekati suami nya.
"orang yang paling mar sayang". kata maria membalas pertanyaan suaminya. dahi razif berkerut seribu. orang yang paling disayang? siapa??
"siapa sayang? abang tak tahu pun. kawan sayang eh?". tanya razif. maria mengangguk. dia tidak akan memberitahu apa apa tentang perkahwinan ini kepada razif.
"ouhh kawan sayang. ok abang nak ikut. tak sampai hati pulak abang nak biarkan mar jalan sorang sorang". kata razif. dia mula melangkah ke almari lalu mengeluarkan baju melayu nya. maria pantas menerpa razif.
"ala abang, abang jangan lah guna baju melayu tu. tak smart lah". kata maria. razif memandang isterinya.
"lah, dah tu abang nak guna apa?". tanya razif. maria melangkah ke alamari lalu mengeluarkan baju melayu yang berwarna putih cream. razif membulat kan matanya. biar betul bini aku nie?
"sayang, abang tak rasa baju tu sesuai. rasa macam abang pulak yang nak kahwin. dengan baju putih cream macam tu". kata razif sambil mamasuk kan semula baju yang dikeluarkan oleh maria. maria mengeluarkan baju tersebut.
"kalau abang sayang mar, abang kena guna baju tu juga". kata maria dengan nada merajuk. razif menelan liurnya. akhirnya razif mengangguk setuju.
"yeay sayang abang". kata maria sambil mencium pipi suaminya. maria melangkah keluar daripada bilik dan berlalu ke ruang tamu. dia menyeka air mata nya yang mengalir.
"no maria! kau tak boleh nangis. nie semua kau yang nak. siapa suruh kau memandai nak suruh razif kahwin dengan perempuan lain". desis hati maria. dia menarik nafas sedalam dalam nya. dilihatnya razif yang menuruni tangga. dia tersenyum memandang suaminya. handsome dan segak!
"mana mama dengan papa sayang?". tanya razif. hairan dia melihat rumah seperti tiada orang. maria tersenyum melihat suaminya.
"mama dengan papa dah ada kat majlis kawan sayang lah. mira, kak ton dan mak som pun ada kat sana". kata maria. razif hanya mengangguk.
"jom lah bang. kang lambat pula". kata maria lalu menarik tangan suaminya. razif hanya mengangguk.
************
Razif memberhentikan kereta nya di tempat parking yang disediakan. dia melangkah keluar daripada kereta. dilihatnya isterinya yang keluar daripada kereta.
"abang, sayang lupa nak ambil umi dengan abah". kata maria. razif memandang isterinya. pulak dah??
"lah abah kan ada kereta? kenapa kena sayang yang ambil?". tanya razif hairan. maria sekadar tersengih.
"abah kata dia malas nal drive. alaa biar mar aje lah bawa kereta nie. abang masuk lah dalam". kata maria. sebenarnya ini semua alasan nya. maria tersenyum tawar memandang suaminya.
"lah takpe biar abang yang ambil abah dengan umi". kata razif lalu mula membuka pintu kereta.
"no! biar sayang yang ambil. abang masuk lah dalam". kata maria. baru sahaja razif ingin melarang isterinya. tiba tiba kawan kawan razif datang menegur razif.
"razif! kau buat apa kat sini? cepat lah! kau punya majlis tapi boleh pulak kau duk kat luar nie". kata salah seorang kawan razif. Razif mempamerkan muka blur nya. majlis aku? baru sahaja dia ingin bertanya, dia terus ditarik oleh kawan kawan nya masuk ke dalam. razif terpinga pinga tetapi hanya menurut.
Maria membiarkan airmata nya mengalir. rasa sedih kerana sanggup menipu suaminya. dia hanya memandang suaminya yang dibawa oleh kawan razif. Razif memandang isterinya yang masuk ke dalam kereta. Maria membawa kereta ke KLIA. Umi dan Abah maria berada disana.
Alaaa guyss..biar betul nie? razif kahwin dengan perempuan lain ke?? kesian nya Razif sebab maria sanggup tipu dia. hm nasib kau lah razif. tapi betul ke maria sanggup bermadu. then maria ke KLIA tu nak kemana ye? dia nak ke luar negara ke?? hmm wait for the next chapter gais :) hehe Jangan lupa vote dan comment.
YOU ARE READING
Cinta Untuk Dia [COMPLETE]
RomanceNur Maria Maisarra. Cantik nama nya seperti tuannya. baru berusia 16 tahun tetapi dipaksa untuk berkahwin dengan Musuh ketat nya sendiri? gila memang gila! Syed Razif? seorang yang sangat tegas dan garang dan juga merupakan musuh ketat Maria. baru b...