CUD Part 9

3.8K 169 2
                                    

Mereka sekeluarga makan bersama sama. Maria dan razif duduk bersebelahan. Sempat maria mengerling sekilas ke arah mira yang berdiri di hujung meja makan. Bersebelahan dengan kak ton. Aik mira tak makan sekali ke??

"Errr mira? Awak tak nak makan sekali ke?". Tanya maria sambil tersenyum manis. Mira menggeleng.

"Err awak makan lah. Nanti saya akan makan dengan mak som dan kak ton". Kata mira sambil tersenyum manis. Sempat dia mengerling razif yang duduk bersebelahan dengan maria. Razif menjeling ke arah nya.

"Ouhh okay". Kata maria lalu mula menyuapkan nasi ke dalam mulut nya. Yummy! Sedap.

"Razif? Apa kata kamu bawa maria jalan2? Esok dah sekolah dah". Kata dato Haidar memecah kesunyian antara mereka ber-empat. Razif tersenyum tawar. Biar betul papa nie??

"Errr baik pa. Nanti razif bawa maria jalan jalan. And razif nak pinjam kereta. Razif nak drive. Tak nak pak mat hantarkan". Kata razif. Dato haidar mengangguk. Maria yang berada di sebelah razif agak tercengan. Razif pandai bawak kereta ke?

"Awak pandai bawak kereta ke?". Bisik maria perlahan. Razif sekadar mengangguk. Maria tersenyum. Mesti best kalau bawak mira sekali?

"Err papa, boleh tak kalau mar nak ajak mira sekali?". Tanya maria. Razif yang berada disebelahnya memandang tajam ke arah maria. Minah nie memang nak kena cekik!

"Boleh. Apa salah nya? Mira lepas nie boleh lah kamu bersiap. Ikut razif dan maria ye?". Kata dato haidar. Mira hanya sekadar tersenyum dan mula berlalu ke bilik. Razif mendengus geram dan terus sahaja berlalu masuk ke dalam bilik nya. Maria memandang hairan. Awat lah mamat nie blah macam tu je? Apa masalah dia?

"Errr pa,ma mar naik atas dulu eh? Nak tengok abang razif kejap". Kata maria dan terus sahaja berlalu. Datin maimun memandang suami nya. Manakala suami nya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

********

Maria melangkah masuk ke dalam bilik. Dilihat nya razif yang berdiri di balkoni. Mamat nie kenapa ek? Tetiba je nak hangin satu badan. Perlahan lahan maria melangkah mendekati razif.

"Apa kau nak". Tanya razif kasar apabila menyedari maria ada bersama nya.

"Err awak marah saya ke?". Tanya maria meminta kepastian. Razif mendengus geram.

"Marah? Buat apa aku nak marah kau? Yang kau memandai nak ajak si mira sekali tu kenapa?". Kata razif sambil matanya tepat memandang mata maria. Maria mencebik bibrr, tak marah konon!

"Err saya saja je nak ajak dia. So tak ada lah bosan sangat nanti". Kata maria membela diri.

"Ahh suka hati kau lah. Dah pergi siap cepat. Lambat aku tinggal". Kata razif separuh mengugut. Laju sahaja kaki maria melangkah meninggalkan maria. Razif mengeluh berat. Rambut nya diraup kasar.

"Kenapa setiap kali aku nak lupakan kau, makin kau dekat kan diri kau. Ahhh aku benci kau". Desis hati razif. Tanpa sedar air mata nya mengalir. Laju sahaja tangan nya menyeka air mata nya. Tiada guna nya dia menangis untuk perempuan itu!

Cinta Untuk Dia [COMPLETE]Where stories live. Discover now