sudah hampir seminggu maria dan razif tidak bertegur sapa. razif juga tidak memujuk mahupun mengajak maria berbual sama. maria juga tidak kurang juga. mereka berdua sering membuat hal masing masing.
"Maria". tegur Datin maimun. maria menutup novel yang dibaca oleh nya lalu memandang datin maimun.
"ye ma". kata maria sambil tersenyum manis.
"mama bukan nak masuk campur hal kamu dengan razif. tapi mama tengok kamu dengan razif dah lama tak bertegur. kamu berdua bergaduh ke?". tanya datin maimun. maria mengetap bibir. tak kan nak bagi tahu mama kut???
"errr mana ada ma, mar tak gaduh pun dengan abang razif". kata maria sambil tersenyum manis. dia tidak mahu menceritakan hal mereka berdua kepada sesiapa pun.
"hmm elok lah tu. kalau ada masalah, ajak berbincang. jangan gaduh gaduh". kata datin maimun lalu mula berdiri. maria hanya sekadar mengangguk dam tersenyum manis.
"sorry ma, mar terpaksa tipu. mar tak nak cerita hal sebenar tentang hubungan mar dengan razif". desis hati maria. air mata nya yang mengalir ke pipi segera di lap nya. tidak mahu sesiapa melihat dia menangis. Buang lah Ego kau maria! mintak maaf je! tak mati pun.
*******
Maria melangkah masuk ke bilik apabila selesai menolong pembantu rumah yang lain untuk mengemas meja makan. dilihatnya razif yang berbaring di katil.
"awak". tegur maria. razif berpaling melihat wajah maria. wajah yang sudah lama tidak menegur nya.
"apa kau nak". balas razif kasar. maria mengetap bibir. sabar maria sabar!
"saya nak mintak maaf". kata maria sambil menunduk. malu untuk memandang muka razif.
"tepi lah! aku nak keluar". marah razif dan terus berlalu keluar meninggalkan maria. air mata maria mengalir. tidak sangka razif sanggup menolak nya.
*************
Razif duduk di luar rumah. dia merasa ada orang yang sedang duduk di sebelah nya. fikir nya orang itu ialah maria, tetapi ternyata salah. Tu mira!
"err apa awak nak?". tanya razif kepada mira. mira tersenyum manis.
"saya nak mintak maaf. saya harap awak sudi maafkan saya. err sa...saya rindukan awak". kata mira perlahan. razif meraup rambut nya kebelakang. sungguh dia buntu!
"tak ada apa yang nak dimaafkan pun. saya dah lama maafkan awak". kata razif sambil tersenyum manis. mira membalas senyuman tersebut. sungguh dia rindukan senyuman itu.
"errr kalau awak dah lama maafkan saya, kenapa awak tak tegur saya?". tanya mira. sungguh dia tidak menyangka kerana razif sudi memaafkan nya.
"sebab saya malu nak tegur awak. malu sebab saya kena tinggalkan awak, sedangkan saya dah berjanji dengan awak yang saya akan masuk meminang awak lepas saya habis spm. tetapi semua nya musnah, sebab saya kena berkahwin dengan maria". kata razif sayu. mira mengetap bibir.
"tak apa lah wak, dah kita tak ada jodoh. nak buat apa kan". kata mira sayu. sungguh dia sangat cintakan razif. tiba tiba satu suara menegur mereka berdua.
"now baru saya faham. kenapa susah sangat awak nak terima saya. rupanya dalam rumah nie ada buah hati awak. and what? awak kata nak kahwin dengan mira lepas spm nanti? dengan segala hormat nya dipersilakan. saya terima semua nya. kalau awak nak kahwin dengan mira, kahwin lah, saya okay. tapi dengan syarat awak kena lepaskan saya. ceraikan saya dengan cara baik". kata maria sambil tersenyum sinis. sakit hati nya apabila mendengar kata kata razif. seolah olah dia adalah penyebab semua ini berlaku. maria tidak betah untuk berlama lama di antara razif dan mira. laju sahaja kaki nya meninggalkan mira dan razif. Razif yang terkejut apabila melihat maria juga ada disitu. mira juga sama. mereka berdua tidak menyangka maria mendengar perbualan mereka berdua.
"maafkan saya razif. ini semua salah saya. saya rasa lebih baik awak lupa kan saya dan belajar terima maria. kasihan dia. pasti dia sedih mendengar kata kata awak tadi. saya tak akan kacau awak". kata mira dan terus meninggalkan razif. razif kaku berdiri. sungguh dia tidak menyangka semua ini terjadi. razif melangkah masuk ke bilik nya. dilihat nya maria yang telah pun berbaring di atas katil. laju sahaja kaki nya melangkah mendekati maria yang tengah berbaring.
"maria". panggil razif perlahan sambil mencuba untuk memegang tangan maria. maria segera menepis.
"dont you dare to touch me. aku jijik denga kau! sekarang kalau kau nak pergi dengan mira. pergi! aku tak kisah. aku tak akan ganggu hidup kau. and you! jangan kau berani nak kacau hidup aku". kata maria dan terus sahaja berlaku ke sofa. razif terkejut mendengar kata kata maria dan perubahan bahasa yang maria lakukan. tiada lagi 'awak-saya'. ahh salah kau razif. akhirnya razif membaringkan tubuhnya ke katil.
HAAAA padan muka razif..siapa suruh buat maria bengang. kan maria dah tak guna 'awak-saya'. huhu nasib kau lah razif. and apa akan terjadi lepas nie gais? adakah maria akan pergi meninggalkan razif?? hm we also dunno. si mira nie pun satu. nak aje hempuk kepala dia. biar padan muka dia. hehe wait for the next chapter and keep vote and comment gais -pahhh
YOU ARE READING
Cinta Untuk Dia [COMPLETE]
RomansaNur Maria Maisarra. Cantik nama nya seperti tuannya. baru berusia 16 tahun tetapi dipaksa untuk berkahwin dengan Musuh ketat nya sendiri? gila memang gila! Syed Razif? seorang yang sangat tegas dan garang dan juga merupakan musuh ketat Maria. baru b...