"<ding ding dong deng~> " loceng pengumuman berbunyi.
" salam sejahtera, perhatian kepada semua ahli bola tampar rumah sukan Amber, sila berkumpul di court bola tampar pada jam 4.30 petang dengan memakai pakaian sukan yang lengkap harap maklum, terima kasih."
" awhh, cute betullah suara mika tu kan. Melting tho~" kata Sarah, seorang daripada sahabatku.
" kan, ermmmm~" sambung wani & bella serentak.
" ey, ey dah dah lah tu berdrama, lemah tekak aku tengok korang ni buat camtu. Tah apa tah yang cuteee~~ sangat si poyo tu hempp." pintasku.
"eh ko ni kan Ad, aku tengok macam annnnnnnti sangat dengan si mikael tu kenapa eh? cer ko bagitau aku ni ha." Tanya bella.
"arghhhh pergi lantak ah mamat tu."
" aah kan. Asal aku benci sangat eh dengan mikael tu. Padahal dia tak buat masalah pun dengan aku." hatiku berbicara.
* 4.30 petang, & aku still kat kantin sambil makan nasi goreng*
"eh Adriana! kau asal kat sini lagi babe. Kita ada training kan petang ni." sapa wani.
"opss, i terrrrrlupa ah hoho nak buat camne kan."
" hish, dah ah aku pergi court dulu. Cakap dengan kau ni memang tak jalan punya. Pelik aku." tegas Wani
* court bola tampar *
"okay harini aku nak ajar korang main bola tampar. Sebelum tu, semua dah ada kat sini kan."tanya Mikael.
"a..aahh mika, Adriana tak sampai lagi."
"dia pergi mana? kenapa dia tak datang lagi? apa dia buat?"
"ahh dia ada Kat............." jelas Wani kepada Mikael.
" masalah betul ah budak ni. kalau pandai main takpe. ni dah lah tak pandai main, bodoh sombong pulak tu." Bebel mika sendiri.
"woi, ko cakap sapa yang bodoh sombong tu. sedap mulot je eh. Sumbat mulot ko dengan bola ni kang." sambil memegang bola tampar.
"haa, jumpa pun court. Ingatkan sesat tadi." sinis mika
"ehh mamat ni, aku flying kick kang baru tau."
"eh dah ah, okay semua kita start dengan warming up dulu lepas tu baru kita practice digging & serving." arah mika.
* 1 jam kemudian*
" eh malas ah nak main camni. Asyik tak lepas net je."
"ala Ad, kau boleh buat ah sebenarnya. Janganlah mengalah" kata Wani.
" ko boleh ah citer, korang semua dah okay. Aku je sangkut argggg bencilah.
"Adriana!" panggil mikael.
"sini jap"
"asal? tetiba je. nak marah aku lagi ah tu. ye aku taulah aku ni tak hebat macam.."
jantungku berdegup kencang bila dia tiba tiba dia memegang tanganku dari belakang dan mengajarku dengan lebih dekat.
Aku terdiam kelu tak terkata."eh asal jantung aku ni. tak sehat ke aku ni."bisik aku didalam hati.
"kau paham tak ni apa aku ajar kau ni" Tanya mika selepas menerangkannya dengan panjang lebar.
"weh, weh, woiiii,Adriana Amira, can u hear me"
"ahh.. oh haaa ye ye aku dengar"
"esh apehal ah boleh termenung pulak aku ni eshh."
"dah cuba serve bola ni."
*szzzuppp*
"yeahhhh lepassss huhuwwww" jerit ku bangga.
"ha aku pun pandai main jugak lah. Aku bukan nak belagak ah kan dengan kau ni mika, tadi tu aku saja je buat buat tak reti main. Takut ko terkejut dengan kebolehan aku ni."
Mikael hanya tersenyum sinis melihatku berbangga diri & memuji muji kebolehanku.
"okay gais, sampai sini je harini. Esok kita practice lagi. Ingat, jangan lambat. Aku paling benci orang tak tepati masa ni." sambil mengerling ke arahku.
"eh mamat ni, main perli perli pulak dia. Tapikan, kenapa dengan aku tadi. Kenapa aku berdebar sangat bila dia buat camtu. Esh malas ah pikir. Balik lagi bagus." bisikku
aku melangkah ke tempat parking moto lalu menaiki moto Lagenda Z 115 yang diberi oleh ayahku kepada aku sempena harijadiku tahun lepas. Kelibat Mikael juga kelihatan ditempat parking itu juga, mungkin ingin mengambil motonya juga. Aku hanya mengabaikan sahaja kehadiran dia & berlalu pergi.
YOU ARE READING
Budak belagak, Taulah hot!
Teen Fictionmengisahkan sorang budak perempuan yang bernama Adriana Amira yang sudah jatuh cinta kepada seorang lelaki yang dikenalinya di gelanggang bola tampar yang bernama Zarith mikael. Apakah yang menariknya dengan kisah mereka?