pembalasan!

127 4 0
                                    

"aku nak korang ajar minah ni cukup cukup. budak ni memang tak makan saman sikit. tak boleh nak dibiarkan. makin menjadi jadi. boleh kan?" kata isha kepada ketua geng di sekolah itu.

"boleh je. asalkan kitorg dapat habuan kitorg." katanya sambil menunjukkan tangan yang menandakan gaya duit.

"pasal tu kau takyah risau. korg buat je kerja korg. tapi jangan sampai mika tau. korg paham kan."

"okay boss "

-----------------------------------------------------
jumaat*

"terima kasih cikgu" ucap kelas 5ppn itu kepada pn hasni.

"ad, kau okay tak ni. kitorg tengok kau semacam je lepas jumpa mika semalam."

"okay je. beb aku gerak dulu eh. lambat pulak nanti sampai tempat kerja. bye."kata Adriana yang kelihatan agak lesu.

sesampainya Adriana di tempat letak motor, dia terus mengeluarkan motornya daripada parking dan mula menghidupkan enjin motornya. mika juga turut berada disitu tetapi diabaikan oleh adriana. sakitnya semalam masih belum terubat lagi menyebabkan dia mengambil keputusan untuk meletakkan benteng dalam perhubungannya dengan zarith mikael.

perjalanan Adriana tiba tiba terhenti apabila rantai motornya terputus semasa dia hendak memulakan perjalananya ke restoren. selain itu, tayar motornya juga turut pancit.

"eyy sape pulak yang bangang sangat ni ha. dah lah panas ni. jalan mesti jem gile ni aduhh. dah kena menyorong motor pulak tetengah panas ni."rungut ad

mika hanya pandang & menggelengkan kepala sahaja dari jauh. dia ingin sekali membantu tetapi egonya menghalang kerana tidak ingin telibat dalam pergaduhan. dia tau perbuatan ini dilakukan oleh isha kerana ingin membalas dendam. dia menganggap ini pengajaran untuk ad agar tidak terlibat dengan pergaduhan lagi.

"ni tak lain tak bukan mesti pompuan gile tu yang buat. eyyy annoying betullah. dah satu hal nak menolak motor pergi workshop pulak. nasib baik dekat." leter Adriana lagi.

"eh ad, asal ni? motor rosak ke?" tanya seorang lelaki yang kedua annoying dalam dunia Adriana iaitu amran qhuzaini.

"haah motor rosak. bangang mana tah buat." jawabku

'ey mamat ni lagi.' bisik hatiku

"em ape kate aku tolong hantar kau balik. motor ni nanti nanti jelah kau amik. amacam? deal?" katanya

"eh takpelah aku boleh sorong motor ni sendiri. kbye."kata Adriana sambil membuat muka annoying.

"ad, ad. takde masalah pun kalau kau terima je pertolongan aku tadi. haha"kata amran kelucuan.

"esh ape yang si amran cakapkan dengan ad tadi. dia ni nak caras member sendiri punya ke ape " kata mika yang hanya memerhatikan mereka dari jauh.

Adriana menyorong motornya sendirian sehingga keluar daripada sekolahnya. dia mengambil keputusan untuk terus ke restoren mamanya kerana tidak mahu terlambat kesana. dalam perjalanannya dia dikacau oleh sekumpulan lelaki yang diupah oleh isha untuk mengenakannya tadi.

"weh korg tengoklah siapa yang kita jumpa ni wehhh, Adriana lahh wehhh."kata seorg drpd mereka.

"aah lah duh. tengoklah ape yang dia buat tu. sorong motor lah HAHAHHAHA."sambung seorg lagi teman mereka. aku hanya berdiam diri dan meneruskan sahaja aktivitiku tadi. tiba tiba...

"eyy aku pantang betullah kalau cakap dengan orang sombong ni. kau memang nak kenakan. " dengan pantasnya dia menolak Adriana sehingga terjatuh. Adriana bangun dan ingin membalas tetapi gagal apabila seseorang tiba tiba melanggarnya dengan motor daripada belakang tetapi sempat dielak dan terseret ditanah tar itu. geng jahat itu segera meninggalkan Adriana apabila terlihat wajah Adriana yang berdarah akibat terseret di tanah tar itu.

"weh blah blah." kata ketua geng itu.

"ahh sakit. " Adriana mengerang kesakitan dan berhenti seketika di tempat perhentian bas yang kosong itu.

------------------------------------------------------

selepas solat jumaat di restoren*

"bang bob, mira memang tak sampai lagi eh?" Tanya mika

"Mira? tak de. tulah dari tadi abg tunggu dia tak sampai sampai. risau pulak abg."

"bang Bob." sape seseorang daripada belakang.

"ya Allah amira! mu ni dah gapo? awat teghuk sangat muka tu ha? ni kaki hampa ni dah awat ? baju koyak ni eyyyy sapa buat hampa ni haaaa"

"senyap sikit bang Bob. mama ade tak?"

"takde aih"

"oh mira nak tumpang bilik rehat jap eh. nak rehat"kata Adriana sambil memusingkan badannya untuk pergi ke bilik rehat tiba tiba sekujur tubuh sedang berdiri tegak dihadapannya dengan riak muka yang agak terkejut.

"ke..ke ..kenapa dengan muka kau? sape yang buat ni semua?!"

Adriana hanya memandangnya seketika dan meneruskan perjalanannya ke bilik rehat.

"ad!" panggil mika sambil menarik tanganku

"ouchh! sakit lah! lepas! kau tak payah sebok hal aku. pandailah aku jaga diri sendiri."kata ku dan terus ke bilik rehat dengan kaki yang terhenjut henjut. mika turut membontoti ku dalam diam.

sesampainya ad disitu, dia terus membaringkan badannya di katil yang terdapat didalam bilik itu. mika yang mengikuti ku daripada tadi tetap ku abaikan.
mika mengambil first aid yang terdapat disitu dan duduk disebelah Adriana.

mika mengambil kapas yang ada didalam kotak itu dan mengambil iodin dan menyapu perlahan lahan di muka Adriana.

"ahhhh~sakit."Adriana mula merengek kesakitan dan terus bangun dari pembaringannya. jatuh air mata nya di tangan mika.

"macam mna boleh jadi camni." tanya mika dengan nada yang lembut dan kerisauan sambil membersihkan luka Adriana yang berada di dahi terseret sehingga kebahagian dagunya.( bahagian tengah je bukan satu muka k.)

"eksiden"jawab ad ringkas

"jangan nak tipu aku. budak isha kan yang buat. "

"ko takyah sebok ah."kata ad dgn kasar dan terus berlalu pergi dari bilik itu.

Budak belagak, Taulah hot!Where stories live. Discover now