Bab 16

1.3K 78 4
                                    

Hafeez memandang Sufi dan Afaf yang berada di hadapannya silih berganti. "Macam complicated je kes kali ni." Ucap Hafeez perlahan.

"Bukan macam complicated tapi memang complicated." Balas Afaf selamba sambil matanya memandang tepat wajah serius bosnya itu. Serius pon masih nampak kacak. Agaknya dah kahwin ke belum eh? Kalau dah, ada berapa orang anak?

"Nonsense je kau ni. Kes sebelum ni lagi banyak yang teruk dari ni. Kau apa tahu?" Sufi mendengus seraya menjeling Afaf di sebelah.

Afaf menjulingkan matanya. Geram betul dengan mamat berlagak nak mam*** sebelahnya ini. Orang tak bercakap dengan dia pon.

"Kalau korang nak gaduh bukan kat sini ya. Harap maklum." Tegur Hafeez serius.

"Sorry bos." Ucap Afaf dan Sufi serentak. Masing-masing saling berpandangan. Sufi menjulingkan mata manakala Afaf menjelirkan lidah.

Hafeez menggelengkan kepala meliht telatah anak-anak buahnya itu. "Macam nilah, korang rasa siapa yang bersalah dalam kes ini?"

"Ratna!"

"Mimi Elysa!"

Sekali lagi Afaf dan Sufi menjawab serentak. Cuma nama yang dituturkan berbeza. Afaf memilih Ratna manakala Sufi memilih Mimi.

"Apa pasal Ratna pulak? Tak logik la. Apa motif Ratna nak bunuh Dato' Mokhtar? Dia bukan ada kena-mengena pon dengan Dato'." Sufi mula berhujah dengan Afaf.

"Dan kenapa Mimi Elysa? Bukan kah haritu Mimi dah bagitahu dia isteri kedua Dato'? Dia sayang gila kot dekat Dato' tak mungkinlah dia nak bunuh Dato'." Balas Afaf. Dahinya mula berkerut-kerut.

Ya, dua hari lepas Afaf dan Sufi telah pon menceroboh masuk rumah Mimi yang dikatakan perempuan simpanan Dato' Mokhtar. Namun gadis itu menafikannya dan mengatakan dia dan Dato' sudah pon selamat bernikah. Siap ditunjuk surat nikah lagi.

Tambahan lagi wanita itu sudah pon mengandung 2 bulan. Dia sangat sayang akan Dato'. Tidak mungkin dia tega untuk membunuh lelaki itu dengan anaknya yang masih belum lahir itu. Mimi langsung tidak berhenti menangis sehingga bengkak matanya.

"Kau percaya dengan apa yang Mimi cakap? Kalau dia berlakon?" Soal Sufi sinis.

"Aku tak kira! Aku yakin 99.99% Mimi langsung tak bersalah dalam kes ni! Yang bersalah ialah Ratna!" Afaf sudah terjerit kecil. Ini spontan kerana terlalu geram hehe.

Pangg!!

Kuat bunyi meja yang diketuk Hafeez. Kemungkinan boleh roboh ni. Afaf dan Sufi terkesima memandang Hafeez yang serius itu.

"Berapa kali nak saya ulang? Kalau nak bergaduh, bukan sini tempatnya." Keras nada Hafeez kedengaran.

Sufi menjeling Afaf di sebelah yang sedang menunduk namun riaknya biasa sahaja. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. "Sorry bos." Ucap Sufi lambat-lambat.

"Dahla. Korang boleh keluar, gaduh kat luar and bincang baik-baik dengan yang lain." Hafeez bersuara sambil tangannya sibuk memicit pelipisnya. Adui pening.

Sufi dan Afaf terus berdiri sambil mengucapkan terima kasih lalu mereka keluar dari bilik bos besar itu.

"Sufi! kalau kau rasa Mimi suspek utama kita better kau siasat sendiri tentang Mimi. Aku pula siasat tentang Ratna. Puas?" Soal Afaf ketika mereka sudah berada di luar bilik Hafeez.

"Okay, deal!" Ucap Sufi bersama senyum sinisnya.

"Auww auww!" Tiba-tiba Afaf dan Sufi menjerit kesakitan serentak. Lorh, kenapa pula ni? Hairey rupanya yang menarik telinga mereka berdua.

Love P.IWhere stories live. Discover now