Bab 20

1.3K 82 5
                                    

Suasana di pejabat Afaf pagi itu sunyi sepi. Masing-masing sibuk melakukan kerja masing-masing.

Ratna (Nurul Ratna ok!) sedang sibuk melayan seseorang di talian. Mungkin seorang pelanggan. Talha pula sedang sibuk menyemak kertas bersama Hanna. Hairey pula curi tulang bermain game dengan handphonenya itu. Afaf sibuk termenung dan Asih ralit memerhatikan Afaf.

"Afaf!" Panggil Asih. Namun tiada respon dari Afaf. Mungkin dia tidak mendengar panggilan Asih itu. "Afaf!" Panggil Asih lagi kini dengan lebih kuat.

Afaf tersentak. Dia terus menoleh ke arah Asih di meja sebelah. "Kau panggil aku ke?" Soal Afaf sambil jari telunjuk dituding kearah dirinya sendiri. "Yelah. Takanlah aku panggil laptop aku ni pulak. Asal banyak sangat termenung ni Afaf? Ada masalah eh? Cerita jelah kat aku jangan malu-malu. Kita kan kawan." Ujar Asih prihatin. Kerusinya ditarik mendekati meja Afaf.

Afaf mengeluh perlahan. Tangannya bermain dengan zip jaket di badannya. "Takde papelah." Afaf merasakan tiada apa yang perlu untuk dia bercerita. Dia sudah ada Allah sebagai tempat untuk mengadu.

"Pasal Aslam eh?" Soal Asih. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas meja Afaf. Kelmarin Asih dan rakan-rakan sekerja yang lain ada juga melawat Aslam di hospital.

Afaf memandang Asih sekilas. "Em." Jawabnya sepatah.

"Laa pasal tu ke? Jangan risau lah Afaf. Kita sama-sama doakan untuk kesihatan Aslam ya." Pujuk Asih lembut.

Anggukan kecil diberikan oleh Afaf. "Thanks. By the way, kau dah lama ke kerja kat sini?" Afaf mula menukar topik. Tidak mahu keadaan menjadi janggal seperti tadi. Rimas pula mendengar Asih yang bersuara lembut-lembut seperti tadi. Cett, padahal memang Asih dari dahulu lagi bercakap dengan nada yang rendah.

Asih tersenyum kecil. Tukar topik ya? "Percaya tak, aku kerja kat sini since I was 18." Asih setia memandang Afaf untuk melihat reaksinya.

Terjatuh rahang Afaf mendengar kenyataan Asih itu. "Like seriously? 18? Why?" Soal Afaf terkejut.

Asih tergelak kecil melihatkan reaksi Afaf itu. Dia sudah dapat mengagak Afaf pasti terkejut. Nampak sangat yang Asih ni belajar takat SPM je. Tetapi still boleh bekerja di pejabat sebegini. "Emm it's a long story i thought." Balas Asih sambil melepaskan pandang ke arah Hairey pula yang sedari tadi seperti sedang bermain game.

"Make it short. Please Asih." Rayu Afaf. Dia teringin sekali mendengar kisah Asih. Mesti menarik fikir Afaf.

"Okay aku cerita. Firstly, aku ni bukanlah berasal dari keluarga yang senang pon. Sebab itulah aku tak further study. Tetapi aku memang terer lah bab-bab komputer ni sebab dulu ada sorang cikgu bermurah hati nak ajar aku pasal ni oleh kerana aku memang betul-betul minat. Cikgu aku tu ada seorang je anak lelaki nama Syukri. Syukri tu tua sepuluh tahun dari aku but aku still rapat dengan dia. It just a coincidence, Syukri sebenarnya kerja kat sini. Dia ex detective. So, dia yang tolong recomend aku supaya kerja kat sini." Asih berhenti bercerita seketika.

"Cepatlah. Lagi lagi?" Desak Afaf.

Asih ketawa kecil. "Nak lagi? Fine. Sebelum tu, aku belum tahu Syukri seorang detective. Aku dah salah gunakan ilmu yang cikgu tu beri kat aku. Aku hack akaun orang, ambil duit orang dan sebagainyalah. Aku sedar, aku ni jahat tetapi masa tu aku terlalu perlukan duit. Ibu aku sakit. Bila Syukri tahu tentang perkara sebenar, dia memang marah gila kat aku. Aku cerita perkara sebenar barulah dia faham tapi still tak sokong dengan cara aku. Dia pon bukalah cerita tentang kerjaya dia. Dia recomend supaya aku kerja kat sini memandangkan bos Hafeez kita tu memang tengah mencari seseorang yang pandai menggodam. Then, aku diterima kerja kat sini. Habis cerita."

Afaf mengerutkan dahi. "Uish, asal jahat sangat kawan aku ni dulu? Habistu apa khabar ibu kau dengan si Syukri tu sekarang ni?" Soal Afaf ingin tahu.

Love P.IWhere stories live. Discover now