Bab 19

1.2K 79 12
                                    

Sudah dua jam Afaf asyik mundar-mandir di hadapan bilik yang Aslam dirawat. Hatinya betul-betul tidak tenang. Dari tadi lagi dia menunggu namun doktor belum keluar. Ahli keluarga Aslam juga belum kelihatan walaupun seorang. "Ya Allah, kau selamatkanlah Aslam Atiqi. Kau bantulah hambaMu yang lemah ini." Doa Afaf perlahan.

Afaf mengeluarkan telefon Aslam yang diberikan oleh seorang doktor sebelum Aslam dibawa ke ICU dari poket jaketnya . Dia cuba mendail nombor ayah Aslam buat kali ke berapa entah namun masih tidak berjawab. Begitu juga dengan ibu Aslam. Afaf benar-benar buntu ketika ini.

Afaf kemudiannya melabuhkan duduk di sebuah kerusi di situ. Dia membuka handphone Aslam sekali lagi. Kali ini dia merenungnya lama. Semasa mula-mula dia membuka tadi juga dia sudah kaget. Mengapa Aslam meletakkan gambarnya sebagai wallpaper?

"Takkanlah Tiqi sukakan aku?" Soal Afaf sendirian. Jarinya ligat membuka gallery handphone Aslam. Scroll punya scroll bahagian photos tiba-tiba matanya membulat. Terkejut dia melihat begitu banyak gambar candid dirinya yang ditangkap tanpa dia sendiri sedari.

Afaf menekup mulut sambil menggeleng laju. "Tak, tak mungkin Tiqi sukakan aku." Monolognya sendiri. Dia menutup kembali handphone Aslam lalu dimasukkan ke dalam poket jaketnya semula. "Afaf, lupakan apa yang kau dah lihat. Sekarang just fikirkan keselamatan Tiqi." Pesan Afaf kepada dirinya sendiri.

Nasib baik Afaf sudah menyuruh Asih memaklumkan kepada bos bahawa hari ini dia bekerja half day sahaja. Afaf sudah berkira-kira sama ada ingin masuk kerja seperti biasa atau mengambil cuti untuk esok kerana dia ingin bermalam di hospital pada malam ini. Kalau hendak ambil cuti macam segan pula. Yelah, Afaf kan baru mula bekerja. Tidak sampai sebulan pon lagi. Jadi Afaf mengambil keputusan dia akan bekerja seperti biasa pada esok hari. Nanti dia singgah lah mana-mana kedai untuk membeli pakaian dan keperluannya yang lain. Ataupun suruh sahajalah si Hanna hantarkan baru jimat sedikit duit poketnya.

Sedang asyik Afaf termenung memikirkan hari esok, tiba-tiba muncul seorang doktor wanita bertudung yang masih muda keluar dari bilik rawatan Aslam. Afaf ketika itu sedang tunduk sambil tangannya menekup wajah.

Doktor yang bernama Zulaikha itu terus menghampiri Afaf. "Maafkan saya, Puan ni isteri kepada Encik Aslam ya?" Soal doktor itu lembut.

Afaf terus mendongak. Isteri? Afaf terkelu sendiri. Mengangguk tidak menggeleng pon tidak.

Doktor itu menganggap mungkin Afaf terlalu risau sehingga tidak dapat menjawab soalannya. Doktor itu terus mengusap bahu Afaf perlahan. "Takpe, saya faham keadaan awak. Keadaan suami awak ketika ini belum stabil lagi. Kemungkinan dia akan koma beberapa hari tetapi awak jangan risau kerana cedera di kepalanya tidak melibatkan dalam otak sehingga membolehkan amnesia. Cuma luka-luka kecil di badan itu biasalah. Saya minta supaya Puan banyakkan bersabar dan berdoa kepada Allah untuk keselamatan suami Puan. Oh, satu lagi Puan dah boleh masuk tengok keadaan Encik Aslam." Terang Doktor Zulaikha.

Afaf mengangguk faham. Dia memberikan senyuman kepada doktor itu. "Baiklah, terima kasih doktor." Ucap Afaf. Doktor Zulaikha membalas senyuman Afaf dan meminta diri untuk pergi.

Di luar sayup-sayup kedengaran azan asar bergema dari masjid yang berdekatan. Afaf yang terdengar azan asar tersebut terus memutuskan untuk keluar solat asar dahulu. Afaf menunaikan solat asar pada petang itu secara berjemaah di masjid. Selesai solat, Afaf berteleku seketika mendoakan kesihatan Aslam agar Aslam cepat sedar dari koma.


*****

Setelah mendapat panggilan daripada Afaf beberapa minit yang lalu, Hanna terus memasuki bilik Afaf dan membuka almari pakaian Afaf. Afaf telah memintanya supaya menghantar pakaian Afaf ke hospital untuk dipakai ke tempat kerja besok.

Love P.IWhere stories live. Discover now